36 | Meet Him

129 15 26
                                    

Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Gambar Minhyun yang berada di fail yang aku pegang aku lihat sebentar, nak lepaskan rindu lah katakan. Minhyun sekarang di jaga oleh Puan Oh dan sekarang aku pula sedang berada di hadapan syarikat Byun's holdings. Jantung aku berdegup dengan laju, rasanya sama seperti kali pertama aku mahu berjumpa dengan mana-mana syarikat. Walhal, sudah banyak kali aku buat temujanji begini. Mungkin atas faktor aku berada di negara lain.

Ya..

"Ya Puan, boleh saya bantu?"

"Uhm, saya ada temujanji dengan CEO syarikat ini. May I?"

"Oh, Puan Son Hwa Min, kan?" Aku mengangguk. Pekerja di hadapan aku ini menyemak beberapa fail di hadapannya dengan kerutan di dahi.

"Ada apa, ya?"

"Maaf Puan, Tuan Byun sibuk hari ini. Katanya tidak mahu diganggu."

Aku membulatkan mata aku. Langsung tiada disiplin! Janji mahu jumpa hari ini tetapi mana? Aku fikir kerja aku boleh siap hari ini dan besok boleh lah aku berjalan-jalan sekitar kota Seoul bersama Minhyun tetapi nampaknya rancangan aku lesap begitu sahaja di sebabkan syarikat ini.

"Tolong beritahu boss awak itu supaya tepati janji, ya? Dia tidak tahu besok saya juga sibuk?"

Pekerja di hadapan aku ini menundukkan kepalanya beberapa kali tanda meminta maaf. Aku menarik nafas dalam-dalam untuk meredakan kemarahan yang kian membuak ini.

"Kalau begitu, besok saja saya akan jumpa boss awak itu. Pesan dengan dia, kalau besok tak jadi juga, saya akan batalkan untuk bekerjasama dengan syarikat ini."

Dan aku terus berlalu pergi.

----

Aku membuka pintu dan dengan langkah yang longlai aku terus membolosi diri masuk ke dalam rumah. Aku segera hempaskan diri di atas sofa akibat keletihan. Puan Oh yang sedang bermain dengan Minhyun memandang aku hairan.

"Hwa Min okay?" Aku hanya mengangguk. Mulut aku seperti berat sekali mahu bersuara.

"Penat sangat?" Aku mengangguk lagi dengan mata yang terpejam. Entah kenapa, aku merasa sangat letih sekali. Mungkin kerana tadi hujan dan teksi pun susah nak dapat waktu-waktu hujan begini. Puan Oh mahu menghantarkan pemandunya untuk jemput aku tetapi aku kononya jual mahal jadi aku menolak pelawaan tersebut.

"Kerja dah siap?"

"Belum, omma."

"Kenapa belum? Bukan Hwa Min rancang hari ini juga dah boleh siap?"

"Memang perancangan Hwa Min begitu tapi ada satu syarikat batalkan temu janji hari ini." Aku mengeluh perlahan bila teringatkan syarikat tersebut. Disebabkan syarikat itu, plan aku untuk dating dengan Minhyun gagal!

"Boleh omma tahu nama syarikat itu?"

"Byun's holding."

Mata Puan Oh terus membulat apabila aku menyebut nama syarikat tersebut. Aku memandangnya hairan.

"Omma, kenal?"

"Mestilah kenal. Budak Byun Bae--"

Kata Puan Oh terhenti saat Minhyun menangis. Aku pula terus menghampiri Minhyun hanya untuk memujuk anak kecil itu.

"Minhyun sayang.."

Sedar pujukan aku tidak berhasil, aku terus mendukungnya dan di bawa ke bilik. Biasanya, kalau Minhyun terus-terusan menangis, itu petanda yang dia betul-betul ngantuk dan ingin tidur. Tidak sampai seminit aku dodoikannya, dia sudah terlelap. Aku segera turun ke ruang tamu kembali untuk menyambung percakapan aku bersama Puan Oh kembali.

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now