44 | Mrs.

154 14 5
                                    

Aku menjerit keriangan apabila doktor mengatakan bahawa aku dan Baekhyun boleh keluar petang ini. Iyalah, siapa sahaja tidak gembira apabila diberitahu boleh keluar dari hospital ini yang seperti penjara. Semua pergerakan terbatas dan asyik di perhatikan. Tempoh hari, semasa Baekhyun tidur di sini pun doktor sudah memberi amaran keras bahawa aku dan Baekhyun tidak boleh berjumpa selama dua hari dan hari ini sudah masuk hari ke tiga jadi aku dengan semangatnya melangkah ke bilik Baekhyun.

Tombol pintu aku pusing perlahan-lahan dan dari sini sahaja aku dapat lihat jasad Baekhyun sedang berbaring di atas katil. Aku mengeluh perlahan saat mendegar dengkuran halus miliknya. Baru nak ajak berbual, dia tidur pula!

Aku melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya dan memerhati wajahnya yang cukup tenang itu. Aku tersenyum sendiri apabila mulutnya mula menguap kecil. Betul-betul nyenyak dia tidur.

"Byun Baekhyun, kenapa awak handsome sangat?"

"Aku tahu."

Damn!

Aku menampar perlahan mulut aku. Mata Baekhyun masih lagi tertutup. Malu! Aku betul-betul malu sekarang ini. Niat aku hendak keluar dari bilik ini terbantut apabila Baekhyun menarik tangan aku supaya duduk kembali tetapi kali ini bukan di kerusi, tetapi atas katilnya.

"Boleh ulang lagi?" Aku mengecilkan mata memandangnya. Baekhyun panjangkan tangannya memeluk pinggang aku. Mahu sahaja aku menolak tetapi pelukannya betul-betul selesa.

"Ulanglah lagi. Aku tak dengar."

"Dah kalau tak dengar kenapa jawab?" Aku memukul lengannya. Baekhyun ketawa kecil. Dia merehatkan kepalanya di bahu aku dan mula mencium sekitar kawasan leher aku.

"Baekhyun, lepaslah. Saya tak selesa."

"Cakap je lah kau suka." Baekhyun menyucuk pinggang aku membuatkan aku terhinjut. Laju sahaja dia ketawa.

"Kalau macam ni baik saya balik bilik saya." Baru sahaja aku hendak meleraikan pelukan, Baekhyun semakin mengeratkan pelukan di pinggang aku. Aku mengeluh perlahan.

"Princess merajuk." Aku tahan senyum apabila Baekhyun menyembamkan mukanya di rambut aku. Ah, cepat sahaja aku terpujuk dengan perangainya!

"Baekhyun, awak tahu kan kita ni bekas suami isteri. Tak bolehlah macam ni." Baekhyun terus memandang aku. Kecut perut pula aku dibuatnya. Entah kenapa aku tiba-tiba mahu bangkitkan hal itu. Tetapi memang betul. Hubungan aku sepertinya sudah melebihi batas aku sebagai bekas isterinya. Bukan aku sahaja yang perasan, tetapi Puan Oh juga. Banyak kali dia sudah pesan kepada aku tetapi apabila aku berhadapan dengan Baekhyun, aku merasa dunia ini aku yang punya. Aku lupa segalanya termasuk kejadian tempoh hari.

"Kau memang tak suka kita macam ni, ya?" Aku diam menunduk. Baekhyun mengeluh nafas perlahan sebelum dia melepaskan pelukan dan terus membelakangi aku. Bersalah pula aku melihatnya.

"Baekhyun.." Aku memegang bahunya dan dia menepis. Terkejut aku dibuatnya dengan perangainya yang tiba-tiba sahaja begini.

"Baekhyun, saya cuma ca---"

"Tadi kata nak balik bilik, kan? Baliklah." Seperti mimpi Baekhyun berkata begitu kepada aku. Ayat dia seperti menghalau. Siapa sahaja tidak berkecil hati? Malas mahu melayannya, aku terus berdiri dan berlalu keluar tanpa memandangnya.

----

"Hwa Min, ada masalah?" Kepala aku pusing memandang Puan Oh yang juga memandang aku sambil tangannya lincah mengemas baju-baju aku untuk di bawa pulang. Mukanya kelihatan risau melihatkan keadaan aku.

"Mana ada. Hwa Min okay." Mulut kata lain, hati kata lain. Puan Oh mengeluh perlahan.

"Dari pagi tadi omma tengok Hwa Min asyik termenung. Ni sampai dah nak balik rumah pun Hwa Min asyik termenung." Puan Oh berjalan mendekati aku lalu dipandangnya aku lama.

"Omma dah siap kemas? Hwa Min nak balik cepat, nak berehat." Aku memandang beg aku yang sudah penuh diisi dengan baju. Tahulah aku bahawa pakaian aku sudah siap.

"Nak balik sekarang?" Aku mengangguk.

"Dengan Baekhyun?" Pantas sahaja aku menggeleng. Puan Oh memandang hairan.

"Kenapa pula tak mahu? Bukan korang berdua sukanya berkepit je?" Aku tahu aku kurang sopan kerana aku hanya diam. Aku mengambil beg pakaian aku dan sempat aku mencium pipi Puan Oh sebelum berlalu keluar.

Langkah aku berat. Kaki aku gatal untuk berjalan ke arah bilik Baekhyun. Dan entah kenapa aku kini sedang berjalan ke arah biliknya. Aku pulas tombol perlahan-lahan kerana tidak mahu Baekhyun menganggap aku terhegeh-hegeh mahu melihatnya. Masuk sahaja bilik Baekhyun, ada dua orang jururawat sedang mengemas katil milik Baekhyun. Jangan cakap..

"Encik Baekhyun sudah pulang awal dari tadi, cik."

Akibat geram aku terus menghempas pintu bilik itu dan berlalu pergi. Baekhyun balik macam tu je?! Langsung tak terfikir nak pujuk atau jenguk aku atau ajak aku balik?! Argh!

Aku lajukan langkah keluar hospital ini. Mata aku liar mencari teksi tetapi memang tidaklah teksi akan ke sini. Tiba-tiba mata aku tertancap ke arah seseorang kanak-kanak kecil yang berlari anak ke arah..aku?

"Aunty.." Aku membongkokkan badan supaya tinggi aku separa dengannya. Mukanya kelihatan kasihan. Mungkin dia kehilangan ibunya.

"Ada apa?" Aku membelai rambutnya. Dia mengeluarkan sesuatu di poket seluarnya lalu diberikan kepada aku.

"Untuk aunty?" Dia mengangguk.

"Aunty kena janji dengan saya.."

"Janji apa?"

"Lepas je buka kotak tu, aunty kena pusing belakang." Jawabnya petah. Aku tersenyum kecil dan mengangguk. Dengan perasaan ingin tahu, aku membuka kotak kecil tersebut dan mata aku terus membulat apabila aku lihat ada sepasan cincin terletak elok di dalamnya.

"Ini sia--" Baru sahaja aku mahu menyoal tuan punya cincin ini, budak kecil tadi terus lari. Aku jadinya panik dan tiba-tiba baru aku teringat pesannya tadi. Pandang belakang. Ya, dan aku terus memandang belakang.

Jantung aku seperti berhenti berdegup saat aku melihat Baekhyun betul-betul berada di belakang aku. Bukan itu sahaja, jururawat, doktor, dan termasuk Puan Oh juga menyaksikan perkara ini. Baekhyun tersenyum manis dengan hanya mengenakan baju t-shirt hitamnya yang berlengan pendek dan itu kelihatan betul-betul kacak di mata aku. Dia berjalan ke arah aku dengan membawa jambangan bunga.

"Baekhyun.." Hanya perkataan itu yang terlintas apabila Baekhyun kini berada di hadapan aku. Matanya memandang tepat anak mata aku membuatkan aku malu berhadapannya. Tidak lama kemudian, dia menghulurkan jambangan bunga tadi dan aku terus mengambilnya dengan senyuman. Terharu tidak usah cakap. Serta merta hilang semua rajukan aku terhadapnya sebentar tadi. Tidak lama kemudian, dia melutut di hadapan aku.

"Baekhyun berdirilah. Malu, semua orang tengok." Aku memandang sekeliling. Semuanya tersenyum memandang aku dan ada segelintir menganggukkan kepalanya. Aku tidak faham kenapa.

"Son Hwa Min, marry me and be my Mrs. Byun."

"B-Baek.."

"Yes or no?"

"Yes."

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now