Bab 4

1.9K 88 0
                                    




          

Aku berangkat ke tempat kerja sejam lebih awal kerana perlu menunggu bas. Hari Isninlah yang paling aku tunggu, sebab esoknya aku cuti. Perasaan itu seakan-akan hari Jumaat ketika di zaman sekolah. Semangat untuk bekerja sedikit sebanyak menjadi luar biasa.

Perihal motosikal, Alhamdulillah selesai. Sebaik saja sampai di tempat kerja, aku terus mencari Zarif untuk meminta bantuannya. Mujur dia ada rakan yang boleh datang betulkan tayar motor aku. Sedikit sebanyak meringankan masalah aku. Berkali-kali dia pohon maaf pada aku kerana tidak menjawab panggilan semalam. Katanya masa tu telefon bimbitnya berada dalam keadaan senyap. Linda pun mengucapkan kata yang sama.

Bagus juga ada sahabat begini. Kalau mereka susah nanti InsyaAllah aku akan bantu mereka pula mengikut kemampuan aku.

Aku duduk di satu sudut dengan meletakkan price tag pada buku yang baru tiba.

Cuma ada satu perkara yang pelik pada hari ini, entah kenapa mata aku hari ini sering memandang ke arah pintu masuk. Aku pun tak faham, kenapa aku perlu buat begitu? Haih, takkan aku tunggu Siddiq datang kot. Aku tersenyum sendiri apabila merenung jam di tangan. Rasa gembira pula. Berselang satu saat wajah bertukar masam.

Wake up Hanina! Aku menggumam di dalam hati sambil menampar lembut kedua-dua belah pipi. Dah kenapa kau selalu sangat fikirkan dia?! Perangai dia tu annoying kau tau tak?

"Pelan sangat tu. Biar aku tampar bagi kuat sikit..."

Makin kuat tamparan pipi aku. Parah ni, sampai suara dia pun aku dah terngiang-ngiang di telinga. Kemudian aku seolah-olah tersedar sesuatu. Aku bangun sebelum berpaling ke kiri, dengan kedua-dua belah tangan masih melekat di pipi. Terkebil-kebil aku pandang dia. Setiap inci wajahnya aku teliti. Dari pelipis mata, mata, hidung, mulut. MashaAllah, walaupun wajah mereka sama, tapi kenapa aura Siddiq ni lebih kuat, ha? Hairan betul aku rasa.

Beralih pula ke bahagian baju.  Hari ni dia memakai pakaian kemeja berlengan panjang, warna putih, seluar pula warna hitam. Dan dia tak memakai tali leher. Aku memandang pula ke arah kasut. Hampir meletus tawa aku apabila melihat dia memakai kasut capal.

Kalau ikut dari gaya baju, aku boleh agak yang dia ni kerja pejabat. Baju dah A tapi kenapa pakai kasut gitu pulak? Lainlah kalau pakai baju melayu. Haa, baru kena dengan kasut tu. Tapi, nampak kemas sangat cara pemakaiannya hari ini. Berbeza dengan semalam, dia hanya memakai t-shirt dan jeans.

Deheman dia menyedarkan aku. Membahang wajah aku ketika itu.  Aku tertunduk kemudian menggigit bibir. Macam mana rupa aku tenung dia, mesti rupa aku buruk. Mulut aku entah ternganga ke tak?

Kepala terus memandang dia, apabila terdengar seolah-olah dia sedang ketawa. Berkerut dahi aku apabila melihat wajahnya yang serius. Ha, betul jugak. Dia ni kan ada masalah ekspresi wajah. Macam yang aku cakap, kalau ketawa... mengejek. Kalau senyum, sinis. Takdenya dia nak ketawa ikhlas-ikhlas.

"Buat apa datang kau sini?" soalku sekadar mahu menutup malu dan menukar topik.

"Ni kedai kau ke?"

Tersentak aku dengan jawapan dia. Ya Allah dia ni...

"Memanglah ni bukan kedai aku..."

"So?" cantasnya. "Suka hati akulah nak datang ke tak... aku nak datang bila-bila pun, apa masalahnya? Kalau ni kedai kau memanglah aku mintak izin..." jawabnya senada.

Terlepas dengusan kasar apabila mendengar jawapan dia. Menyampah, menyampah, menyampah.

"Eh, boleh tolong aku?"

"Apa?"

"Ada nampak buku Stephen King tak?"

Tiba-tiba saja Siddiq menyoal dengan dengan lembut, terpana aku ketika itu. Lama jugak aku renung wajah dia dengan kerutan di dahi sebelum aku angguk. Di dalam kepala mula fikir yang bukan-bukan. Bukankah dia ni suka sangat dengan novel English, selalu datang ke sini, takkan tak tau pulak buku Stephen King di mana? Ke dia nak kenakan aku ni?

PromiseWhere stories live. Discover now