Bab 29

1.1K 61 13
                                    

Hai semua.
Jemput baca dan komen okey. Kalau ada apa2 nak tanya, boleh ke Ig @ateen_khalid atau Facebook Ateen Khalid tau:

Btw, bab ni pendek je tau. Enjoy!

***
Hati ni terasa syahdu pulak bila Siddiq memegang lembut, membersihkan sisa tomyam dengan berhati-hati. Wajahnya aku renung. Mulalah rasa macam mengada, padahal dulu kena apa pun buat sendiri ja. Acah-acah lemah pulak kau ni di depan Siddiq.

"Minyak gamat ada?" soalnya perlahan.

Angguk. Minyak wajib ada sebab aku ni kalau masak bukan main careless, seminggu sekali mesti tangan terluka terkena pisau. Buat kerja rumah kalut memang itulah habuannya.

"Jom..."

Tatkala bahuku dipeluk, mataku terbeliak. Badan jadi kebas dan langsung tak bergerak.

"Kalau akak nak makan dengan mak dulu pun takpe. Kena sapu ubat dulu takut melarat..."

Tak sempat aku nak pandang reaksi wajah Nazira dek terlindung dengan badan Siddiq, dia membawa aku ke bilik. Aku didudukkan di atas kerusi.

"Mana minyak gamat awak?"

"Ada dalam almari tu..." jawabku seraya menghalakan jari telunjuk pada salah satu almari yang berada di dalam bilik. Siddiq terus mengambilnya dan melangkah menghampiriku. Aku menghulur tangan, untuk mengambil botol minyak dan ingin menyapu sendiri. Yelah, lepas kes memalukan pagi tadi, takkanlah aku berharap dia nak sapukan ubat untuk aku? Kamon, jangan kau nak beranganlah Hanina Luthfia oi.

Siddiq menggeleng. Dia melutut di hadapan aku dan tindakannya itu menyangkal segala telahan aku. Aku diam kaku. Biar betul dia ni?

"Biar saya sapukan,"

"Tapi..."

"Syhh..." dia meletakkan jari telunjuk di mulut aku. "Diam seminit, boleh tak?"

Suasana menjadi senyap sunyi. Anak mata merenung kepala Siddiq sahaja. Oleh kerana dia tunduk, aku hanya mampu pandang rambut dia. Ah, pandang rambut pun lantaklah. Tengok rambut dia pun dah rasa dia ni kacak sangat.

Lemah lembut dia menyapu ubat di tangan aku. Sentuhannya membuatkan rasa sakit di tangan kian hilang. Ajaib. Lepas tu siap tiup pulak. Rasa disayangi dan terbuai-buai sangat.

Tiba-tiba teringat kejadian aku memukulnya dengan buku. Mata aku pejam rapat. Aku ni, makin buat dia sakit adalah tapi dia... tak mampu nak teruskan ayat sebaliknya aku mengeluh perlahan.

"Sakit sangat ke?"

Laju saja aku menggeleng.

"Nanti tangan awak mungkin akan jadi merah sikit. Harapnya tak teruk lah. Nanti lepas minyak ni kering, kena letak lagi..." sambungnya. Aku masih diam. Cuba untuk menikmati suasana ini. Sekadar untuk menyimpan memori indah antara aku bersama Siddiq. Harapnya ada lagi memori indah yang bakal kami cipta. InshaAllah.

"Saya mintak maaf. Tomyam tu favourite awak tapi dah tumpah... kesian awak, tak dapat makan..."

"Tu namanya tak ada rezeki. Lagipun bukan salah awak pun, kan? Banyak lagi lauk lain yang saya boleh makan. Tapi apa-apa pun tangan awak lagi penting dari tomyam tu. Tomyam tu boleh buat lagi tapi tangan awak ni memang tak ada ganti..." ucapnya seraya mengangkat kepala memandang aku.

"Mujur kena tangan kiri, kalau kanan... macam mana awak nak suap makanan?" sambung Siddiq lalu dia bangun.

"Apa gunanya ada awak?" lancar saja soalan itu keluar. Serta-merta tangan kanan menampar mulut. Kepala aku tunduk. Ish mulut! Kau ni memang tak reti nak duduk dendiam ke?

Soalan aku Siddiq tidak menjawab. Aku mencuri pandang wajahnya dan sedang melihat dia tersenyum sendiri. Tanpa sedar aku jugak tersenyum. Alhamdulillah, rasanya hubungan aku dengan Siddiq semakin lama semakin baik. Satu pencapaian yang bagus.

"Senyuman tak mampu mengenyangkan, kan? So, bila kita nak makan?"

Mati terus senyuman aku. Wajahnya aku jeling sebelum berdiri. Hilang mood terharu tadi. Dia ni memang suka betul buat perangai macam ni.

PromiseWhere stories live. Discover now