Hai, memandangkan esok saya busy, jadi saya update PROMISE malam ni. Enjoy!
~~~~
DIA senyum dan aku sangat-sangat kenal dengan senyuman persis tak cukup sifat keikhlasan ini!
Apa ni?! Anak mata hanya memandang kelibatnya melangkah ke kereta dengan mulut ternganga.
Ya, itu memang kereta dia. Apabila dia menggamit barulah aku mula menapak dan aku melangkah dengan pantas. Aku mahu masuk ke dalam kereta secepat mungkin. Usai masuk, aku terus menyoal. "Siddiq?"
Diam.
"Siddiq Wildan ke ni?" kataku dengan suara yang agak kuat. Geram sebenarnya bila dia buat tak peduli aku panggil tadi.
"Tak payahlah sampai sebut nama penuh. Tak perlu kut awak menjerit, saya tak pekak lagi. Nyaring, tahu tak?"
Aku tersandar terus dengan kedua-dua belah tangan memegang kepala. Tak pekak lagi? Habis yang aku panggil tadi kau buat diam dah kenapa?
Bila aku buat suara nyaring tau pulak kau membebel.
"Tapi... macam mana awak tau, eh?"
Selipar capal kau tulah! Lepas tu dengan senyuman kau yang tak cukup sifat tu. Aku benar-benar tertipu dengan gaya rambut dia pada hari ini. Memang mati-mati aku ingat Wafiy. Aku menjerit di dalam hati.
"Okey... sekarang ni awak bagitau saya. Awak dengan Wafiy memang nak main-mainkan saya ke macam mana ni?! Sepatutnya Wafiy yang datang tapi kenapa..."
Aku hilang kata-kata, mata menjeling Siddiq yang sedang memandu.
"Macam mana awak tahu rumah saya? Kenapa tak call dulu sebelum datang? Nombor telefon bimbit saya pun awak dah tau kan? Susah sangat ke nak call? Awak tahu tak apa yang awak dah buat ni Siddiq Wildan?!" soalku bertalu-talu dengan nada marah. Sejurus kemudian aku tersedar sesuatu. Sedikit sebanyak itu buat aku terkedu.
Aku menjadi diri aku lagi apabila berada dengan Siddiq. Dengan dia senang pulak aku lepaskan segala yang terbuku di hati. Rasa selesa je bila membebel pada dia. Berbeza dengan Wafiy, aku sembunyikan segala keburukan aku dari lelaki itu. Jangan katakan nak membebel, nak suruh dia buat sesuatu pun aku rasa janggal. Nak tinggikan suara pun aku rasa macam serba salah dek kelembutannya berbicara dengan aku.
"Saya tau nama saya sedap, unik. Tak perlu nak sebut banyak kali."
Perasan! Aku memang akui nama kau tu unik, tapi sekarang ni aku marah. Jadi bila marah, memanglah kena acah-acah mak-mak sikit sebut nama penuh, kan?
"Sebenarnya, Wafiy suruh saya ambik awak," sambung Siddiq lagi apabila aku hanya mendiamkan diri.
"Apa?!" laungku sekuat hati.
"Eh, coverlah sikit suara tu! Menjerit macam puntianak."
"Pernah dengar puntianak menjerit ke? Lagi pun awak sorang aje pun yang dengar, takut ke?" bidas aku.
Terbeliak biji mata Siddiq memandang aku. Terkejut barangkali. "Dah pandai menjawab sekarang ni ye?"
"Sebab berkawan dengan awaklah saya jadi pandai menjawab."
"Bila masa saya kawan dengan awak? Perasan!"
Aku ketap bibir. "Saya peduli apa? Sekarang awak jawab semua soalan saya!"
Kali ini giliran Siddiq pula diam.
"Jawablah saya tanya ni! Yang diam tu kenapa? Saya menjerit nanti awak marah pulak."
YOU ARE READING
Promise
RomanceKetika berada dalam keadaan terdesak, seorang lelaki muncul secara tiba-tiba dan telah menolong Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama, hanya senyuman saja yang menjadi memori. Takdir menemukan mereka sekali lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu...