"Siddiq..."
Panggilku perlahan sambil memandang belakangnya. Siddiq menoleh memandang aku sekilas sebelum kembali memandang pokok-pokok orkid yang ada di depannya.
"Awak okay?" soalku setelah aku berdiri betul-betul di sebelahnya.
"Awak rasa?" Siddiq tersenyum nipis lantas memandang aku. "Apa pun yang saya rasa dah tak penting sekarang. Kita berdua dah setuju kan, jadi kita ikut saja..."
"Tapi saya nak tau satu benda..."
"Erm, apa dia?'
"Awak rasa terpaksa tak kena kahwin dengan saya ni?" sengaja aku menyoalnya dengan soalan begini. Aku tak rasa seperti itu, cumanya aku terkilan sebab dengan cara begini kami kena berkahwin. Aku hanya mahu tau apa yang ada di dalam hati Siddiq sekarang ini.
Riak wajah Siddiq kelihatan sedikit terkejut dengan soalan aku. Dia kembali pandang hadapan dan berdehem beberapa kali.
"Kali ni saya tak rasa terpaksa..."
Hampir sama dengan apa yang aku rasa! Aku menarik nafas lega.
"Tapi..."
"Tapi apa?"
"Saya rasa terkilan sebab Wafiy sanggup buat saya macam ni dan dia pijak-pijak maruah awak. Kalau ayah dan ibu tau apa yang dia buat semalam... mesti diorang lagi marah pada dia. Saya pun marah tapi tak tau kenapa... saya rasa macam ni. Saya tak nak ibu dan ayah benci dia... paling penting, saya tak nak ibu menangis sebab dia..."
Mendengar ayat itu, aku mengeluh kecil. Lepas apa yang Wafiy buat, Siddiq tetap nak pertahankan Wafiy. Aku tak tau sama ada apa yang dia buat ini sia-sia ataupun disebabkan kasih sayang.
Ada banyak soalan aku hendak tanya pada dia sekarang ini tapi melihat keadaannya aku matikan niat. Aku perlu cari topik yang jauh dari apa yang kami alami sekarang.
"Rumah sebelah tu rumah siapa eh? Awak tau tak?"
"Tau..." jawab Siddiq bersama anggukkan.
"Rumah siapa..."
"Rumah jiran saya. Sebelah kanan ni pun rumah jiran saya... rumah depan, rumah belakang... semua jiran saya..."
Siddiq terus ketawa selepas melihat wajahku. Ei, dia ni... sempat lagi nak kenakan aku dalam keadaan macam ni. Yang aku pun satu, dah macam takde soalan lain nak tanya.
"Next?"
"Next?" kening aku bertaut.
"Next question..."
"Oh! Erm... pokok bunga orkid ni siapa tanam? Banyak pulak tu..."
"Ibu. Hobi dia dari dulu. Masa kami nak pindah jenuh, angkut semua ni..."
"Sebelum ni awak tinggal kat mana?"
"Kampung. Area sini jugak. Tak jauh mana pun dari sini. Rumah tu sekali sekala ibu ayah akan balik. Rumah arwah atok dengan nenek saya... rumah ni ayah yang beli... dia cakap kalau beli rumah tak rugi, dia pernah pesan kat saya... nanti dah stabil belilah rumah..."
Terangguk-angguk aku mendengar kata-kata Siddiq. Aku rasa perbualan kami kali ni berguna pulak.
"Eh, awak tanya pasal orkid kan tadi? Melencong jauh pulak..." Siddiq ketawa sambil menggaru belakang kepala. Aku suka melihat dia ketawa begitu. Dia dah banyak bersedih, dia memang layak untuk gembira kali ini.
"Kebanyakkan orkid yang ibu tanam jenis Cattleya. Tapi yang Cattleya pun banyak nama jugak. Awak nampak yang bunga besar ni, Cattleya la tu, tapi nama yang mana saya tak tau. Yang atas tu saya tak tau jenis apa. Banyak sangat namanya. Lepas tu yang bunga warna putih, batangnya panjang sikit dalam pasu tu, ibu beli mahal jugak kalau tak silap... Phaleonopsis Orchid..."
Dah macam paleolitik dah aku dengar ni. Macam mana nak sebut pun aku tak tau dah. Belit lidah ni haa. Macam mana dia boleh sebut ni?
"Saya paling ingat nama bunga ni sebab..."
"Sebab?" pangkas aku. Teruja benar untuk tahu apa yang terjadi.
"Masa saya umur 15 tahun... saya pernah gatal tangan pergi petik bunga orkid ni sebab bunganya yang putih dan saya rasa cantik sangat... lepas tu, ibu marah betul dengan saya sampaikan saya nak turun makan pun saya takut. Tapi nasiblah ada Wafiy yang tolong seludup makanan masuk bilik dan..."
Sedang aku asyik mendengar dia bercerita, tiba-tiba dia berhenti. Tatkala aku menghadam balik apa yang dikata, barulah aku mengerti kenapa dia diam. Sekali lagi, sebab Wafiy.
"Yang hujung tu, bonsai... hobi ibu jugak ke?" aku terus menyerangnya dengan soalan lain. Tak mahu dia teringat akan Wafiy lama-lama.
"Bukan. Itu pulak hobi ayah... ada dua je..."
"Bonsai pun cantik sangat... ibu ayah minat menanam, berjodoh betul..."
"Dulu ibu sorang je yang suka menanam, tapi lepas ayah pencen... dia pun terjebak lepas tengok bonsai. Lagipun ayah bukan buat apa sangat... selain jengok bendang... itupun bukan dia yang buat. Upah orang. Dia tengok-tengok je... nak buat sendiri pun tak mampu, dah berusia dan besar sangat bendang tu..."
Oh, rupanya mereka ada tanah sawah. Patutlah. Mesti tiap kali musim menuai padi... masyuk. Astaga, boleh pulak aku fikir pasal tu!
"Ayah dulu kerja apa?"
"Ayah dulu cikgu. Bekas pengetua sekolah. Ramai kenal ayah, jadi... saya..."
Siddiq diam. Aku faham. Dia tak mahu ayah tanggung malu jadi... sebab tu dia ikut saja.
"Erm... Luthfia..."
"Ye..."
"Mak cik awak. Semalam kan awak balik lewat... dia marah awak tak?" soal Siddiq tergagap-gagap.
Perlahan aku angguk sebelum mengeluh kecil.
"Dia cakap apa?"
"Dia tuduh... saya dah buat bukan-bukan..."
"Hah?"
"Buat maksiat..."
Semerta Siddiq meraup wajah.
"Saya mintak maaf..."
"Takpe Sid, benda dah jadi pun. Lagipun, terang-terang ni semua bukan salah awak. Erm, nak tanya lagi, boleh?"
Siddiq menjawab dengan anggukan.
"Boleh je, apa dia?"
Apabila mendengar suara ibu sedang bercakap dengan seseorang di telefon bimbit, aku matikan niat untuk menyoal soalan seterusnya.
"Awak nak tanya apa?"
"Er, nantilah. Banyak masa lagi kan?" sengih.
"Okay. Ibu dah keluar, saya pergi hidupkan enjin kereta dulu..." katanya seraya pergi dari situ.
Aku mempamerkan senyuman apabila ibu datang mengampiri.
"Jom sayang..."
***
Terima kasih sudi baca PROMISE. Jangan lupa vote dan komen ye?
Dan jemput baca cerita terbaru saya, HEARTLESS!
Dan jangan lupa baca cerita-cerita saya yang lain jugak. ;)
Betul, Suami Aku Pelakon!
Tolong Jagakan Dia
Alamak, Tersuka La Pulak!
Piano
Oh, ya. Kalau sesiapa ada Facebook, boleh like page saya.
Novelis Ateen Khalid
Atau add FB personal saya, Ateen Khalid.
Dan Instagram saya ----- ateen_khalid

ANDA SEDANG MEMBACA
Promise
Roman d'amourKetika berada dalam keadaan terdesak, seorang lelaki muncul secara tiba-tiba dan telah menolong Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama, hanya senyuman saja yang menjadi memori. Takdir menemukan mereka sekali lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu...