BAB 15

1.5K 100 21
                                    

SETELAH tamat waktu bekerja, niat dan fokusku cuma satu. Mahu berjalan ke tempat parkir tanpa menoleh langsung ke kiri dan ke kanan, aku nak balik secepat mungkin. Letih fizikal, letih mental. Lemah satu badan.

"Cik adik... laju berjalan? Nak ke mana tu?"

Langkah aku mati. Cik adik? Alahai, skil mengorat zaman bila ni? Aku menoleh dan melihat Wafiy yang baru keluar dari Starbucks dengan membawa dua cawan kopi. Entah jenis yang mana aku tak tau sebab aku tak pernah beli langsung minuman yang sudah sedia maklum bukan untuk orang yang kedekut macam aku. Yelah, satu cawan ni, aku boleh makan dua hari hot plate yee mee. Ah, terkenang hot plate yee mee tu buat aku terliur pula.

"Cik adik? Kuno la," kataku lantas ketawa.

"Kena guna yang kuno dulu. Kalau tak jalan, baru guna yang moden sikit. Nanti saya guna skil sebenar saya awak tergamam kut." Wafiy mencebik.

"Cubalah."

"Okay, awak tunggulah nanti saya guna skil saya. Saya simpan lepas kahwin."

Kata-katanya buat aku tersenyum nipis.

"Saya baru nak call awak tadi," kata Wafiy sambil menghulurkan satu cawan kepada aku. "Nah, kopi. Awak dah makan ke?"

"Terima kasih. Saya dah makan tadi," kataku sambil menyambut huluran Wafiy dengan wajah teruja. Aku renung dia. Dia tersenyum sambil menyedut air minuman.

Wafiy Sadiq, sudah cukup baik bagi aku. Jangan pandang yang lain. Dia sentiasa ada untuk kau. Tapi masalahnya kau pandang dia kau nampak Siddiq jugak. Muka diorang, kan sama.

Aku pejam mata beberapa saat. Berperang dengan diri sendiri ni memang buat aku stress!

"Kenapa tenung saya macam tu?"

"Sebab awak selalu senyum. Saya suka tengok awak senyum, nampak gigi awak tu..."

"Agak-agak kalau saya takde gigi kat depan ni awak suka tengok tak?" soalnya spontan.

Aku menumbuk bahunya sebelum tawaku meletus.

"Saya gurau aje. Tapi betul ni, kalau saya takde gigi awak nak tak?"

"Saya terima. Tapi kan, sebenarnya kalau ada duit, gigi yang tak ada boleh adakan. Tapi tak orilah, betul tak?"

Wafiy mengangguk sambil tersenyum.

"Awak kalau datang jumpa saya mesti belikan saya makanan tak pun minuman. Dan soalan wajib yang awak mesti tanya 'awak dah makan ke?'. Keluar dengan awak memang kenyang dan buncit saya dibuatnya."

Air disedut sedikit. Erghh, pahit. Dengan sedaya upaya aku cuba menahan reaksi muka aku dari berkerut. Mujur saja aku tidak beriak dengan lebih drastik dengan menjelir lidah. Untuk menjaga hati Wafiy yang sudah beli minuman ni untuk aku, aku minum juga. Entah mahal manalah satu cawan ni.

Kami melangkah menuju ke kerusi yang berada tidak jauh dari situ.

"Saya suka tengok cara awak makan sebenarnya."

"Hah? Maksudnya?"

"Awak tau tak hos rancangan macam jalan-jalan cari makan, best in the world?"

Laju saja aku mengangguk. Mana mungkin aku lupa rancangan kegemaran aku tu. Tengok diorang makan saja boleh buat aku terliur. Takde cover langsung. Lantaklah nak comot pun.

"Cara awak makan, sama macam cara hos-hos tu makan. Cara makan yang buat orang lain terpengaruh untuk makan jugak. Awak ni tak sesuai duduk dengan orang yang nak diet. Karang punah diet orang tu, terhasut dengan cara awak makan."

PromiseTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang