BAB 17

1.6K 99 14
                                    

Dua bulan kemudian...

JAM ditangan aku kerling sekilas. Pandanganku melilai memandang sekeliling. Masih menunggu kelibat manusia yang mula mendapat tempat di hati aku. Sepanjang dua bulan ini, Wafiy tidak pernah buat aku sedih dan aku rasa aku dah mula sayangkan dia.

Aku sekarang perlu yakin dengan takdir Allah dan percayakan Wafiy. Setakat ini belum ada perkara yang boleh buat aku berfikiran bukan-bukan terhadap lelaki itu. Pernah sekali aku berada dalam mood yang kurang elok, Wafiy memang memahami. Dia tak buat aku makin marah sebaliknya dia buat emosiku kembali stabil.

Perihal Siddiq, mungkin aku crush saja kepada lelaki itu. Mungkin perangainya yang aneh menarik minat aku. Sekarang, aku dan dia kekal sebagai sahabat. Namun sampai sekarang, batang hidung tunangnya belum pun aku lihat. Terbit juga rasa hairan dalam hati apabila terfikirkan tentang itu. Dah kenapa dia sorok sangat tunangnya. Ah, biarlah.

"Sorry, my lady. Lama tunggu?"

Melebar senyuman aku. Aku menggeleng.

"Asalkan awak, tunggu lama pun kita sanggup." tuturku seraya mengangkat kening berkali-kali.

"Ewah dia, dah pandai buat pickup line."

Aku suka melihat Wafiy ketawa. Rasa bahagia sangat.

"Kenapa nak jumpa ni? Tak busy ke?"

"Saya ada hal sikit dekat area Seberang Jaya. Alang-alang dah dekat dengan awak, kan? Jumpa kejap sebab dah seminggu tak jumpa. Rasa macam rindu sikit..."

"Sikit je?"

"Sikit ajelah. Lepas kahwin baru boleh banyak-banyak. Simpan untuk yang halal..." aku dengar ayat mula-mula tu rasa macam mengada nak merajuk jugak, tapi nasib ayat last backup.. tak jadi terus nak marah.

"So, dah order makanan belum?"

Aku geleng sambil ketawa halus.

"Saya tak ada selera."

"Kenapa pulak ni?" laju saja Wafiy menyoal. Wajahnya mula serius.

Hesy, risau betul dia ni bila aku tak makan.

"Erm, Wafiy, betul ke ibu ayah awak..."

"Betul. Diorang nak cepatkan majlis. Katanya kita nikah dulu, tak perlu nak tunang-tunang. Majlis resepsi nanti dua ke tiga bulan lepas tu pun boleh buat. Orang zaman sekarang dah tak kisah dah buat majlis lambat pun..."

Aku menghela nafas perlahan. Gementar.

"Sebenarnya lepas ibu dan ayah jumpa mak cik awak sebulan lepas, diorang terus nak cepatkan semua. Katanya tak sanggup biar awak berlama-lama di situ. Sebab tulah ibu ayah macam nak buat cepat. Ikutkan hati, bulan ni nak kita nikah... tapi borang apa pun tak settle lagi. Mujur je kursus kahwin kita dah pergi. Tapi apa-apa pun, kita akan nikah dulu sebelum Sid,"

Tersentuh hati aku apabila mendengar kata-kata Wafiy. Aku renung dalam-dalam anak matanya.

"Tapi jumlah yang mak cik mintak banyak sangat, Wafiy. Saya rasa macam tak setara dengan saya. Saya kasihankan awak. Saya ada simpanan sedikit."

"Nope, awak kena simpan duit awak."

"Mak cik saya langsung tak peduli pun pasal majlis ni. Diorang buat tak tau je, saya yang kena buat semua sebenarnya. Jadi..."

"Pasal tu awak janganlah risau, okey? Saya akan tolong awak uruskan semua. Buat satu majlis pun dah cukup..." potong Wafiy. "Saya janji, saya akan bahagiakan awak, saya janji saya akan hargai awak. Sekarang saja nak awak senyum dan jangan nervous, okey?"

PromiseWhere stories live. Discover now