BAB 25

1.1K 71 26
                                    


******

Hidangan makan malam walaupun nampak sangat meriah dan menyelerakan tapi tidak mampu membangkitkan mood 'mentekedarah' aku tadi. Padahal dulu, itulah lauk yang selalu menjadi keinginan aku dan selalu terbayang-bayang sebelum aku tidur.

Aku hanya mengambil sayur campur saja sebagai lauk, nasi yang aku makan pun tak lebih dari dua senduk. Itupun tak habis. Aku nak suap nasi ke dalam mulut je, kena usik dengan ibu ayah. Nak suap lagi kena usik dengan Kak Safi pulak. Kalau suaminya ada, memang aku sorok muka ni bawah meja dah. Macam mana aku nak ada selera?

Si Siddiq tu, boleh buat muka kering. Langsung tak terkesan dengan kata-kata mereka, dia makan berselera macam orang bela saka tujuh keturunan. Gerun betul aku tengok. Tapi ada sesuatu yang aku tau tentangnya hari ini. Rupanya, makanan kegemarannya tomyam. Dia mengadap lauk tu je. Mangkuk tomyam tu diletakkan betul-betul depan dia. 

Anak mata merenung jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Macam mana aku nak lalui malam ni?

Aku hanya duduk termenung di ruang tamu sambil bermain dengan jari jemari. Kelibat Siddiq langsung aku tidak nampak sejak makan malam tadi. Entah ke manalah dia hilang.

"Nina..."

Sepantas kilat aku berdiri dan memandang belakang apabila kedua-dua belah bahu aku dipegang. Wajah Kak Safi aku pandang.

"Ya Allah, sorry buat Nina terkejut..."

"Takpe-takpe..." jawabku seraya sengih. Aku duduk di sebelahnya.

"Pucat muka Nina ni, akak mintak maaf tau..."

"Takpe kak, Nina memang macam ni. Kejap lagi okaylah ni..."

Kak Safi tersenyum. Perlahan-lahan Kak Safi mencapai tangan aku dan menggenggamnya erat.

"Memandangkan Nina dah jadi isteri Sid, Nina nak tau apa-apa tak pasal Sid?" soalnya seraya mengangkat kening berkali-kali.

Pucuk dicita ulam mendatang. Memang ada banyak sangat benda yang aku nak tau pasal Siddiq. Tapi oleh kerana terlalu banyak yang aku nak tau, tak terkeluar soalan dimulut. Otak terus bercelaru sampaikan aku jadi 'blank'.

"Saya ada banyak nak tau pasal dia tapi... tak tau nak tanya macam mana..."

"Takpe, macam nilah. Siddiq tu memang nampak macam kerek sikit. Muka tu, payah betul nak senyum... hidup dia dengan baca buku je..."

Betul tu Kak Safi! Betul sangat.

"Tapi... jujur akak cakap, dalam tiga beradik... dari dulu, dialah yang paling menjaga hati ibu ayah. Dia tak manja macam anak bongsu yang lain. Dia paling kurang buat masalah, but still dia pernah buat hal jugak dulu. Cumanya hal-hal remeh saja. Walau apa pun yang dah jadi, walaupun dia bukan pilihan pertama Nina, akak yakin... Nina akan bahagia dengan dia... dia penyayang sebenarnya,"

Sebak aku mendengar kata-kata Kak Safi. Kak Safi tak nampak apa yang aku nampak tadi. Riak wajah Siddiq ketika dia menyarung cincin ke jari aku, masih jelas kelihatan. Dia terpaksa. Itu makin terkesan walaupun selepas itu wajah Siddiq tenang. Betullah orang cakap, yang buruk tu jugak yang diingat.

Namun begitu, aku cuba pasakkan kata-kata Kak Safi di dalam hati.

"Nina boleh buat dia bahagia kan?"

Memang saya nak buat dia bahagia akak. Tapi saya tak tahu macam mana?

"Maafkan Wafiy... mungkin dah ditetapkan jodoh Nina dengan Siddiq walaupun Nina berkenalan dengan Wafiy dulu. Apa yang jadi bukan kehendak kita tapi... percayalah, Allah sudah aturkan semuanya dengan cantik... cinta boleh dipupuk selepas menjadi suami isteri, kan?"

PromiseWhere stories live. Discover now