Bab 28

1K 74 7
                                    

Haiii, maaf sebab lama tak update. 🙏🏻

Sebelum korang baca, just nak cakap... saya dah ada novel baruuuuu!

Saya ada update bab awal dekat sini, jemput baca yaaa? Just nak cakap perangai abang bodyguard saya ni hati kering macam si siddiq ni

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Saya ada update bab awal dekat sini, jemput baca yaaa? Just nak cakap perangai abang bodyguard saya ni hati kering macam si siddiq ni. 😂

Sekarang tengah dijual di pesta buku, inshaAllah bulan 5 akan ada di kedai buku.

Dan saya akan ada di pesta buku, 7/4 ni. Siapa nak datang jumpa saya, datanglah. Dengan setiap pembelian novel baru saya, akan dapat bookmark khas.

Tadaaaa!!

Btw, enjoy reading!!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Btw, enjoy reading!!

•••

Okay... apa yang aku boleh katakan, sebenarnya sekarang ni... memandang wajah Siddiq adalah lebih menakutkan dari pulang ke rumah aku. Wajah Siddiq yang sedang memandu di sebelah aku jeling.

Serius!

Tangan kanannya sedang mengurut perlahan bahu kiri. Agak-agak lebam tak eh? Anak mata kembali pandang hadapan. Aku menggigit dan memejam mata. Kejadian tadi terbayang-bayang.

Lepas saja aku selesai lap lipas yang dah 'arwah' tu, sempat Siddiq pesan, kemaskan baju dalam beg  ala kadar je. Ikut hati nak tanya kenapa ala kadar, tapi jelingan Siddiq tajam menikam, terbantut niat aku. Jadi aku susun baju aku untuk pergi bercuti biasa-biasa je. Aku packing yang mana patut je. Tak faham betul aku dengan dia ni.

Untuk baju balik rumah, takdelah banyak sangat sebab baju aku pun memang ada lagi di rumah.

Tapi baju Siddiq, aku nak susun macam mana pun aku tak tahu. Bila aku pergi tanya dia, dia cakap dia akan susun sendiri nanti dan dia suruh aku turun bawah kalau-kalau boleh bantu ibu untuk siapkan makan tengah hari. Susah sangat ke dia nak bagitahu aku, baju apa yang dia nak bawak?

Sigh.

Kak Safi suruh aku naik atas tapi si Siddiq ni pulak suruh aku turun bawah. Akhirnya aku turun jugak, bantu apa yang patut walaupun dihalang. Selepas makan tengah hari, barulah kami keluar dari rumah.

PromiseTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang