Tiga minggu berlalu dengan begitu pantas. Mungkin kerana aku rasa gembira berbanding minggu-minggu sebelumnya. Kata orang kalau rasa gembira, tak terasa masa berlalu. Semuanya berlaku dengan begitu pantas.
Hubungan aku dengan Wafiy bertambah baik. Aku rasa dia dalam proses nak memikat aku balik kut. Aduh, rasa macam perasan pulak!
Tapi aku tak mampu nafikan, Wafiy adalah manusia yang sering buat aku lupa perihal masalah di rumah. Kalau aku rasa tertekan, pasti dia akan ada. Bercerita itu ini sehingga aku leka dan akhirnya lupakan semua masalah.
Memandangkan dia sudah tahu di mana tempat aku bekerja, setiap hari kami bertemu. Lepas waktu kerja, dia terus datang jumpa aku. Dah tu sanggup pula tunggu aku sampai aku habis kerja. Tak reti letih ke dia ni?
Selalunya dia lepak di Starbucks. Kalau ada filem menarik, dia tengok wayang. Tapi, pernah juga dia duduk melepak tunggu aku di kedai sambil baca buku. Lawak Kampus selalunya menjadi pilihan dia selain buku komik Detektif Conan. Kadang-kadang buku hantu kanak-kanak pun dia baca. Paling dahsyat, buku warna budak-budak pun dia belek.
Ada sekali dia 'tawaf' kedai sampai aku pun naik pening melihatnya. Nak buat kerja pun tak boleh. Kadang-kadang rasa kelakar tapi kadang-kadang rasa kasihan. Demi nak ambik balik hati aku, macam-macam dia buat.
Ada juga aku tanya di mana dia bekerja dan saat itu barulah aku tentang pekerjaannya. Terngiang-ngiang perbualannya dengan aku tempoh hari.
"Awak kerja apa sebenarnya? Awak tak letih ke balik kerja, datang jumpa saya. Tak balik rumah?"
"Saya nak tatap wajah orang yang boleh 'cas' tenaga saya... awak..."
Sempat dia menyimpul senyuman untuk aku.
"By the way, saya kerja buat website."
"Dengar macam best aje."
"Kalau minat sesuatu, mestilah best. Saya nak cerita macam mana kat awak pun saya tak tau. Apa yang pasti saya minat dari dulu. Inilah benda yang saya belajar. Tapi, kalau kerja tak ada stres memang tak sahlah, kan?"
Betul. Aku akui itu. Apa saja boleh jadi kalau ada minat.
Cumanya... ada sesuatu yang menghairankan. Sepanjang tempoh ini, kelibat Siddiq langsung tidak kelihatan. Itu menimbulkan sedikit rasa gelisah. Aku kadang-kadang terfikir juga keadaannya dan hairan kenapa dia menghilangkan diri sekali lagi? Kenapa dia tak datang jumpa aku? Ya... memang aku risau.
Terfikir juga mahu bertanya kepada Wafiy. Tapi bila aku mahu melontarkan soalan, aku serba salah. Aku seakan takut. Aku pun pelik kenapa aku perlu rasa macam tu sedangkan sekarang ni aku dengan Wafiy belum declare apa-apa dan Wafiy pun tahu aku dan Siddiq kenal antara satu sama lain. Memang susah untuk aku tahu kehendak hati ini.
"Hai, jauh termenung?"
Teguran Linda hampir saja membuatku melatah. Tangan mengurut dada sambil menjeling tajam memandangnya. "Terkejut tau tak."
"Itulah, khusyuk sangat fikirkan si dia. Mengelamun aje. SV nampak... mampus kau," katanya sambil mengukir senyuman nakal.
"Mana ada! Memandai ajelah kau ni."
"Eleh, tipu. Jadi, hari ni dia tak datang ke? Tak nampak langsung batang hidung. Kalau tak duduk tercorok di situ sambil baca Detektif Conan."
Hal begini memang selalu berlaku. Makin aku menafikan, makin sakan aku diusik. Pasrah jelah. Soalan Linda aku jawab dengan gelengan.
"Kenapa tak datang?"
"Dia busy sikit lately. Jadi tak sempat nak datang," jawabku dengan senyuman. Layankan saja.
YOU ARE READING
Promise
RomanceKetika berada dalam keadaan terdesak, seorang lelaki muncul secara tiba-tiba dan telah menolong Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama, hanya senyuman saja yang menjadi memori. Takdir menemukan mereka sekali lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu...