Bab 6

1.8K 88 2
                                    


"Hanina..."

Terinjut bahu aku sambil memandang ke kiri dan ke kanan silih berganti. Tempat duduk di sebelah pemandu sudah kosong. Bila masa dia keluar dari kereta? Siap bukakan pintu untuk aku lagi. Macam mana aku boleh tak sedar ni?

"Kita dah sampai..."

Ujarnya bersama tawa halus. Hanya sengihan yang mampu aku berikan kepada Wafiy. Itulah kau, mengelamun lagi. Aku keluar dari kereta. Kepala melangut memandang bangunan di hadapan tapi bangunan di sebelahnya lebih menarik perhatian.

Kalaulah aku singgah ke Juru, selalunya aku singgah ke Nasi Kandar Pelita aje. Itupun, kalau tak silap beberapa bulan lepas dengan Linda. Bahagian sini aku tak pernah datang. Tak sangka pula wujud bangunan cantik macam ni. Noob betul kau ni Hanina Luthfia. Asyik kerja lepas tu ke rumah. Itu jelah tempat yang aku selalu pergi sampai tak ada masa untuk nak bawak diri sendiri berjalan-jalan. Cuma kadang-kadang aku curi masa untuk cari tempat untuk tenangkan diri.

Melihat Wafiy melangkah, aku teringatkan sesuatu.

"Wafiy!"

Dia berpaling dengan wajah berkerut. Terkejut barangkali kerna aku memanggilnya dengan begitu kuat.

"Kenapa ni?"

"Saya pakai macam ni je... takpe ke kalau masuk tempat yang macam tu?"

Wafiy terus memusingkan badannya memandang aku. "Lah, saya pun pakai tshirt je..." ujarnya seraya menghalakan jari telunjuk ke arah dirinya.

Aku diam dan merenung kaki.

"Kalau macam tu..." Wafiy diam dan diamnya menimbulkan tanda tanya. Aku terus panggung kepala dan terkaku melihat dia menanggalkan jaket kulit yang dipakainya.

"Awak tak perlu rasa rendah diri. Awak kena yakin dengan apa yang ada pada diri awak. Bila awak yakin, awak akan sedar yang sebenarnya awak sangat berharga... okay? Saya janji saya akan buat awak rasa lebih berharga..."

Ya, kata-kata Wafiy menusuk di kalbuku. Aku jadi terharu.

"Jom..."

Terus rasa berselera hendak makan apabila mendengar kata-katanya. Kami melangkah masuk seiringan ke dalam restoran. Ada seorang wanita bercakap-cakap dengan Wafiy. Aku tak ambil peduli, aku hanya memerhati. Rasanya kedai makan ni dekat tempat kerja aku pun ada. Cumanya aku tak pernah masuk. Hanya mampu pandang dari luar saja. Mungkin Wafiy sengaja membawa aku ke sini. Wanita itu mula menunjukkan tempat duduk kami.

"Wah..." hanya itu saja yang terkeluar dari mulut. Selebihnya aku hanya bercakap di dalam hati. Rasa macam dalam drama korea pula apabila makan begini.

"Awak nak tunggu sini ke atau nak ikut saya ambil makanan?"

"Saya tak pernah makan semua ni. Tak tau yang mana sedap. Awak ambiklah yang mana pun, ye?" jawabku perlahan.

Kurang dari dua minit, bermangkuk-mangkuk makanan ada di atas meja. Daging yang diperap dengan rasa yang berbeza, sayur, dan lain-lain. Semua diambil dalam kuantiti yang sedikit. Dua gelas air jugak diambil olehnya. Aku mahu tolong, Wafiy menggeleng dan menyuruh aku duduk saja. Mangkuk terakhir yang diletakkan oleh Wafiy adalah sos.

"Saya ambik semua serba sikit. Rasa dulu, yang mana awak suka, awak bagitau, nanti kita ambil lagi dan sos ni, saya buat..."

"Hah? Awak buat?"

"Saya cuma campurkan sos-sos yang ada. Sebabnya sos kat sini banyak. Yang ada depan mata awak ni saya reka, dan percayalah hasil campuran sos yang saya buat ni memang sedap... nanti awak cicahlah dengan daging bakar tu..." kata Wafiy. Daging kemudiannya dia letakkan di atas pemanggang. Mee segera dimasukkan ke dalam sup. Begitu juga dengan sayur.

PromiseWhere stories live. Discover now