Bab 7 - (part 1)

1.6K 83 0
                                    

*memandangkan bab 7 panjang, so saya terpaksa buat part 1 dan part 2. Enjoy! 😘*

Hampir tiga minggu selepas janji temu pertama aku dan Wafiy, setiap malam dia akan menelefon aku. Paling kurang satu jam. Lepas tu sambung WhatsApp pula.

Cuma pada malam tahun baharu, dia hanya WhatsApp saja. Itu pun sebentar. Aku tak kisah sangat. Mungkin dia mahu keluar dengan kawan-kawan. Aku tak mahulah menjadi teman yang terlalu mengongkong.

Namun, tak kisahlah sama ada WhatsApp atau telefon. Soalan pertama yang sering ditanya, 'awak dah makan ke belum?'. Setiap kali soalan itu keluar, mesti berdekah-dekah aku ketawa. Memang Wafiy Safiq betul-betul menjaga kebajikan perut aku. Boleh buncit kalau aku keluar dengan dia.

Cumanya aku tak mampu beritahu apa yang aku makan. Entah kenapa aku rasa dia tak perlu tahu tentang itu. Aku sekadar berkata yang aku sudah makan. Kuantiti dan menunya, aku rahsiakan. Aku tak mahu dia risau bila dia dapat tahu aku hanya makan nasi lauk kicap, nasi telur mata, nasi dengan lauk ikan kering. Aku tak tau dia punya gaya pemikiran macam mana, tapi aku bersyukur sangat dah dengan menu itu. Memang kegemaran sejak dulu lagi. Sebut pun dah boleh terliur.

Namun, berbeza dengan Siddiq. Sepanjang tempoh itu, aku tidak melihat kelibatnya di kedai buku. Hairan juga. Jam di tangan aku kerling. Selalunya pukul satu begini mesti dia datang. Aku mengeluh perlahan.

Kau hairan ke... kau rindukan dia, Hanina?

Kepala aku ketuk dengan tangan bila perkataan itu spontan saja terucap dalam hati. Terkejut dengan kata hati sendiri. Aduhai, kenapa mesti macam ni? Tak boleh, tak boleh!

Buku Stephen King bertajuk End Of Watch aku gapai dan renung. Pasal buku inilah aku hangin hari tu.

Beberapa saat lepas tu, aku letakkan kembali buku tu ke tempat asal sambil menggeleng berkali-kali. Jangan ambil buku ni dan jangan teringatkan dia. Namun, aku hanya mampu niat di dalam hati saja. Tanganku seakan-akan degil dan tidak mahu mendengar arahan.

Aku mengambil kembali buku itu dan renung lagi. Bila aku pandang nama Stephen King mesti aku teringatkan mamat tu. Teruklah macam ni.

"Hmm... kenapa kau tak datang eh?" Gumamku sedikit kuat. Aku peluk buku itu seerat-eratnya. Macam orang gila menunggu jawapan dari benda yang memang tak boleh jawab.

"Kau gila ke apa suruh Stephen King datang sini?"

Suara itu betul-betul di tepi telinga kanan aku. Terlepas terus buku yang aku peluk. Terloncat aku dibuatnya dek terkejut. Mujur aku tak menjerit. Terkebil-kebil aku pandang lelaki itu dari atas sampai kaki. Kemeja biru, seluar slack hitam dan seperti biasa selipar capal.

Imej Siddiq Wildan. Signature look. Kombinasi yang pelik, tapi aku suka dengan kepelikan dia itu. Dan oleh sebab aku suka dengan kepelikan dia, aku rasa aku yang pelik sekarang ni.

"Sign dia pun kau takkan dapat, inilan pula kau nak jumpa dia. Jangan nak berangan. Mimpi pun belum tentu," sambung Siddiq bersama senyuman sinisnya.

            

Eh, kamon la. Buat apa aku nak mimpikan dia? Baik aku mimpikan kau. Sebaik saja menghadam apa yang aku cakap, aku gigit bibit. Astaga! Mujur aku hanya menjawab dalam hati. Kalau tak, jenuh menahan malu.

Hanina Luthfia, behave!

Siddiq mengutip buku yang aku jatuhkan. Seperti biasa, isyarat mata diberikan kepada aku supaya ambil buku yang berada di tangannya. Serta-merta aku mencebik dan merentap kasar buku di tangannya.

            

"Kau ni... setiap kali datang sini mesti nak menyibuk hal aku. Boleh tak jangan jaga tepi kain aku? Jaga tepi kain sendiri sudahlah."

PromiseWhere stories live. Discover now