*******
Nafas aku hembus perlahan. Dengupan jantung usah dikata, dari tadi bagaikan mahu melompat keluar sepanjang wajahku disolek. Inilah perkara yang paling mendebarkan bagi aku selepas kena buat perbentangan di hadapan pensyarah semasa aku belajar dulu. Perbentangan sorang-sorang, kalau yang berkumpulan memang sah-sahlah aku tidak akan bentang sebab pasti markah akan berkurang. Aduh, apa aku merepek ni. Boleh pulak aku samakan situasi itu dengan situasi sekarang ni.
Seminggu sebelum hari ini, merupakan kali pertama aku berjumpa dengan kakak kepada Siddiq, Safiyyah Awliya. Tapi dia hanya pulang sendiri sebab suaminya sibuk. Aku kagum betul apabila mendengar nama penuhnya. Unik dan menarik. Sebelum ini Siddiq hanya menyebut Kak Safi saja.
Dia sangat cantik. Gaya pertuturan persis ibu. Lemah lembut. Seronok saja berborak dengan dia, dan aku juga kadang-kadang cuba untuk mengikut gayanya apabila bercakap. Yelah, dia gemalai je aku ni kalau bukak mulut orang mesti rasa aku nak cari gaduh.
Terdengar jugak Kak Safi menyoal perihal Wafiy, apa yang dijawab ibu aku pun tak pasti. Aku yakin bukan Kak Safi saja yang menyoal tentang itu. Majlis kahwin adik sendiri tapi tiada si abang, pasti mengundang tanda tanya tetamu yang hadir.
"Hanina..."
Aku kembali ke alam nyata. Aku pandang hadapan dan melihat beberapa manusia yang aku kenal di sebalik pantulan cermin. Ibu, Kak Safi dan Aunty Anna.
"Dah ready ke sayang? Jom kita turun..."
Kepala aku angguk sambil memandang wajah ibu. Sekarang ni aku nak bercakap pun dah tak mampu. Aku bangun, tangan terus mencapai lengan ibu. Aku risau aku jatuh tergolek lagi nanti. Sebelah tangan lagi memegang bunga yang diberikan Kak Safi. Bunga lily. Aku rasa aku pilih bunga rose dulu. Tapi tak apalah, bunga ni pun cantik.
"Cantiknya bunga ni, terima kasih ibu."
"Ucap pada bakal suami kamu... dia yang pilih bunga ni."
Terkaku aku seketika mendengar kata-kata ibu. Siddiq pilih? Biar betul ni.
Setiap langkah aku menjadi makin kecil. Sepatutnya aku gembira bukan? Ye, aku gembira sebab dapat kahwin dengan Siddiq, tapi sekarang ni aku tersangatlah gementar. Apabila sampai di ruang tamu, anak mata terus terpandang belakang Siddiq yang sedang duduk berhadapan dengan jurunikah. Dia langsung tidak berpaling memandang aku sebaliknya hanya tertunduk dan merenung hadapan.
Sedikit kecewa dengan Siddiq kerana tindakannya tidak berpaling mahupun sekilas memandang aku yang cantik ni.
Ye, cantik buat masa sekarang sebab wajah penuh dengan make up. Aku diiringi ke tempat yang telah disediakan khas untuk aku duduk di atas kerusi manakala yang lain duduk di atas lantai. Mujur saja ibu setia menemani aku di sebelah.
Anak mata meliar memandang sekeliling. Tercari-cari jugak kelibat Mak Cik Sarah dan Nazira. Walaupun dah macam-macam mereka lakukan pada aku tapi terasa sedih juga bila mereka tidak ada di sini. Mereka saja keluarga yang aku ada.
Benci betul mereka pada aku sampai nak jejakkan kaki ke majlis pernikahan aku pun diorang tak datang. Namun, apabila terpandang kelibat Nazrin, bibirku tersenyum nipis. Alhamdulillah... adikku Nazrin.
Usai menandatangani apa yang patut, jurunikah mula berbicara.
Tangan aku genggam kuat. Bagaikan tiada udara yang cukup untuk aku bernafas sekarang ini tatkala merenung Siddiq Wildan mengucapkan akad. Walaupun dengan sebaris ayat namun maknanya sangat mendalam. Akad nikah di mana Siddiq bertanggungjawab sepenuhnya ke atas aku, berjanji akan menjaga aku dan menanggung segala dosaku.
YOU ARE READING
Promise
RomanceKetika berada dalam keadaan terdesak, seorang lelaki muncul secara tiba-tiba dan telah menolong Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama, hanya senyuman saja yang menjadi memori. Takdir menemukan mereka sekali lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu...