BAB 21

1.4K 75 9
                                    

"Kenapa Siddiq sanggup buat macam ni, nak?"

Siddiq diam tidak berkutik. Sejak dari tadi tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya.

"Tergamak kamu buat macam tu pada abang kamu. Kalau dia jadi macam dulu balik macam mana?"

Tatkala ayat itu keluar dari mulut ibu, dada aku terus diserbu sebak. Dengan sedaya upaya aku cuba menahan air mata dari mengalir apabila melihat Siddiq disoal begitu. Lelaki itu hanya tertunduk dan merenung tangannya sendiri.

Pak Cik Muhammad sedari tadi hanya mendiamkan diri dan hanya memerhati.

Aku rasa tidak sedap hati bila Siddiq menelefon aku dan memberitahu yang ibu ayah mahu berjumpa dengan segera pagi tadi.

Bertalu-talu soalan aku tanya pada dia semasa di dalam kereta tapi dia hanya diam membisu. Keadaan itu buat aku benar-benar gementar.

Tapi bila aku dengar semua ini, mendengar tuduhan ibu, hatiku pilu. Pilu melihat Siddiq bila semua kesalahan bertimpa di bahunya sorang sedangkan dialah yang menyelamatkan keadaan. Orang yang menjadi punca dibela dan melarikan diri seolah-olah dialah mangsa keadaan. Bencinya aku dengan keadaan begini!

"Wafiy dah cerita semuanya pada ibu. Dia cakap dia tak kisah asalkan kamu bahagia, dia sanggup undur diri dan biarkan kamu nikah dengan Hanina. Lagipun, katanya kamu suka pada Hanina..."

Tak kisah asalkan Siddiq bahagia? Hotak dia! Ayat tak nak kalah. Nak tunjuk yang dia baik sangatlah! Kalau Wafiy ada depan aku sekarang ni memang aku belasah dia cukup-cukup. Geram betul aku!

"Iye ibu..." sahut Siddiq, perlahan.

"Ani, boleh percaya ke cakap Si Wafiy tu?" tiba-tiba Pak Cik Muhammad bersuara dengan nada serius.

"Abang, kenapa cakap macam tu? Abang pun dah nampak, kan Wafiy dah berubah..."

"Kalau dia berubah dia takkan tinggalkan semuanya macam ni aje. Dia kena duduk sini... bawak berbincang sampai semuanya selesai, lepas tu kalau dia nak pergi, pergilah. Tak ada siapa pun halang. Tapi sekarang dia lari macam tu je. Awak bagitau saya, macam mana saya nak percaya dengan apa yang dia cakap. Sekarang ni kita nak buat macam mana?"

"Dia pun ada hati, mestilah dia sedih."

Aku diam menikus. Tidak tahu bagaimana untuk aku mencelah. Aku rasa Pak Cik Muhammad boleh hidu apa yang berlaku cuma dia belum pasti memandangan aku dan Siddiq hanya mendiamkan diri.

Dalam hati, entah kali keberapa aku menyumpah si Wafiy. Sedih? Tak! Dia langsung tak sedih, dia kejam! Saat ini, cuma Allah saja yang tahu betapa marahnya aku pada Wafiy. Sudahlah dia buat onar, dan sekarang dia fitnah adik sendiri sampaikan ibu salah faham dan berkata begitu pada Siddiq. Aku tak sangka ada abang yang sanggup khianat adik sendiri sebegini rupa untuk kepentingan diri sendiri. Yang paling aku geram, dia buat-buat seolah-olah dialah yang baik dan Siddiqlah yang jahat! Hakikatnya berbeza.

"Hanina..."

Lamunan aku terganggu. Ibu terus duduk di sebelah aku. Menggenggam tangan aku. Aku pandang ibu, pandang Pak Cik Muhammad silih berganti.

"Ibu mintak maaf bagi pihak Wafiy dan Siddiq. Ibu tak sangka sampai macam ni sekali jadinya. Memang ibu nak kamu jadi menantu ibu sebab ibu memang sukakan kamu, tapi bukan dengan cara macam ni. Ibu takkan paksa kamu... Wafiy cakap Siddiq nakkan kamu. Kalau kamu tak nakkan Siddiq dan nak tunggu Wafiy sampai Wafiy balik sini... ibu..."

Memang aku takkan nakkan lelaki penipu itu dan bodoh kalau aku tolak lelaki sebaik Siddiq.

"Saya sanggup kahwin dengan Siddiq, ibu..."

PromiseWhere stories live. Discover now