Bab 9

1.7K 87 10
                                    




            

Sehari berlalu sejak kejadian yang memberi kesan pada diri aku. Hari ini aku datang ke tempat kerja seperti biasa walaupun hakikatnya aku rasa malas. Lepas tu, kena naik bas pulak. Sampai sahaja ke tempat kerja, aku terus mencari Zarif. Aku perlukan bantuan dia berkenaan tayar motor aku yang pancit tu.

Zarif pun pelik bila tahu tayar motor aku kerap sangat pancit kebelakangan ini. Masalahnya bukan dia sorang saja yang pelik, tapi aku pun pelik jugak. Jadi, Zarif suruh aku tukar tayar terus. Depan belakang. Senang. Mungkin tayar pancit sebab aku asyik tampung je.

Semalam dan hari ini, kerja aku buat tanpa berceloteh seperti selalu. Waktu rehat juga aku tidak menjamah makanan berat. Hanya beberapa keping biskut Lexus menjadi alas perut dan sekotak air laici.

Setelah hampir sehari suntuk aku cuba mengelak untuk memandang ke arah dimana Siddiq sering berada, kini aku gagal. Apabila kepala menoleh ruangan menempatkan novel-novel English, aku terbayang Siddiq. Dengan tak semena-mena hatiku menjadi sebak. Seolah-olah dia ada disitu, sedang membaca sinopsis. Seakan-akan dia menjeling ke arah aku di sebalik buku yang dipegang. Senyuman sinisnya.

Sungguh aku tak faham dengan rasa hati sekarang ni. Entah macam manalah keadaan dia. Perlukah aku tanya Wafiy? Aku mengurut kelopak mata.

Tak! Aku tak boleh tanya dia. Tak boleh hubungi dia lagi. Kini aku rasa menyesal kerana tidak memiliki nombor telefon bimbit Siddiq. Semalam tak terfikir pula aku nak geledah cari kad nama dia atau apa-apa Kalau dari awal aku tau, tak adalah aku jadi tak keruan sampai macam ni.

Jam sudah berganjak ke angka enam petang. Aku baru selesai menjaga kaunter dan aku mengambil tempat di satu sudut untuk menyudahkan beberapa lagi kerja perihal buku yang belum diletakkan tanda harga.

Sedang aku asyik membelek buku satu per satu, aku terpandang kelibat seseorang. Aku meneliti lelaki itu sambil tersenyum dan tatkala aku melihat senyumannya, senyuman aku mati. Aku mendengus kasar lantas meneruskan kerja.

Mana mungkin itu Siddiq. Kalau tak, takdelah wajahnya bebas dari kesan lebam. Itu Wafiy Sadiq.

"Nina..."

Aku malas mahu memandangnya apatah lagi mahu membalas kata-katanya.

"Erm, awak dah makan ke?"

Diam. Buku yang tadinya aku letak dengan lemah lembut kini, aku hentak-hentak.

"Saya mintak satu je Nina, tolong dengar apa yang saya nak cakap ni."

Kerja aku terhenti. Apabila aku teringat sesuatu.

"Macam mana keadaan Siddiq?" Soalku seraya menjeling sekilas memandang ke arahnya. Wajahnya sudah bertukar riak dan senyuman dibibirnya pudar.

"Nina, awak marahkan saya lagi ke?"

Dah kenapa dia tanya soalan bodoh? Dah sah-sah dia tau aku ni marahkan dia. Anak mata tajam memandang Wafiy.

"Siddiq dah keluar hospital ke belum?" Aku menyoal dengan nada yang tegas.

"Nina..."

"Susah sangat ke nak jawab soalan saya ni?"

Wafiy menggeleng bersama senyuman kelat. Dia berdeham sebelum menjawab soalan aku. Jelas yang dia terasa dengan layanan aku, tapi aku dah tak peduli. Aku nak tau keadaan Siddiq aje. Kalau tak, dah lama aku blah dari sini dan masuk ke dalam stor. Biar dia berdiri tercongok di sini sorang-sorang.

"Dia dah keluar tengah hari semalam. Alhamdulillah, keadaan dia okay. Cedera ringan..."

Aku menarik nafas lega dan mengurut dada. Terbit segaris senyuman nipis.

PromiseTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang