MEMANDANGKAN aku cuti, jadi aku mengambil keputusan untuk bermalas-malasan saja di rumah. Berbaring di atas katil bujang sambil berangan. Berangan yang hutang PTPTN aku sudah langsai. Masha-Allah bahagianya rasa! Rasa lapang dada bila tak ada hutang. Aku kena usaha sikit lagi. Angan-angan tak mustahil akan menjadi kenyataan kalau usaha.
Pintu bilik yang diketuk bertalu-talu sekelip mata melenyapkan perancangan dan angan-angan aku.
"Apa pulak ni? Ah, lantaklah! Nak berehat pun tak senanglah."
Ketukan pintu aku tak hiraukan. Aku sudah ke pasar pagi tadi, siap siang semua ikan yang aku beli, nak apa lagi? Tak boleh ke bagi aku rehat? Aku manusia, ada hari aku letih jugak. Bantal aku ambil dan aku peluk. Inilah masa untuk mengamalkan konsep hati kering. Hasil pembelajaran dari Siddiq. Aduh, benda tak elok macam ni jugak yang aku belajar dari dia.
"Nina, bukak pintu ni kejap."
Aku buat tak tau.
Pintu diketuk tanpa henti.
Aku masih mampu bertahan.
"Nina? Nina bukak pintu ni kejap."
Astaghfirullahalazim... rimasnya! Ikut hati memang tak ingin aku nak bukak. Tapi kalau aku tak bukak, tak tenang pula aku nak berehat. Ketuk pintu tak henti-henti.
"Nina, okay tak ni?"
Suara Nazira yang berpura-pura baik dan prihatin buat aku panas hati dan menyampah . Bantal aku baling dan aku terus membuka daun pintu.
"Kenapa?"
"Emmm, boleh tak Nina masak?"
Aku senyum, sinis. Berbeza beberapa saat sengaja aku matikan senyuman. Menyampahnya aku tengok muka kau yang acah-acah baik dan senyum terpaksa kau tu. Wajah aku seriuskan.
"Tak nak. Nina letih kak, dari pagi tadi Nina buat kerja. Apa kata hari ni akak masak pulak? Ikan semua Nina dah siang. Tinggal nak jadi lauk je. Akak masak eh?"
Tanpa menunggu balasannya, aku tutup daun pintu. Sempat aku hadiahkan senyuman kepadanya. Kalau ikutkan hati, aku ni kira bertimbang rasa sebab semua barang dapur aku dah belikan. Sekarang nak aku masak pulak. Ehh, ini boleh mendatangkan marah. Suka betul nak membuli aku.
Telefon bimbit yang berdering mencuri tumpuan aku yang sedang asyik membebel. Laju langkahku kembali ke katil. Aku pandang lama nama yang tertera. Keluhan kecil terlepas. Sedikit kecewa sebenarnya. Mungkin kerana aku ternanti-nanti panggilan dari Siddiq. Hesy, kau ni Nina. Wake up! Apa lagi yang kau nak sebenarnya? Dasar tak sedar di untung. Aku berdeham beberapa kali lantas panggilan dijawab.
"Assalamualaikum, hai Wafiy."
"Waalaikumussalam, hai... Nina. Errr, hari ni awak cuti, kan?"
"Yup... kenapa ye?"
"Kalau saya nak ajak awak keluar boleh tak?"
"Boleh tu boleh, tapi awak tak kerja ke hari ni?"
"Kerja, tapi lepas saya kerja kita jumpa, saya nak bawak awak jumpa someone."
Perkataan 'someone' buat mata aku terbeliak. Wafiy, janganlah nak main-main, tak kelakar tau. Tak pasal-pasal aku panik.
"Someone? Siapa tu?" soalku dengan nada risau.
"Janganlah panik. Petang nanti saya datang ambik awak. Saya nak bawak awak untuk makan malam dengan saya."
Kali ini kata-kata Wafiy buat aku kecut perut.
"Hanina?"
"Ye..."
"Kenapa ni?"
"Awak... nak ba... bawak saya jumpa siapa... sebenarnya ni?" soalku gagap.
"Adalah. Kalau saya bagitau nanti tak surprise. Nanti apa-apa saya call awak, saya nak buat kerja ni, bye." Ujar Wafiy, mengakhiri kata.
Talian dimatikan setelah aku menjawab salam. Lain macam ajakan dia kali ni. Dari ayatnya aku boleh meneka sesuatu. Dia nak bawak aku jumpa keluarga dia ke? Tapi, betul ke dia nak bawak aku jumpa keluarga dia? Parah aku macam ni. Entah apa yang bakal jadi nanti. Apa aku nak buat ni?! Masya-Allah, penasarannya rasa.
Sepantas kilat aku menghampiri almari itu dan pintu aku bukak kasar. Masalah paling utama sekarang ni, baju apa yang aku kena pakai?! Tudung ke selendang? Kasut?!!
***
Sudah lebih dari sepuluh kali aku menjeling 'jam yang mati hidup semula' di tangan. Baju kurung berkain cotton berwarna pastel yang aku pakai aku perhati. Betul ke tindakan aku dengan memakai baju kurung ni?
Masalah lain, macam mana aku nak keluar dari bilik ni? Kalau tersempak dengan Mak Cik Sarah mahupun Nazira memang masak aku nak menjawab soalan dengan mereka. Mesti diorang akan tanya macam-macam sebab tengok aku pakai baju kurung.
Sebenarnya, nak beri alasan masa keluar lebih susah dari memberi alasan semasa pulang. Kalau dah pulang, kau bagi jelah alasan macam mana pun, benda dah jadi. Kau cuma kena tadah telinga aje.
Aku bangun, menjeling ke arah cermin. Dalam hati, aku berdoa harap-harap mereka tiada di ruang tamu.
Bolehlah aku menyelinap keluar. Selama ni pun diorang bukan peduli sangat sama ada aku ada ke tidak di rumah melainkan kalau diorang nak aku masak, kemas rumah ataupun keluar untuk beli barang dapur. Cuma itulah, kadang-kadang kalau aku nak keluar untuk berseronok ada saja alasan mereka untuk menghalang. Mereka seolah-olah tak suka melihat aku bergembira. Aku syak, ni mesti Nazira punya kerja, tak nak bagi aku keluar lepas tu dia cucuk Mak Cik Sarah. Dengki betul!
Belum pun sempat aku memegang tombol pintu, pintu bilik diketuk berselang seli dengan suara Nazira memanggil aku.
Aku melepaskan keluhan berat. Ah, sudah! Hancus punah rancangan aku untuk menyelinap. Aku gigit bibir. Diorang ni macam tau-tau je. Rajin pulak hari ni dia ketuk pintu bilik aku.
"Bukak cepat pintu, ada orang datang ni."
Perkataan 'ada orang datang' buat biji mata aku terbeliak seiring dengan mulutku yang ternganga. Takkanlah Wafiy datang ke rumah aku?! Aku menggeleng kepala. Tak tak. Dia tak tau. Mustahil dia tahu rumah aku di mana.
Tapi kalau bukan dia, siapa pulak yang datang?
Aku terus membuka daun pintu. Terpampang wajah Nazira. Riak wajahnya aneh sambil memandangku atas bawah berulang kali. Tapi aku tak ada masa nak teliti dan kutuk lebih-lebih. Aku nak jumpa siapa yang datang ke rumah je sekarang ni.
Kaki aku terus ke ruang tamu. Alangkah terkejutnya apabila melihat Wafiy sedang duduk berhadapan dengan Mak Cik Sarah di atas kusyen di ruang tamu. Lembik lutut aku dibuatnya.
Dia kata nak telefon dulu. Tak sangka pula dia hendak datang jemput ke rumah terus. Tapi kejap, macam mana dia tahu rumah aku? Rasanya haritu walaupun aku share location tapi dia tak masuk dalam kampung, hanya tunggu di tepi jalan saja. Aneh! Aneh sangat ni.
Wafiy bangun, senyum nipis dan melangkah ke arah aku. Aku pegun. Kacak pulak dia hari ni apabila mengenakan kemeja hitam.
"Saya dah mintak izin yang saya nak bawak awak keluar kejap. Dah diizinkan pun. Jom..."
Aku masih tidak mampu bersuara. Mata memandang Mak Cik Sarah yang sedang senyum pada aku. Bagi aku, senyumannya kelat dan penuh dengan kepura-puraan. Anak mata terpandang pula wajah Nazira. Ya, dia masih mengekalkan riak aneh tadi.
"Kami pergi dulu mak cik."
Mak Cik Sarah tidak bersuara sebaliknya dia hanya mengangguk saja sekadar membalas kata-kata Wafiy.
Langkah Wafiy aku ekori dengan perlahan. Apabila tiba di muka pintu, terbeliak biji mata aku. Capal? Takkanlah...
***Jangan lupa komen dan vote ye? Saya hargai jasa awak-awak yang baca kisah ni. Terima kasih. <3

ANDA SEDANG MEMBACA
Promise
RomanceKetika berada dalam keadaan terdesak, seorang lelaki muncul secara tiba-tiba dan telah menolong Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama, hanya senyuman saja yang menjadi memori. Takdir menemukan mereka sekali lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu...