Bab 30

945 46 24
                                    

Salam. Hi semua. Sorry sebab lama tak update. Sejenis manusia yang kerap lupa password pun iya jugak ni. If nak tahu update terkini pasal saya, boleh jenguk Facebook - Ateen Khalid atau Instagram ateen_khalid

Oh ya, saya ada update cerpen. Mr Rider Pencinta Yang Setia. Dan saya juga akan update satu cerita, manuskrip yang pertama saya buat. Saya simpan. Ditulis tahun 2012. Jadi kisahnya agak klise. 

Kahwin paksa. Jadi saya ingat nak letak di wattpad aje. 

Panjang pulak mukadimah. By the way, enjoy Promise bab baru!

*****

Aku melangkah keluar dari bilik terlebih dahulu dan dia mengekori belakangku. Sebelum sampai di dapur, aku terdengar Mak Cik Sarah dan Nazira sedang berbual. Automatik, langkah aku mati. Siddiq yang berada di belakang terhenti langkahnya.

"Kenapa..." Siddiq diam tanpa perlu aku arah. Dia terus berdiri di hadapan aku. Aku agak dia mahu mendengar perbualan mereka dengan lebih jelas namun telahan aku salah. Lengan kiri aku ditarik.

"Berbual apa tu, mak cik... akak?"

Tersedak terus Mak Cik Sarah dan Nazira apabila disoal begitu oleh Siddiq. Masing-masing kalut mencari air.

"Maaflah kalau buat mak cik dengan akak terkejut..." kami berdua duduk bersebelahan antara satu sama lain dan bertentangan dengan mereka berdua.

Mereka berdua masih tidak memberikan sebarang respon dan masih terbatuk-batuk. Tak lama selepas itu Nazira bangun dan terus ke singki.

"Akak dah kenyang ke? Sedap tak lauk saya beli tadi? Berselera betul saya nampak akak makan tadi sampai tak angkat kepala... tengah senang hati ke?"

Mak aih dia ni. Apa motif dia tanya semua tu? Macam nak psycho orang pun ada jugak.

Nazira hanya mengangguk dan langsung melangkah ke ruang tamu.

"Tambah nasi mak cik?" soal Siddiq lagi, senyumannya masih dikekalkan. Aku turut memandang ke arah pinggan Mak Cik Sarah yang hampir licin.

"Mak cik dah kenyang... kamu berdua makanlah ye?"

Jelas kelihatan Mak Cik Sarah memaksa diri untuk terus tersenyum. Dia bangun dan melangkah ke singki untuk membasuh tangan lalu melangkah ke ruang tamu meninggalkan aku dan Siddiq.

"Saya tak nampak pun adik lelaki awak. Mana dia?"

"Saya rasa dia ada di CC. Main game... kejap lagi baliklah tu... kalau tak balik, malam ni baru dia balik..."

Aku berkira-kira untuk bangun sebelum Siddiq bangun untuk mengambil pinggan dan letakkan di atas meja. Mangkuk besar yang berisi sedikit nasi tambah dicapai dan dia terus melangkah ke arah periuk nasi.

"Biar saya..."

"Duduk situ dendiam... biar saya buat..." laju saja dia memangkas kata-kataku.

"Tangan saya kena sikit je. Setakat nak..."

Siddiq berpaling, merenung tajam ke arahku dan itu sudah mampu buat aku terdiam.

"Okay... okay saya diam..."

Sebaik saja nasi dicedok ke dalam pinggan, aku bersuara lagi. Ah, aku memang tak boleh nak kotakan janji aku la.

"Kalau nak suruh saya diam, cakap jelah. Janganlah jeling-jeling macam tu. Menakutkan tau tak?" ngomelku perlahan.

"Panjangnya cara awak ucap terima kasih. I'm touched..."

Dush, dia dengar jugak ke? Dia ni kalau perli memang menusuk ke kalbu.

"Terima kasih..."

"You're welcome. Okay, jom makan, bercakap takkan mengenyangkan..."

Mata aku pejam, nafas aku tarik sedalam-dalamnya. Sabar jelah. Dia kembali menghampiri meja makan dan kali ini dia duduk bertentangan dengan aku.

Kami mula menjamu selera. Sedap juga lauk yang Siddiq beli ni. Tapi, aku hanya mampu pandang jelas masak lemak siput sedut tu sebab aku tak reti nak sedut. Lauk ni jarang-jarang dibeli. Dulu abah pernahlah sedut isi siput ni untuk aku. Tapi dah lama dah sampaikan aku dah lupa rasanya bagaimana. Ah, ruginya sebab fail nak makan benda alah tu.

"Kenapa awak tak ambik siput ni?"

Soalan Siddiq membuatkan aku telan berat air liur. Dia ni macam tau-tau je apa yang aku fikir.

"Saya nak makan udang..."

"Mesti awak tak tau nak makan benda ni, kan?" soalnya tanpa mempedulikan jawapan aku, pakej dengan mata yang sepet dan senyuman menyenget. Dia seolah-olah sengaja sedut siput tu depan mata aku. Argh, geramnya aku tengok!

Aku hanya mampu diam. Hanya jelingan tajam aku hadiahkan kepada Siddiq. Aku sambung sedut kepala udang yang menjadi kegemaran aku saja. Sedang aku menjemput nasi, Siddiq meletakkan sesuatu di dalam pinggan aku.

Isi siput sedut tu. Kepala aku angkat.

"Kot-kotlah awak nak rasa. Jangan risau... isi yang saya bagi awak tu tak masuk dalam mulut saya pun masa saya sedut..."

Terharunya aku rasa.

"Terima kasih..."

"Kalau awak nak lagi cakaplah..."

Laju saja aku mengangguk. Lepas tu, entah berapa banyak dia letakkan dalam pinggan aku. Elok aje dia susun keliling pinggan. Hampir separuh dari mangkuk besar dia kerjakan. Tapi aku rasa, hampir semua dia berikan untuk aku. Alahai Siddiq.

Selesai makan, Siddiq mengambil pinggan aku dan dibawa ke singki.

"Awak nak basuh ke?" kataku setelah berada di sisinya.

"Awak rasa saya nak buat apa sekarang ni? Mestilah saya nak basuh. Hari ni saya tolong awak... esok-esok saya tak pasti saya nak rajin ke tidak. Kalau masa tu saya malas, harap awak ingatlah kebaikan yang saya buat hari ni, ye?"

Menyimpul senyuman aku. Ayat belakang aku tak peduli. Yang pasti, Siddiq ambik berat dan risau pasal aku. Perasaan ni, bahagianya!

"Sid..."

"You know what..."

Ish, dia ni selalu potong cakap aku la. Baru nak buat ayat manja-manja.

"Saya baru perasan something ni..."

"Apa dia..." rasa ingin tahu membuak-buak.

"Memang semua rumah ada pinggan Daia ke macam mana? Rumah saya pun ada jugak pinggan sebijik macam ni..." katanya sambil menghalakan jari telunjuk pada pinggan yang sedia ada di dalam singki dan sudah dibasuh.

"Hashtag, team Daia..." sambungnya.

Meledak tawa aku. Sampaikan pinggan pun dia teliti ke?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PromiseWhere stories live. Discover now