O2 ┊ CURI DAN MENANG

227 10 10
                                    

DI BANGLO BANGTANSONYEOJA

"APAAA?! JIA TAHU TAK KALAU DIA REPORT POLIS PASAL KEHILANGAN DOMPET DIA TU, KITA AKAN BERADA DALAM MASALAH YANG CUKUP BESARR! BESAR DARIPADA BIL ELETRIK KITA YANG TERTUNGGAK TAU!", bebel Chae membuatkan Mai menutup telinganya. Jia menundukkan kepalanya dan memuncungkan bibirnya.

"Tapi...dengan duit ni, kita boleh hidup lebih lama.." kata Jia sambil bermuncung mulut. Chae menepuk dahinya, pening sudah dengan perangai maknae itu.

"Yang Chae nak tahu, Jia kena hantar jugak dompet itu kembali!" Chae memberi amaran dan sambung meratah chicken chop yang dibelinya melalui call service. Jia melihat kembali pada isi dompet itu yang SANGAT tebal. Matanya bersinar di saat dia ternampak kad hitam yang berkilau.

"WEH KORANG!!" Mai melaung, menarik perhatian Chae dan Jia. Kedua-dua gadis itu bergegas ke ruang tamu di mana Mai berada. Memandangkan mata Mai tepat pada televisyen, mereka hanya menurut sekali.

Mata Jia dan Chae terbeliak luas.

"Dilaporkan bahawa artis daripada grup BTS yang dikenali sebagai Jeon Jungkook, kehilangan dompet. Sesiapa yang telah menjumpainya atau terjumpa dompet itu diminta menghantarnya semula ke Bighit Entertainment. Hadiah lumayan menunggu..." kata wartawan itu dengan panjang lebar. Chae menyilangkan tangannya dan mengerling ke arah Jia.

"WANG SEBANYAK SATU JUTA!" jerit wartawan itu. Mereka semua ternganga.

Jia sudah memikirkan berapa pasang kasut yang dia mampu beli dengan duit itu. Mai pula sudah memikirkan berapa banyak headphones yang dia mampu miliki dengan wang sejumlah satu juta manakala Chae telah hanyut dibawa makanan yang sedap-sedap.

"KITA KENA HANTAR SEKARANG JUGA!!!" jerit mereka bertiga.

SKIP


"Kamsahamnida!" kata Bang PD-nim apabila menerima kembali dompet Jungkook. Dia memberikannya kepada Jungkook semula. Namun, lelaki itu tidak berkata sepatah pun! Malah sebaris terima kasih.

Jia menjeling ke arah lelaki itu tetapi tidak lama, sebuah senyuman sinis timbul.

"Dah jom balik." ajak Mai. Puas hati mendapat ganjaran setimpal.

"Satu juta bahagi tiga. Berapa ya?" Chae berbisik sendiri. Gadis itu sentiasa ingin adil walaupun dia mampu sahaja tamak kerana duit sedang berada di tangannya. Dengan senang hati, mereka pulang dengan menaiki kereta yang telah dibeli oleh Jaseyy untuk kegunaan mereka di sana.

"WAHH TAK SABAR NAK HEADPHONE BAHARU!!" sorak Mai sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta di bahagian pemandu memandangkan dia sahaja yang ada lesen memandu.

"Bukannya boleh makan pun headphone tu.." Chae membalas sambil menggeleng-gelengkan kepalanya pada Mai.

Sementara itu, Jia tersenyum penuh makna di seat belakang.

ㅡditulis oleh admin c

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now