14 ┊ RIUH PAGI

115 9 9
                                    

Pagi yang cerah, matahari bersinar, menyakitkan mata Jia yang sedang beradu itu. Tidak dapat menahan, dia hanya menyerah kalah dan bangun dari tempat pembaringannya. Matanya digosok-gosok sedikit.

"Dah bangun?" kedengaran suara seseorang yang sangat dekat.

"HUWAAAARGH!!!" jerit Jia, terkejut juga berselang panik. Alangkah terkejutnya gadis kenit itu apabila mendapati Jungkook tidur di dalam biliknya....tetapi apa yang bernasib baiknya ialah, bukan di sebelah dia. Jungkook diyakini tidur sambil duduk dan kepalanya melentok di atas tilam Jia. Malu, dia melempar sebiji bantal ke arah Jungkook.

"Woi woi, sabo! Dah kenapa?" gelabah Jungkook sambil menepis-nepis bantal yang diserang oleh Jia.

"Apa yang jadi?!?!" sergah Namjoon di muka pintu, kerisauan melanda apabila mendengar suara Jungkook dan Jia yang sangat kuat. Jia menoleh ke arah Namjoon. Terdapat apron di tubuh lelaki itu.

"Oh, hyung. Dah siap belajar masak? Mana bubur? Jia dah bangun dah ni." Jungkook menembak soalan kepada Namjoon bertubi-tubi. Sudah terlihat warna merah menyala pada muka Jia. Mereka jaga aku ke semalam?

Sedang Jia mengambil masa mengelamun, mata Jungkook jatuh kepada kaki gadis itu. "Kaki kau..macam mana? Better dari semalam?" soal lelaki itu, risau di sebaliknya.

"U-uh? Ah, okay okay!" jawab Jia dan cuba membuktikannya.

Berdiri? Pass.

Langkah pertama? Pass.

Langkah kedua? Gadis itu jatuh.

Jungkook menepuk dahinya manakala Namjoon sudah bergegas mendapatkan Jia. "Kamu ni memang degillah." kata Namjoon dan menjentik dahi gadis itu.

"Ouch, sakit!" dengus Jia dan memuncungkan bibirnya.

"Habis tu camne kau nak bersihkan diri ni?" soal Namjoon kebimbangan.

"Alaa, apa susah! Jungkook ada. Take it off now gurl~" Jungkook cuba bergurau yang mengakibatkan kepalanya diketuk oleh Namjoon. Jia hanya terkebil-kebil melihat mereka berdua, innosyen (innocent) la katakan.

Sementara itu,

Jimin mengorak langkah laju menuju ke dapur untuk mencari Mai. Hatinya sedikit terganggu apabila mendapati gadis itu bersama hyungnya, Jin. Sekali lagi. Sengaja dia berlakon seperti hendak mendapatkan sesuatu dari peti.

Sambil mengeluarkan sebotol air sejuk dari peti, dia berkata sesuatu, "Bila nak hantar sweater aku tu?"

"Oh! Tak kering lagi rasanya.", jawab Mai, matanya tertumpu pada hidangan yang sedang diatur manakala Jin sibuk memasukkan makanan ke atas pinggan.

"Wait...kau basuh?!" tanya Jimin.

"Yelah, kau mesti taknak pakai lepas aku dah gunanya kan."

"Ha'ah baguslah tu." Walaupun Jimin membalas sedemikian, namun di dalam mindanya, dia mengatakan yang sebaliknya. Ala, kenapa kau basuh?! Aku baru nak hidu puas-puas!

"Yo! Dah siap ke makanan?", suara yang nyaring dan obses tentang makanan, tiada siapa lagi. Yoongi yang baru memasuki dapur dan mendengar gadis itu, hanya mengerling sebelah mata. Masih sakit hati dengan keropoknya yang dimakan agaknya.

"Sabarlah, budak. Memasak malas tapi nak makan cepat!", bebel Jin lalu menutup gas dapur apabila semuanya sudah siap.

"Mai taknak ajar...", rungut Chae dan mencebik. Dia menjuih sedikit bibirnya.

Jin menoleh ke arah Mai dan gadis itu hanya tersengih. "Last sekali dia memasak, dapur hampir terbakar.", Mai membuka cerita sebenar membuatkan seluruh dapur bergema dengan ilauan tertawa.

"Ish ish ish, tak boleh jadikan isteri kau ni.", kata Yoongi menyebabkan pipi Chae kemerahan kerana sedikit marah.

"Sape nak kahwin dengan kau hah?!", Chae meletus dan menyilang tangan di dada, membuat muka tidak puas hati. Mai tersenyum senget melihat kerenah sepupunya itu. Dia mula mendapat idea nakal untuk mengusik.

"Takpe Chae, nanti aku ajarkan supaya kau menepati citarasa Yoongi." usik Mai dan memberi kenyitan mata kepada Chae. Jin yang menonton telatah mereka hanya menggeleng kepala sambil tersenyum lalu beredar untuk menyalin pakaian.

Manakala Taehyung yang mendengar semuanya dari jauh, sedikit cemburu dengan kemesraan itu. Terutama apabila dia mengetahui yang hyungnya dikapalkan dengan Chae.

"Ish kau ni kan Mai! Eleh, kau tu sibuk cari aku minta pendapat aku sabun mana yang wangi untuk basuh jaket Jimin." usik Chae kembali dan menghadiahkan senyuman jahat. Muka Mai mula merah padam. Jimin memandang Mai dengan pandangan nakal. Ooo..

"Apa yang kecoh-kecoh ni?", suara Hoseok kedengaran menerjah. Semua orang terdiam. Tidak mahu dibebel seperti hari yang lalu. "Nak join jugak!", sambung Hoseok dan melilit tangannya disekeliling bahu Yoongi sambil menunjukkan senyuman mataharinya.

Jungkook, Namjoon dan Jia yang berjaya melepas rintangan tangga selepas kepayahan yang dilanda, turut menuju ke dapur di mana kekecohan diadakan.

"Jia!!!!" serentak Chae dan Mai lalu memeluk gadis itu.

"Kau okey?" tanya Chae, matanya mengesan kaki Jia. Dia hanya mengangguk.

"Woi, terima kasih jaga sepupu aku." kata Mai kepada Jungkook dan Namjoon.

Jungkook dan Namjoon hanya mengangkat tabik. "Aye aye madam!"

karya oleh admin c

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now