24 ┊ FIGHTERS

99 11 11
                                    

" Ok, jom seran─ " " Aish, nanti dulu. Tak boleh pergi serang ramai-ramai nanti badut lain perasan. " Namjoon memotong percakapan Taehyung yang terlalu bersemangat itu. Bahu Chae mula terhinjut rancak. Almaklumlah, gelak tanpa suara.

" Sapa kena pergi ni? " tanya Jia pantas kerana tidak mahu membuang masa lagi. " Alah..biar Tae aje yang pergi. Alang-alang dia dah bersemangat tu. " cadang Yoongi atau dalam kata erti lain yang lebih tepat, kenakan Taehyung. Padahal, dia tidak mahu dirinya menjadi mangsa keadaan.

" Whut.. " terus pucat muka Taehyung mendengar kata-kata hyungnya. Namjoon hanya mengangguk sahaja kepalanya, setuju dengan cadangan itu. Jungkook dan Jimin apa lagi, sengaja  melambaikan tangan kepada Taehyung sambil tersenyum nakal.

" Takkanlah.. aku sorang? "

" Tak.. orang yang gelakkan kau tadi pun kena pergi. Kaulah, Chae. " Yoongi memandang tajam ke arah Chae. Ewah, bukan main syok lagi Yoongi memberi arahan. Namjoon pula hanya mengiyakan sahaja. Chae menepuk dahinya sendiri menahan amarah. " Kenapa ak─ "

" Okey! Aku takde hal pun kalau dengan Chae. Lagi aku suka... " Taehyung mula tersenyum manja dan semakin mendekatkan jarak dirinya ke arah Chae. Eii, gedik betul..

" Ugh.. k fine. " ucap Chae terpaksa kerana malas hendak memanjangkan lagi peperangan mulut ini. " Rasanya badut tu tak pegang benda berbahaya pun. " teka Namjoon. Memandangkan badut itu gemuk, mungkin tugasnya ialah hanya menggunakan tenaga untuk menangkap mangsa.

"  Kitaorang chau dulu. Fighting! " Seokjin tersenyum nipis sebelum mengikuti mereka yang lain untuk ke kawasan badut yang seterusnya. Sempat lagi, Mai danJia berpaling ke arah Chae dan memberikan senyuman hambar. Sedih untuk meninggalkan sepupunya itu.

" Dah.. jangan risau. Aku akan jaga kaulah. " mungkin perasan dengan kesedihan Chae, Taehyung terus memaut lengan Chae. Kemas.

Chae tidak mampu untuk berkata apa-apa. Dia hanya mampu tersenyum sahaja. Terdetik jugalah perasaan terharu di sudut hatinya.

" Aku nak kau ikut plan aku. " Taehyung segera mendekatkan mulutnya ke sisi kepala Chae. Sebenarnya, Chae mahu memberontak tetapi terus membatalkan niatnya.

Macam pelik je kalau perempuan yang beri arahan. Kan? Seeloknya biarlah Taehyung mengetuainya. Dalam sesebuah keluarga pun, suami merangkap lelaki yang akan mengetuai isteri dan anak mereka. Eh.. eh, terlajak fikir pulak.

Terus terbuntang mata Chae mendengar bisikan Taehyung itu. " Kau ni agak-agaklah nak suruh perempuan serang dulu. " satu tumbukan tepat di perut Taehyung.

Taehyung mengadu kesakitan sambil menganggukkan kepalanya dan segera menolak perlahan bahu Chae untuk cepat bertindak.

Satu keluhan berat dilepaskan Chae dan perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah badut gemuk yang membelakanginya itu. Badut itu hanya memandang pintu lif sahaja, kepalanya juga tidak bergerak walaupun sesaat, mungkin bersedia untuk menerjah mangsa yang keluar dari situ.

Hujung baju digenggam kemas oleh Chae sambil memikirkan idea untuk mengalihkan perhatian badut ini. Sesekali dia mengerling ke arah Taehyung yang sudah siap bersedia menyorok di tepi dinding.

" Em, hai badut.. gemok. " menggigil tangan Chae apabila badut itu menoleh. Dia sendiri pun tidak menyangka perkataan itu akan keluar. Sungguh, dia tidak bersedia lagi.

Setapak demi setapak badut itu melangkah ke arah Chae. Senyuman di bibir badut mula menjadi lebar sehingga ke telinga. Sesekali kepalanya dilentokkan ke kiri dan ke kanan dengan laju. Deruan nafas laju badut itu semakin jelas kedengaran apabila dirinya semakin hampir dengan Chae.

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now