35 ┊ DRAMARAMA

99 7 0
                                    

Jimin bersandar pada balkoni. "Aku cuma nak korang bertiga yang gadis ni termasuk dengan yang merajuk tadi tahu bahawa cara kitorang melayan korang memang bukan satu lakonan."

Mai memeluk tubuh manakala Chae memandang ke langit sambil telinga mendengar dan Taehyung mengerling ke arah Chae. Dua sepupu itu hanya membisu. Betul juga reaksi Jia. Mungkin perasaan mereka hanya secara kebetulan.

"Korang retis tak payah nak sembang kencang la..." bebel Chae sendiri. Taehyung yang mendengarnya terbuka mulut seperti hendak memberitahu sesuatu tetapi didiamkan. Mai pula mengangguk setuju.

"Korang jaga kitorang sebab Jaseyy je kan?. Kitorang dah sedar sangat dengan perkara tu. Tak payah nak buat baik. Selama ni kitorang tahu kitorang banyak menyusahkan." Mai menyambung.

Situasi antara mereka tegang.

Bunyi derapan tapak kasut bergema dan semakin hampir.

"Korang, dah dahlah buat drama. Seriously? Jaseyy tak datang balik sini untuk tengok korang regang tau?" suara Jaseyy bergema pada pagi yang hening. Chae dan Mai menoleh ke arah Jaseyy. Mereka berdua menunduk kepala.

"Korang tahu tak yang korang dah mainkan hati BTS? Kecuali Hoseok Jaseyylah. Diorang ni retis. Beribu perempuan cantik boleh pilih. Tapi kita juga yang dia nak! Bersyukurla sikit anak-anak." sambung Jaseyy berojak ceramah. Hoseok yang berada di sebelahnya tersengih. Manakala Jungkook masih dalam dilema akibat kejadian yang Jia sudah cetuskan.

Mai baru membuka mulut sedikit untuk bercakap lalu dipotong. "Dahlah duduk rumah kitorang, curi pulak hati kitorang."

Gadis itu menoleh ke arah suara tersebut iaitu milik Jimin dengan jelingan laser.

"Chae nak pergi cari Jia." Chae memberi alasan untuk keluar daripada situasi tersebut dan beredar. Gadis itu membawa dirinya ke seluruh pelosok apartment mencari dan akhirnya bertempat di taman belakang apartment.

Namun begitu, sudah ada orang yang lebih terdahulu menemani sepupunya itu. Dia memerhati gerak geri Namjoon dan Jia yang sedang bercakap. Jia sesekali tergelak. Entah apa yang dibualkan pun tak tahu.

Tiba-tiba satu tangan menghempuk bahunya dan memusingkan tubuhnya. Belum sempat dia melatah, mulutnya dikunci dengan tangan orang lain itu.

"Yoongi?"

"Jom ikut aku." ujarnya pendek dan menarik tangan Chae.

Lengan lelaki itu ditumbuk-tumbuk. "Taknak! Pergi blah."

"Aku nak belanja kau makan. Taknak ke?"

Pelawaan manis itu membuatkan Chae berada dalam dilema. Dia merenung muka Yoongi lama sebelum memeluk tubuhnya dengan sombong. "Hmpf! Sebagai tanda minta maaf dekat akulah ni?"

"Apa-apa jelah." ujar Yoongi dan berjalan pergi dengan kedua belah tangan berada di dalam poket, gaya swag. Menyedari soalannya tak dilayan, Chae pantas menurut Yoongi daripada belakang supaya dapat pergi makan.

Sementara itu,

"Luculah Joon ni!" kata Jia sambil tertawa terbahak-bahak mendengarkan lawak Namjoon. Kemurungannya sebentar tadi bagaikan lesap. Dia sudah lupakan segalanya.

"Joon pun pernah robohkan katil hahahahahhahaㅡ" Namjoon berhenti ketawa sebaik sahaja menyedari ayatnya. Dia mengerling ke arah Jia sekiranya budak itu menyedari betapa 'salahnya' bunyi ayatnya.

Walaupun begitu, gadis itu sekali lagi tergelak. Dia lega.

"By the way..Joon nak minta maaf bagi pihak grup Joon. Kami memang berpakat dengan Jaseyy tapi perasaan ni bukanlah suatu rancangan." terang Namjoon apabila mendapati itulah masa sesuai untuk memberitahu segalanya. Mengenai dia dan membernya.

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now