27 ┊ JADI KE TAK JADI?

95 7 1
                                    

" Woi, fikir apa tu? " Mai menepuk lembut kaki Chae menyebabkan gadis itu tersentak dari lamunannya.

Chae hanya mampu tersenyum nipis sebelum memandang ke arah Jia yang terbaring di atas katil. " Mana ada fikir apa-apalah.

Satu keluhan kecil mula kedengaran di bibir Mai. " Kau bukan macam ni lah, Chae. Asyik termenung jer.. "

" Ha ah, betul tu! Ke kau still fikirkan pasal hal semalam? " celah Jia tiba-tiba yang entah bila duduk bersama mereka. Aiko atau lebih dikenal dengan nama panggilan koreanya iaitu Chae, menggelengkan kepalanya laju.

" Habis tu? "

Chae memandang lama wajah dua perempuan yang sangat dikasihinya itu sebelum mengukirkan senyuman kelat.

" Jom balik... Malaysia. "

" What?! " terbeliak mata Taehyung mendengar penerangan Chae yang berdiri di hadapannya. Begitulah reaksi Jia dan Mai sebentar tadi. Terkejut tahap gaban.

" Okaylah kan.. ? " Chae menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mai dan Jia hanya mendiamkan diri di belakang, tidak tahu sama ada perlu menyokong atau membantah.

Kalau itu yang terbaik, mereka ikutkan sahaja. Lagipun, sampai bila lagikah mereka mahu tinggal disini.

" Em okay! Okay lah sangat. Duh, takkan lah sebab hal ni kau terus nak pergi. Kau tak salah apa-apa pun. Tak perlu pun kau nak rasa bersalah bagai. " bebel Taehyung laju kepada Chae yang sedang menunduk memandang lantai.

Menyesal pulak dirinya menceritakan hasratnya kepada Taehyung dan hasilnya hanya berbakul-bakul bebelan yang dia dapat.

" Rasa bersalah tu memanglah ada.. cuma aku taknak rasa bersalah tu semakin menebal bila dia pulih nanti and bila dia ingat aku balik.

So, lebih baik aku pergi. At least, dia tak tengok muka aku. Tak tengok muka kitaorang yang dianggap menyemak dalam hidup dia. " Chae tersenyum segaris apabila teringatkan kata-kata Yoongi yang dulu. Yang membenci kehadiran mereka semua.

Satu demi satu peristiwa lalu mula menerjah minda mereka bersaudara. Terasa sedih dan masih tidak bersedia lagi untuk meninggalkan BTS dan tempat ini.

Terkebil-kebil mata Chae memandang Taehyung yang masih lagi tidak memberi respon. Lelaki itu hanya memandang wajah Chae tajam dengan riak wajah yang sukar untuk ditafsirkan.

" Nak pergi sangat kan? Okay bye and thanks for everything. Thanks for the sweet moments, Chaeng. " Taehyung terus memusingkan badannya dan pergi meninggalkan Chae. Terasa hati Chae bagai dicucuk-cucuk jarum tajam dengan kata-kata dingin Taehyung itu.

" Tae─ " kelu sahaja lidah Chae untuk memanggil Taehyung. Ugh, sakitnya otak. Kenapa pulak kau nak marah, Tae.. ?

Baru sahaja Chae melabuhkan punggung di tepi Mai dan Jia, Namjoon mula berdehem kecil. Terus senyap keadaan di ruang tamu berdekatan dengan bilik yang menempatkan Yoongi yang sedang lena dibuai mimpi.

" Erm, serius ke korang nak balik Malaysia? " membulat mata Chae memandang Namjoon. Mana tidaknya, dia belum pun menceritakan apa-apa kepada mereka kecuali Taehyung.

" Seriously?! " tiga gadis itu mula memandang wajah-wajah lelaki yang sudah pun terkejut beruk itu. Anak mata Chae mula berhenti pada Taehyung.

Oh ye, Taehyung. Dia hanya membisukan dirinya. Langsung tidak memandang Chae malah tiada secalit senyuman pun di bibirnya. Hanya lantai yang direnungnya.

" Tae yang cerita. Dia kata korang dah tak sabar-sabar nak pergi. " aik melebih dah ni. Berkerut-kerut dahi Chae memandang Taehyung lagi. Ada aku kata ke?

" Korang kata nak pergi nanti sorang sepupu kau ni datang jemput. " Hoseok mencelah.

" Apenii.. Korang tak salah lah. Janganlah pergi, Jia.. " Jungkook menjuihkan bibirnya ke arah Jia. Tergelak kecil Jia melihat gelagat Jungkook yang dianggap lucu itu. Terus Jungkook mengecilkan matanya, serius. Orang sedih ni, boleh pulak dia gelak.

" Eh takpelah, makin lama kitaorang kat sini. Makin bertambah pulak masalah nanti. " Chae tersenyum manis dengan tujuan untuk tidak menyedihkan lagi suasana walaupun hatinya tidak berasa tenang.

" Kau je pun yang rasa camtu. " bidas Taehyung sambil matanya ralit memandang tv. Sungguh dia juga tidak pasti mengapa dirinya bersikap dingin kepada Chae. Rasa sedih untuk melepaskan gadis itu pergi. Mungkin.

" Sanggup kau nak tinggalkan aku.. kau tak rindu aku ke nanti? " Jimin menongkat dagunya memandang Mai yang duduk dihadapannya.

" Ah Jin! Aku akan rindukan kau.. " cepat-cepat Mai mengalihkan pandangan ke arah Seokjin setelah menyedari dirinya juga telah merenung lama wajah Jimin. Soalan Jimin tadi dibiarkan tidak berjawab.

Jimin terus menjatuhkan mukanya ke meja berserta keluhan kecil. Sorry, Jimin.. Seluruh wajah Mai masih lagi membahang merah dek malu.

" Sebenarnya, macam tak kena je hasrat korang ni. Aku yakin Yoongi tak salahkan korang pun. Percayalah. Nanti dia pulih, kita explain lah kat dia. Janganlah pergi lagi. Batalkan je niat korang yang pelik tu! " bersungguh-sungguh Seokjin menutur kata. Sangat mencurigakan.

Chae menundukkan kepalanya perlahan sambil menarik nafas panjang. Pening kerana BTS memberi harapan dan bersungguh-sungguh memujuk mereka supaya tidak pergi.

" So, jadi ke tak jadi ni? "

.

.

.

.

.

.

" Jadi, taknak pergi.. " terbeliak mata mereka semua. Jimin dan Jungkook telah pun bersorak gembira. Nampaknya, ada lagilah masa untuk Jimin mengorat Mai manakala Jungkook dapat mencipta banyak lagi memori manis bersama Jia.

Chae terus menghampiri Taehyung. " .. sebab Taehyung ni mengada, jadi Chae nak luangkan masa yang ada dengan dia. "

Terkebil-kebil mata Taehyung untuk menghadam setiap patah perkataan yang didengarinya. Pipinya terus menjadi merah dan secara automatik bibirnya mengukirkan senyuman lebar dan manis yang dapat menggetarkan setiap tulang rusuk para wanita kepada Chae.

Finally, berjaya jugak Chae memujuk kembali lelaki manja yang berada di tepinya itu. Hati, please jangan buat hal.. Bisik hati Chae yang sudah pun berdegup kencang.

Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka semua bersama satu senyuman terukir di bibir di bilik yang berdekatan. Thanks, bros..

karya oleh jingerbell-

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now