32 ┊ RUMAH BARU

107 10 1
                                    

"Waaaaah! Besarnyaaaa!" Jia memuji apartment yang disediakan oleh Jin. Chae dan Mai secara automatik mengangguk dengan mulut ternganga kerana terpegun. Seokjin pula berkembang hidung. Sudah lama dia tak melawat apartmentnya ini.

"Masuklah cepat! Beg korang ni dahlah berat!" marah Jungkook kepada mereka bertiga yang bersepai depan pintu menghalang jalan masuk. Jia mencebik lalu ketiga-tiga gadis itu memberi laluan kepada sang namja untuk membawa masuk barang.

'Orang tak suruh pun dia angkat..!' getus hati Jia dengan geram.

"Ojin terima kasih tau sebab apartment ni." kata Mai, bersyukur. Seokjin hanya tersenyum dan menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal.

Sementara itu, Chae menghempas tubuhnya ke atas kerusi beg yang berisi butir-butir. Dia tergelak sendiri. Yoongi yang kebetulan dahaga dan melalui kawasan itu, menjeling perangai pelik budak itu.

"Jangan hempas sangat atas kerusi tu, mahunya pecah keluar butir-butir. Siapa yang susah?" sindir Yoongi dengan begitu pedas membuatkan gadis itu marah. Chae bangkit daripada kedudukannya lalu melempar kerusi beg itu ke arah Yoongi. Beg itu tidak semena-mena terkena kepala Namjoon kerana Yoongi segera mengelak.

Mata lelaki itu membulat. "Kau dah gila ke?!"

"Kau tu yang gila! Aku ingatkan dah hilang ingatan ni perangai pun eloklah!ㅡ" Chae terus menekup mulutnya kerana tidak sengaja untuk melepaskan kata-kata tersebut. Namjoon yang berdiri di situ keliru sebentar. 'Apa dah jadi? Kenapa aku yang sakit ini tidak dipedulikan?'

"Maaflah kalau kau nak aku hilang ingatan sangat." Sebaik sahaja melafazkan ayat itu, Yoongi beredar. Kini Chae tercengang. 'Eh?'

Usai makan malam di apartment Seokjin itu, ahli BTS hyungline pulang dengan sedih kerana harus berpisah. Bak cadangan maknae, ikut shift nak jaga tiga gadis itu. Semasa di dalam kereta, Hoseok hanya mengerling ke arah Yoongi yang kelihatan bermuram.Dia menyiku lelaki itu.

"Eyy janganlah nak muram sangat kalau rindu pun." usik Hoseok mengundang gelak daripada yang lain kecuali Namjoon yang menyaksikan tayangan free antara Yoongi dan Chae.

"Pergi matilah." balas Yoongi, dingin. Semua ahli terbisu. Sentap.

Manakala di apartment,

"WEII JOMLAH TENGOK CERITA NII" bising Taehyung di ruang tamu, memasang cerita menakutkan iaitu 'IT 2017'. Jungkook dan Jimin hanya menyertai begitu juga Jia, Mai dan Chae.

Sepanjang cerita itu, Chae tidak dapat fokus. Apa maksud Yoongi? Kenapa dia cakap macam tu? Adakah dia sebenarnya...tak lupa ingatan pun?

Knock knock!

"AAAAH", jerit semua orang kerana terkejut. Semua perhatian beralih ke arah pintu dengan gentar.

Jimin menolak Taehyung, "Kaulah buka!"

"Koranggg! Jaseyy ni!" bunyi suara dari luar itu membuatkan ketiga-tiga sepupu di dalam terkaku. Mata seperti hendak terkeluar dari soket.

"Oh shit." Mai berbisik di bawah nafasnya.

"Korang menyorok cepat!!" bisik Jia separa jerit.

"What?" soal Jungkook tapi akhirnya menyorok juga di dalam almari dapur.

"Chae pergi buka ok" kata Chae dan lekas membuka pintu. Terdedah Jaseyy yang senyum melebar. Gadis KL itu laju memeluk Chae. Jia dan Mai turut memeluk bersama membentuk group hugs.

"Rindu Jaseyyyy!" kata Mai.

"Awalnya Jaseyy sampai?" soal Jia keliru. Jaseyy tergelak kecil.

"Ha'ah eksaited sangat nii"

"Macam mana Jaseyy tahu kitorang duk dekat sini?" giliran Chae menyoal kerana sepanjang video call antara mereka dan Jaseyy, tiada pula tersebut tentang apartment yang mereka duduki sekarang. Tambahan, mereka baru berpindah.

"Uh-oh, mestilah Jaseyy lantik spy dekat korang! Jaseyy tahu korang ni jenis tak pandai simpan duit, boros betul." jawab Jaseyy sedikit gagap dan sedikit sindir. Jia hanya tersengih.

"By the way hah! Apa yang korang buat sampai rumah kita kena sita??" soalan cepumas itu terbit.

"Umm, hehehe biasalah Jaseyy. Masalah kewangan." Mai membina alasan.

"Yelah tu. By the way, Jaseyy masuk ni tau." kata Jaseyy dan melepasi benteng sepupunya itu. Dia sudah tahu bahawa ada orang lain juga di dalam apartment itu namun dia cuba memainkan watak bodoh. Mai yang mengesan punggung Jimin sedikit tertonjol daripada tempat persembunyiannya, lekas menyepak. Nasib baik lelaki itu tidak membuat sebarang bunyi dan sembunyi dengan baik selepas itu.

"Cantik juga apartment ni. Korang beli guna duit apa?" Jaseyy bertanya, mata gadis itu melilau ke setiap sudut apartment mereka dengan penuh tertarik. Jia dan Chae saling berpandangan manakala Mai menelan liur perit.

"K-kitorang buat kerja sambilan sebenarnya" Chae tergagap.

"Ooh, baguslah tu! Kat mana korang kerja?" tanya Jaseyy lagi.

'Eh eh banyak tanya pulak dia ni..' monolog Chae di dalam hati.

"Alaaa hal tu kita cakap esok okei? Jaseyy kena rehat sekarang! Jaseyy kan baru sampai." segera Jia memotong dan menolak perlahan sepupunya itu ke bilik yang sepatutnya menjadi milik lelaki berkepala tiga; Taehyung, Jimin dan Jungkook.

Mai dan Chae menghela nafas lega sebaik sahaja Jia membawa Jaseyy ke bilik. Mereka berdua segera mendapatkan tiga jejaka yang sedang menyorok itu secara senyap dan berhati-hati.

"Korang kena balik malam ni..!" bisik Chae kepada mereka bertiga dan Mai mengangguk laju. Mata Jimin, Taehyung dan Jungkook membulat.

"What the hell?" Jimin mula speaking.

"Kitorang nak balik dengan apa??" rungut Jungkook separa berbisik. Terpamer muka serabutnya. Kenapa kena sembunyi?

"Ikut jelah!" marah Mai, berbisik.

"Siapa nak ambik kitorang? Nak balik dengan teksi memang tak bolehlah. Manager marah." Taehyung mencelah.

Chae memandang Mai.

"Macam nilah Mai,  bilik aku tu aku kasi dorang. Aku tumpanglah bilik mana-mana antara kau dan Jia." cadang Chae kerana bila difikirkan balik, Taehyung ni idol kat luar so memang bahayalah merayau. Walaupun Chae tak tahu kumpulan apa Taehyung sebenarnya, dia pun malas ambil tahu tapi kalau boleh dia tak mahu bersikap kejam. Selepas apa yang Taehyung dan ahli yang lain korbankan. Seperti makanan.

"Korang!" kedengaran suara Jia menerjah separa berbisik. Dia termengah-mengah sebaik sahaja sampai di hadapan Mai, Chae dan yang lain.

"Jaseyy tengah berehat sekarang. Ada baiknya kalau korang bertiga balik!" ujar gadis itu, sedikit panik.

Mai kemudian menerangkan tentang cadangan Chae lalu Jia hanya mengangguk walaupun itu tidak menjamin keselamatan mereka sekiranya Jaseyy dapat tahu.

"Senang-senang macam nilah, aku tidur dengan kau. Boleh?" kata Jungkook dan mengenyitkan matanya pada Jia. Gadis itu tanpa teragak-agak mengangkat penumbuk.

"Amboi maknaeee, liar eh. Em, Mai kita bila lagi?" Jimin mengusik Mai.

"Aku sepak kang." balas Mai, tidak melayan lalu berlalu pergi membuatkan Jimin terus mengusiknya.

Taehyung dan Chae mengerling satu sama lain dan tergelak bersama melihat telatah mereka berempat.

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now