15 ┊ KEJUTAN MAID

118 9 4
                                    

" Ahh.. kenyangnya! " Hoseok menggosok laju perutnya. " Kenyang kenyang jugak. Siapa nak basuh semua pinggan ni? Aku dah masak. Korang pulak yang basuh ye.. " bebel Jin sambil mengemas pinggan dan mangkuk untuk dibawa ke sinki. Jejaka-jejaka lain terus menggelengkan kepala masing-masing dan berlari ke ruang tamu.

" Anak-anak dara kan ada.. Kalau malas, baik tak payah jadi perempuan. " kata Yoongi tenang tetapi sinis. Chae terus mengepalkan penumbuk tetapi cepat-cepat dia menarik nafas dalam dan memaparkan senyuman lebar kepada Yoongi. " Ada ke kitaorang cakap yang kitaorang malas, wahai Yoongi? " garfu yang berada di atas meja terus digenggam Chae. Mai dan Jia sudah pun beredar dari kawasan peperangan itu untuk membasuh pinggan.

Baru sahaja Chae hendak menuju ke sinki, telefon Mai yang diletakkan berdekatan dengan meja dapur pun berdering. " Chae! Tolong jawabkan untuk aku. "

" Ye ye.." Chae segera pergi mendapatkan telefon Mai. Apabila terpapar nama Jaseyy pada skrin telefon, Chae terus menggelabah untuk menjawab panggilan itu. Mata-mata jejaka yang berada di ruang tamu mula terpaku pada Chae.

" Korang! " terus berlari Mai dan Jia pergi ke arah Chae apabila suara lembut Jaseyy kedengaran. " Jaseyy!! Kitaorang rindu sangat kat Jaseyy! " serentak mereka bertiga berkata.

" Hehe..aku pun rindu koranglah! By the way, korang okay tak tinggal kat sana? Korang tinggal kat rumah mana tu? " 

Terus terbuntang luas mata mereka bertiga. " Aaa, aishh kitaorang okay sangat tinggal kat sini! Mewah sangat, Jaseyy! " balas Jia bersama ketawa nervous perlahan. " Kitaorang tinggal kat rumah kaulah. Mana ada rumah lain.. kan? Ha ha ha. " celah Mai sambil menggelengkan kepalanya. " Ha, betul tu! " sokong Chae lantang.

" Ye ke okay? " sindir Jungkook bersama senyuman sinis di bibir. " Mewah lah sangat. Asyik curi makanan orang jer. " celah Yoongi sambil menonton tv. Malas untuk melihat wajah 3 anak dara itu terutamanya musuh ketatnya iaitu, Chae

" Shush, diamlah. " marah Chae separuh berbisik. Mai dan Jia sudah pun mengetap bibir geram.

" HAHAHA! " Taehyung dan Jimin terus gelak terbahak-bahak memandang mereka yang sudah pun gelabah teruk manakala hyung line hanya tersenyum senget nelihat mereka bertiga.

" Ahh hahahaha! Baguslah kalau semuanya okay. Anyway, banyaknya suara kat belakang. Suara siapa? "

Maka kakulah mereka bertiga dan perlahan-lahan anak mata masing-masing bergerak melihat semua ahli BTS. Mereka semua terus menjelirkan lidah ke arah Mai, Chae dan Jia.

Dengan api yang marak membara dalam hati, Chae pun terus menjawab. " Kitaorang upah ramai maid baru. "

" Ha ah, kitaorang tak perlu risau pasal kerja rumah dah.  " tambah Jia.

" Kesian diaorang kalau tak jadi maid. Nanti takde duit nak hidup. " celah Mai. Geram.

Krik.. krik.. krik..

Semua ahli BTS senyap tidak bersuara dan tidak bergerak. Hanya kelopak mata mereka sahaja yang berkelip.

" Ohh.. baguslah kalau camtu! " sokong Jaseyy. Kali ini giliran mereka bertiga pulak menjelirkan lidah ke arah ahli BTS dan terus menari freestyles tanda senangnya dalam hati.

ㅡkarya oleh admin k

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now