16 ┊ JASLENE

113 10 0
                                    

Sebaik sahaja Mai memutuskan panggilan, kesemua ahli BTS menghadiahkan mereka jelingan yang amat tajam. " Woah~ relax la ! Kitaorang terpaksa cakap macam tu. Kalau tak nanti cousin kitaorang risau. " ujar Jia kepada ahli BTS.

" BTW , Sapa nama cousin korang lagi satu tu? " soal Hoseok semasa kesemua penghuni banglo tu berkumpul di ruang tamu . Gadis-gadis itu melihat di antara satu sama lain. 

" Nama dia Jaseyy .." kata Mai selepas mendapat isyarat dari pada Chae. Kesemua bangtan seperti terkaku buat sementara. " Nama penuh dia ? " soal Namjoon yang inginkan kepastian.

" Jaslene .. kenapa korang tanya macam korang pernah dengar nama eh ?" kata si Jia yang sangat licik bab-bab melihat reaksi seseorang itu. Bangtan melihat ke arah Hoseok sebelum melihat ke arah Mai , Chae dan Jia.

" Kitaorang just nak pastikan orang tu orang yang sama or not " Kata Hoseok. " Maksud kau?" tanya Chae dengan sebelah keningnya terangkat.

"Aku pernah dengar and ke-kenal nama orang yang sama macam cousin kau tu." kata Hoseok seperti sedang cover something dari gadis itu. Namun mereka hanya endahkan begitu sahaja. Yela , ramai orang di dunia ini yang ada nama tu. Maybe ?

SKIP

" KORANG !! " Laung Yoongi yang berlari ke ruang tamu utama. " Kau dah kenapa Yoongi? Macam nampak hantu je ?" Tanya Seokjin.

" Bantal kegemaran aku hilang ?! " Kedengaran kepanikan dalam suaranya itu. " Bantal kelabu yang boleh jadi bantal peluk sekali dengan bantal leher tu ?" Soal Taehyung yang inginkan kepastian.

" HA ! Yang tu ! Kau ada nampak ?" soal Yoongi pada Taehyung. " Ada dekat budak yang suka ambil makanan hyung tu" kata Taehyung selamba.

" APA !?! " dengan sepantas kilat Yoongi menghilang dari pandangan Seokjin dan Taehyung.

" Just let me love you ~ Just let me love you  ~" kedengaran suara merdu yang menyanyikan sebuah lagu di dalam headphone milik Mai.

Jimin  yang terlihat Mai yang sedang asyik mendengar lagu di atas sofa di ruang tamu, menghampiri gadis itu. "Merdunya suara dia ~" kata Mai sendiri, sudah mengetahui bahawa suara itu ialah suara milik Jimin. Jimin mula tertanya-tanya gerangan siapakah yang gadis itu sedang memuji. 

Tiba-tiba, headphone Mai dirampas dan disarungkan di kepala Jimin. Lelaki itu sempat menangkap beberapa baris di dalam lagunya iaitu 'Serendipity'. Mai yang gelabah lagi panik, segera merampas harta bendanya kembali. Pipinya kemerahan.

"Kau dengar apa tu?", ujar Jimin dan tersenyum nakal.

" Jungkook ! Ini giliran aku la ! " laungan yang boleh didengari di sekitar tingkat dua . " Kau tu sakit buat cara sakit ! Aku nak main game ni dengan Namjoon hyung je tak ajak pun kau main sekali "

" Tapi kau main dalam bilik aku! Kena la bagi aku main sekali." kata Jia dengan mulut yang di muncungkan sedikit.

" Sebab kita orang terpaksa jaga kau. " kata Jungkook tanpa memikirkan apa yang dia kata. " Aku tak mintak pun korang jaga aku. Sorry sebab susahkan korang. " kata Jia sebelum menarik selimutnya sehingga ke kepala.

" La , merajuk ke ? Hari tu kemain lagi kau ugut Bang PD-Nim. " sindir Jungkook lalu di ketuk dengan buku Namjoon. 

" Kau ni, kalau kau tak nak jaga dia sapa suruh kau jaga. Kalau tak ikhlas tu tak payah buat Kook " kata Namjoon kepada Jungkook dengan nada yang serius.

"Hyung selalu pukul Kook!" Jungkook mula berlakon seperti budak kecil dengan memuncungkan bibirnya sambil menghentakkan kaki. 

"Eee gedik." ujar Jia dan Namjoon mengangguk tanda setuju. Tanpa rasa kasihan, Jia dan Namjoon kemudiannya meninggalkan Jungkook keseorangan dengan perangai tidak matang itu.

ㅡkarya oleh admin m

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now