O9 ┊ KECOH

136 9 7
                                    

" Lapar lapar laparnya.. " pantas sahaja kaki Chae menuju ke peti sejuk. Pintu peti sejuk dibukanya perlahan dan serta merta matanya bersinar-sinar.

Kelihatan beberapa kotak pocky yang berlainan perisa tersusun rapi di dalam peti sejuk. Mesti yang mamat tu. Aah..tak kesah!

Baru sahaja Chae mahu mengambilnya, pintu peti sejuk telah pun ditutup kuat oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan mamat beku tu, Yoongi. Nasib baik tak terkepit tangan Chae itu. Hish!

" Aku punya pocky, kau jangan sentuh. " senyuman palsu sengaja diterbitkan oleh Yoongi.

" Takde nama kau pun.. " bisik Chae perlahan. " Tapi, apa salahnya kalau kita kongsi en? " sambung Chae lagi dengan lantang.

Yoongi tersenyum untuk seketika sebelum mematikan senyumannya itu. " No way. Kau tak malu ke nak makanan aku? "

" Buat apa nak malu? Kalau malu, mati. Ada faham? " Chae menjongketkan bulu keningnya.

" Kau n─ "

" Wo wo, apa ni gaduh gaduh? " celah Taehyung dengan senyuman petaknya.

" Ni, hyung kau ni! Buat apa beli pocky banyak-banyak kalau taknak share? " Chae mula menyilangkan tangannya di dada. Yoongi hanya membuat mimik muka menyampah.

" Dia nak share laa tapi dengan cara pocky couple hahahaha! Alaa, yang kau gigit hujung pastu Yoongi hyung gigit hujung! " kata Taehyung sambil ketawa terbahak-bahak. Terbuntang luas mata sepet Yoongi mendengar kata-kata taehyung itu.

" JANGAN HARAP! Siaplah kau, Tae.. " Yoongi menjeling tajam ke arah Taehyung sebelum pergi tanpa memandang Chae. Eceh, mungkin malu.

" Laa taknak pulak hahahaha. Takpela kalau taknak, aku boleh ganti Yoongi hyun─ " satu tumbukan padu Chae tepat di perut Taehyung sebelum dia berlalu pergi.

" WOI BISING AH. " laung Hoseok dari dalam tandas.

Mai yang sedang menonton tv di ruang tamu berpaling ke arah Chae yang laju berlari menaiki anak tangga sebelum memandang kembali pada tv.

" Jimin? " terkejut Mai dibuatnya apabila melihat Jimin tercegat di hadapan tv sambil tersenyum pelik.

Jimin datang menghampiri Mai dengan kedua tangannya diletakkan di belakang. " Kau ni kenapa? Sengih cam kerang busuk je. " Mai mendongakkan kepalanya memandang wajah Jimin.

" Boleh tak..em..kalau aku kata, kau jangan marah tau? " tanya Jimin. Mai menjongketkan keningnya. Hairan dengan perangai pelik Jimin sekarang. " Wait, kau sorok apa kat belakang kau tu? "

" Hehe.. boleh tak aku nak pinjam headphone pink kau? Sebenarnya, aku dah guna pun sekejap tadi. " Jimin tersengih sambil menghayunkan headphone milik Mai yang dipegangnya.

Terus membahang api kemarahan di wajah Mai. Pantang sekali apabila seseorang meminjam barang berharganya tanpa permission. " JIMINN! NAK KENA KAU NI! "

Pantas Jimin berlari ke luar rumah sambil lidah dijelirkan ke arah Mai. Headphone Mai dibawa bersamanya. Mai terus berlari pecut mengejar Jimin. " Jin! Jimin ambik headphone aku!! "

" APA KORANG NI? NAK BUAT PROJEK PUN TAK SENANGLAH! " sekali lagi Hoseok melaung dari tandas sambil gigih berusaha meneran segala hajatnya.

Jungkook yang kebetulannya baru sahaja memasuki rumah sambil memegang converse high merah hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat Jimin dan Mai.

" Hoi! Kenapa kasut aku ada dengan kau? " Jia mendepakan tangannya di hadapan Jungkook menyebabkan langkah Jungkook terhenti.

" Jangan perasan. Ni kasut Namjoon hyung kan? Kenapa kau pakai haritu? Pencuri. " Jungkook mendekatkan jarak dirinya dengan Jia.

" Tak malu. "

" Dahlah tumpang kat rumah kitaorang, mencuri pulak tu bla bla bla bla. "

" Sedarlah siki─ "

" Hellooo! Tu kasut akulah! Aku beli sendiri kot. Kau fikir aku miskin sangat? Sedap hati jiwa pedal dia pulak membebel macam makcik kat sini. " kata Jia sambil menggaru telinganya sebagai tanda serabut dengan bebelan Jungkook itu.

" Tipu! Namjoon hyungg! Sini kejap. " Jungkook menjerit. Kedengaran tapak kaki seseorang laju menuruni anak tangga.

" Apehal ni kecoh-kecoh? " muka Jungkook dan Jia dipandang bergilir-gilir oleh Namjoon.

" Budak ni curi kasut hyung. " Jungkook menundingkan jari telunjuknya ke arah Jia.

Namjoon melihat kasut yang dipegang oleh Jungkook sekilas dan wajah Jia yang sedang menahan gelak sebelum dirinya pula yang gelak terbahak-bahak.

" Hyung? Kenapa ni? Jungkook tak suruh gelak pun. Marahlah budak ni. " Jungkook menjeling tajam ke arah Jia.

" Jungkook, sebenarnya tu memang kasut Jia. Hyung yang tolong suggestkan. Hahahaha! " Namjoon menepuk bahu Jungkook beberapa kali manakala Jia sudah pun tersenyum kemenangan.

" Hah?! T-tapi.. kenapa.. "

" Eee..malunya. Melulu tuduh orang! "

" Kau diam. " Jungkook segera meletakkan kasut yang dipegangnya ke lantai sebelum memberikan jelingan yang paling tajam kepada Jia. Jungkook terus pergi menuju ke biliknya. Tapi aku rasa kasut Timberland lagi sesuai untuk kau..

" BISING BISING! KALAU AKU KELUAR. SIAP KORANG. " laung seseorang. Siapa lagi kalau bukan Hoseok.

ㅡkarya admin k

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now