O3 ┊ JEJAKA HANGAT

192 11 13
                                    

PADA MALAM ITU

" UWARGHH! AKU AKAN MATI!! " jeritan lantang Chae dari ruangan dapur telah menggegarkan rumah besar milik Jaseyy itu menyebabkan Mai dan Jia pantas berlari menuju ke dapur untuk mendapatkan Chae.

Kelihatan Chae sedang duduk bersandar pada peti sejuk sambil tangannya diletakkan di dada.

" Oh tidak, Chae janganlah tinggalkan kitaorang! Nanti dah takde siapa yang nak curi makanan Jia dan sanggup flying kick Jia semata-mata demi makanan. " Jia menghampiri  Chae bersama wajah yang sedih manakala Mai sudah beberapa kali menepuk dahinya, meluat dengan drama maknaenya itu.

" Chae, apa yang dah jadi sebenarnya ni?! " tanya Mai bersama 1001 kerutan di dahinya. Chae memuncungkan mulutnya sambil mengetuk perlahan peti sejuk dibelakangnya. " Makanan dah habis! Macam mana kita nak hidup?!"

Mai terus menggelengkan kepalanya. " Dah, dah. Aku tak bayar pun korang untuk berdrama ni. " pantas sahaja kaki Mai menuju ke kabinet di penjuru dapur dan menguaknya perlahan. Terus sahaja kepala bulat  Chae masuk ke dalam kabinet itu. " YAY RAMENNN!! "

Memandangkan Chae telah menjumpai beberapa pek ramen, maka mereka bertiga hanya menyantap makanan itu sahaja. " So, esok kita ke shopping mall okey? Kita borong barang satu mall!! " Mai bersorak riang mendengar kata-kata Jia manakala Chae sudah pun melompat kegembiraaan.

KEESOKAN HARINYA, DI SHOPPING MALL.

Mereka bertiga mula menjejaki kaki ke dalam mall dengan megah sekali. Almaklumlah, duit banyak dalam handbag sekarang ni. Tanpa membuang masa lagi, mereka pun masing-masing berpecah untuk mendapatkan barang yang diperlukan.

Mata Jia meliar mencari sepasang kasut yang sesuai untuk dirinya. Kakinya laju berlari ke sana dan kemana-mana sahaja semata-mata untuk melihat pelbagai reka bentuk kasut yang menarik. Tanpa dia sedari, gelagatnya telah memunculkan satu senyuman manis di bibir seorang lelaki yang telah lama memerhatinya.

" Yang ni ke atau yang ni? Hmm.. " gumam Jia sendirian. Kepala yang tidak gatal digarunya kerana keliru untuk memilih. " Aku rasa converse high ni sesuai untuk kau. " segera Jia memalingkan wajahnya ke arah lelaki yang menghulurkan sepasang kasut converse high berwarna merah.

Badan Jia menjadi kaku buat seketika sebelum dia berdehem untuk beberapa kali kerana tersedar yang dirinya sudah lama merenung ke dalam anak mata lelaki itu. " Ah, ye ke?  tak tahu la pulak haha. Erm.. tapi..memang suka warna merah! Pandai encik suggestkan. "

" Encik? Panggil je Joon.. " dia menggelengkan kepalanya sambil sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. " Nah! Kalau dah yakin yang converse ni sesuai untuk awak, jangan malu-malu nak call ye. Nanti kita pergi beli sama-sama, okey? " sambungnya lagi sambil meletakkan satu kertas yang tertulis nombor padanya sebelum pergi meninggalkan Jia.

Manakala, Mai sedang meneliti pelbagai jenis headphone yang tergantung di sebuah rak yang besar yang terdiri daripada rekaan headphone yang canggih-canggih termasuklah rekaan headphone yang lama.

Matanya mula tertangkap pada sebuah headphone berwarna kuning yang mempunyai corak tengkorak berapi di penjuru kedai itu. " Wah, lawa gila! " baru sahaja tangannya ingin mengambil headphone tersebut tiba-tiba seorang lelaki pantas memusingkan tubuh Mai untuk menghadapnya dan segera dia memakaikan sebuah headphone yang berwarna pink ke telinga Mai.

Terkebil-kebil mata Mai memandang lelaki itu. " Kan cantik pakai headphone warna pink ni. Baru nampak macam perempuan. " lelaki itu tersenyum kepada Mai. Mai mula menjeling tajam ke arahnya. " Too girly laaa.. lagipun nampak ganas yang tu. Lagi rock! "

" Dah, ambil je yang tu. Lagipun aku suka tengok kau pakai yang tu. " wajah Mai mula membahang dengan kata-kata lelaki itu tetapi cepat-cepat Mai memandang ke arah lain apabila menyedari lelaki itu sedang merenung wajahnya.

Sementara itu, Chae sedang khusyuk memandang snek-snek yang berada di hadapannya. Ternganga-nganga mulutnya kerana kagum dan merasakan dirinya bagaikan di syurga makanan. " OMG, POCKY!! " Chae bergegas menuju ke rak yang berlabel pocky itu. Mungkin inilah rezekinya apabila hanya tinggal sekotak sahaja pocky di situ.

Memandangkan tangannya juga sedang memegang beberapa snek, dia mengambil keputusan untuk meletakkannya di tepi. Tidak sampai pun beberapa saat, Chae pun berpaling kembali ke arah pocky nya itu. Kelihatan seorang lelaki sedang tersengih memandang pocky yang telah diambilnya itu. Saat matanya dan mata Chae bertembung, terus mati senyumannya itu.

" Ehem sorry, pocky tu aku yang punya. " Chae berkata sambil rahangnya diketap. " Ye ke? Tak de nama siapa-siapa pun kat sini. Tch, mengarut.. "

" Haha..tak kesah, yang pasti aku nak pocky tu. Bagi aku sekarang! "  Chae mula mengepal tangannya. Demi makanan, dia sanggup melakukan apa sahaja. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia kung fu mamat ni. " Siapa cepat, dia dapat. " lelaki itu menjongketkan bahunya sambil menayangkan muka selambanya.

" Banyak lagi kot makanan. Ambillah yang lain! Aku nak yang ni, menggatal jugak dia nak yang ni.. " bidas Chae.

" Kau pun sama je kot. Tch.. "

Kemarahan Chae tidak dapat ditahan lagi tambahan lelaki itu suka berdecit bagaikan cicak. "WOI! ITU. YANG. AKU. PUNYA. LAAA!!"

ㅡditulis oleh admin k

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now