3O ┊ J-HOPE

109 6 0
                                    

Mai, Chae dan Jia hanya membuntuti BTS di belakang dengan perasaan yang kecewa. Kaki pun dah terasa malas nak melangkah pulang ke rumah. Apatah lagi kepala, semuanya menunduk dari tadi.

" Seriously, aku ingatkan aku sorang je yang tak bagitahu lagi. Nampaknya, kita semua ye. " Mai terus bersuara. Pandangan mata mula beralih ke arah BTS yang sedang bergelak ketawa di hadapan.

" Tetiba pulak diorang banyak cakap malam ni. Asal Jia nak cakap, mesti ada yang mengada nak mencelah. Geram! " marah Jia sambil tangan kanannya dikepal dan ditumbuk berkali-kali di tapak tangan kirinya. Mai mula mengerutkan dahinya seolah-olah memikirkan sesuatu.

Hanya Chae seorang sahaja yang tidak bersuara lagi. Hatinya masih panas membara teringatkan kata-kata pedas Yoongi tadi. Ingin sahaja dirinya menumbuk muka lelaki itu. Ingatkan hilang ingatan, terus hilang sikap dingin. Namun, semuanya hampeh!

Sedang Chae melayan perasaan marahnya, otaknya tiba-tiba terlintas satu perkara tentang masalah yang dihadapi mereka sekarang ini. Langkahan kaki terus diberhentikan menyebabkan Mai dan Jia turut berhenti.

" Guys, korang rasa tak apa yang Chae rasa? " dipandangnya wajah Mai dan Jia secara silih berganti.

Senyuman senget mula terukir di bibir Mai apabila merasakan tekaannya betul sebelum dirinya bersuara. " Macam BTS yang rancang semua ni. Kan? "

Chae terus mengangguk laju kepalanya manakala Jia sudah memegang dadanya, terkejut dengan apa yang diperkatakan. Taguna!

" Tapi kenapa..? "

" Okay, bye korangg! Jangan nakal-nakal tau. Jumpa korang lusa. Muah muahh! Jangan lupa kirim salam kat J-hope sekali. Hehehehe. " lagi sekali Jaseyy terus gelak terbahak-bahak selepas menyebut nama J-hope. Entah apa yang kelakor sangat. 3 sepupunya hanya mampu menggaru kepala masing-masing yang tidak gatal.

" Haaaa okay, bye Jaseyyyy! " videocall yang telah mengambil masa selama 30 minit itu segera ditamatkan oleh mereka bertiga. Suasana terus menjadi senyap. Baru sahaja Jaseyy menghubungi mereka semalam, sudah berkali-kali dia call malah pagi ni call lagi. Katanya dah tak mampu menahan rindu pada mereka bertiga lagi dan yang paling peliknya pengakhiran kata-katanya mesti terselit nama J-hope. Siapa J-hope ni sebenarnya?

" Jia rasakan J-hope ni pelawak feberet Jaseyy lah. Asal sebut je nama J-hope tuh, terus dia ketawa tak ingat dunia. " kata-kata gadis kecil itu terus mengundang tawa dari Mai. Betul ke pelawak?

" Takper, kalau ada masa nanti kita search kat pakcik Google. "

" Masalahnya sekarang ni, Jaseyy dah nak balik lusa and kita belum bagitahu lagi hasrat nak pindah dari sini. Kalaulah Jaseyy tahu yang sebenarnya kita ambil kesempatan tinggal dengan orang asing nih, mampus kita! " Chae menekup mukanya dengan kedua tapak tangannya.

" Tak kira, kali ni kita kena bagitahu jugak. " Mai menepuk perlahan bahu sepupu-sepupunya itu.

" Pastikan kali ni berjaya! " sorak Jia dengan penuh bersemangat. Kali ini bukan lagi main-main bagi mereka. Siaplah BTS!

Mereka bertiga terus menapak turun ke tingkat bawah menuju ke arah BTS yang sedang berkumpul di ruang tamu. Kelihatan mereka semua sedang rancak berborak sambil bergelak ketawa dan yang paling terserlah kegembiraannya ialah Hoseok.

Gadis-gadis itu mengerutkan dahi menjadi seribu kedutan. Selalunya dialah yang paling senyap dan selalu menghadap telefon 24 jam tetapi tidak pada kali ini, dia lah yang paling semangat berbual dengan ahlinya yang lain. Pelik.

" Uish, baru nampak batang hidung. " tegur Jimin. " Batang hidung je nampak? Lubang hidung aku ni tak nampak ke? " bidas Mai sambil mengembang kempiskan lubang hidungnya ke arah Jimin.

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now