12 ┊ PECAH LUBANG

140 10 6
                                    

" Hihihi.. " kedengaran tawa kecil Hoseok yang sedang berbaring di atas sofa memenuhi setiap sudut ruang tamu sambil jarinya lincah menaip sesuatu pada skrin telefonnya.

" HIHIHI.. " lagi sekali Hoseok tertawa kecil. Chae  yang kebetulannya melalui kawasan itu terus mengerutkan dahinya. Pantas dia memeluk erat makanan yang dipegangnya dan terus menuju ke belakang sofa tempat pembaringan Hoseok.

" Ha! Kau kenapa senyum sorang-sorang ni? " terkejut Hoseok dibuatnya apabila Chae terus menerjahnya secara tiba-tiba. " Hish, adalah.. budak kecik tak perlu tahu. "

Chae menjulingkan matanya ke atas sebelum curi-curi memandang ke arah skrin telefon Hoseok. Tidak sempat lagi untuk melihat apa-apa, Hoseok terus mengalihkan telefonnya. " No no no! " Chae hanya mampu menjuihkan bibirnya. Mula dengan huruf J hmm. Sapa ek? Taknak memenatkan akal otaknya memikirkan hal itu, terus sahaja dia menuju ke biliknya untuk menikmati makanannya.

" Hyung, ada nampak Chae tak? " Taehyung menghampiri Hoseok sambil menggaru dagunya. Hoseok hanya menundingkan jari telunjuknya ke atas tanpa memandang muka Taehyung kerana terlampau fokus pada skrin telefon. " Aaa, okei! " satu senyuman senget dan jahat penuh kenakalan mula muncul di bibir Taehyung. 

Jimin dan Mai hanya diam membatu. Sesekali Mai memandang wajah Jimin yang duduk di tepinya. Terus diteguk laju air pepsi yang dipegangnya. " Lain kali jangan keluar seorang diri malam-malam cam gini. "

" Tapi aku dah biasalah. Jangan risau. " kata Mai perlahan tanpa melihat wajah Jimin. " Ye, aku tahula yang kau ni ganas semacam. Garang pulak tu tapi semuanya boleh berlaku dalam sekelip mata je. "

" Aku kuatl─ "

" Shh..boleh tak kau dengar cakap aku. Haritu, kitaorang dah dengar cakap korang. Nak rumahlah, peti sejuklah. Macam-macam.. " kedengaran tawa kecil Jimin di penghujung kata-katanya.

Mai menjengilkan anak matanya ke arah Jimin. " Cool apa kitaorang. Mana ada perempuan lain berani cam gitu. " kata Mai dengan megahnya. Jimin hanya membuat mimik muka ' eleh.. '

" Tak kesahlah. Yang pasti, aku nasihat ni sebagai kasih sayang untuk kau okay? Muah muah muah muah muah! " Jimin meniru gaya DSV dalam lagu I Am Me. Maka, terburailah gelak tawa dari mulut Mai melihat gelagat pakcik pendek itu.

" Kalau nak pergi mana-mana ajak aku. Bye! " tambah Jimin sambil tangannya laju merampas air tin pepsi di tangan Mai sebelum berlari pergi. " YAH! AIR AKU! "

Sementara itu, Jungkook terus duduk di seat depan kereta milik BTS sambil mendengus kasar. Sesekali dia mengerling ke arah Namjoon yang sedang mengiringi Jia menuju ke kereta.

Sesudah sahaja Namjoon mengambil tempat di driver manakala Jia duduk di belakang, Jungkook terus bersuara dengan nada yang dingin. Namjoon terus memainkan peranannya memandu untuk pulang ke rumah.

" Kau ni tak habis-habis buat hal. " Jungkook berkata sambil menepuk dahinya beberapa kali. Geram. " Alaa, sorrylah. Manalah aku tahu kaki aku nak sakit camni. " kata Jia sambil kedua jari telunjuknya dilaga-lagakan.

" Kitaorang ni idol. Sasaeng fans ada kat mana-mana jer tau tak? Kena serang, mampus terus. Sedih ARMY aku nanti. "

" Hish, yelaa aku tahu. Orang dah mintak maaf, maafkan jelah! " marah Jia kembali. 

" Bla bla bla bla.. " ejek Jungkook perlahan.

" Dah dah. Bergaduh je korang ni. Jia , sampai rumah terus rehat. Nanti aku sediakan ubat. " celah Namjoon yang dari tadi diam membisu. Jungkook terus memeluk tubuh.

" Aaa, baiklah. Gomawo! " kata Jia ceria. Sempat lagi dia menjelirkan lidahnya ke arah Jungkook dari belakang. Nasib baik Jungkook tidak dapat melihat perbuatannnya.

" Jom layan radio ni dulu! " laung Namjoon dengan penuh semangat. Namjoon terus meninggikan volume radio itu.

" TAKE IT OFF, NOW GIRL~ JUST TAKE IT OFF. IM A MASTER, BABY, WITH YOUR BR- " Namjoon terus mematikan radio. Jungkook hanya tersenyum nakal memandang Namjoon yang sudah pun panik. Namjoon terus meletakkan jari telunjuknya di bibir sebagai tanda arahan untuk Jungkook supaya mendiamkan diri.

" Wae? Lagu apa tu? Kenapa tutup radio? Baru je syok nak dengar. " Jia menjuihkan bibirnya.

" Entah, hyung! Jungkook rasa lagu tu best laa " kata Jungkook sambil tergelak kecil. Seronok mengusik hyungnya.

" Tak! Tak! Lagu tu tak best pun. Lagipun, budak kecik tak boleh dengar. " Namjoon berkata dengan cemasnya. Dia memandang tajam ke arah Jungkook yang sudah pun gelak terbahak-bahak.

ㅡkarya admin k

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now