17 ┊ PERCUTIAN JEJU

107 9 1
                                    

"Aku tengah tengok Ong Seongwoo ni ha! dari kumpulan wanna what..eh- wanna one! Comel gak.." gagap Mai membuatkan Jimin tersenyum senget kerana dia sudah mendengar suara gadis itu yang cuba menyanyi lagunya sebentar tadi. 

"Oh yeke? Seongwoo tu pun nyanyi lagu Serendipity? Wah!" sindir Jimin lalu mendekatkan diri ke arah Mai yang sudah mula gugup.

"Mestilah! Dia cover lagu ni! Nyanyian dia rasanya better dari yang asal.." Maj mereka cerita. Matanya memandang pada kakinya untuk mengelak daripada mata Jimin kerana Jimin sedang merenung matanya tepat.

"Uish uish pasangan hangat di sana~" usik Chae membuatkan Jia yang berada di sebelahnya terkekek gelak. Jimin dan Mai segera mengalih pandangan ke arah kedua-dua gadis itu, malu. "Kitorang tengah berbincang pasal destinasi melancong cuti ni. Datang ke ruang tamu cepat! Simpan kemanisan tu sebentar lagi ye~" Jia pula menyambung dengan nada mengusik. 

Chae dan Jia kemudiannya beredar ke ruang tamu.

Jimin dan Mai? Mengerling ke arah satu sama lain buat seketika lalu turut mengikuti.

"Oi kau buat apa berduaan ha?" tegur Hoseok sambil menyilangkan kakinya seperti seorang bos. Kakinya diturunkan semula apabila Mai memberi jelingan setajam pisau. Air liur ditelan. Mak aih.

"Baiklah, jadi destinasi percutian kita kali ini ialah di Jeju!" sorak Jin. Ahli yang lain turut bersorak keriangan. Bukan selalu dapat bercuti. Ahli BTS kali ini berpeluang kerana shooting untuk muzik videonya iaitu DNA telah tamat.

"Agak-agaknya makanan kat sana sedap tak?" ujar Chae sendiri, mengelamun.

Yoongi mengerling ke arah gadis yang kuat makan itu. Geram sungguh kerana bantal kegemarannya masih belum dipulangkan.

"Ada pergi tempat mandi tak?" tanya Jia. Tak lengkap kalau tak pergi mandi kerana percutian yang menyegarkan ialah apabila ada aktiviti air!

"Belum pasti lagi.", Jin memberi respons, tangannya berada di bawah dagu. Berfikir keras.

"Tak sabar nak tengok kau pakai baju renang.", ujar Jungkook lalu mengenyitkan mata kepada Jia. Gadis yang mula berasa malu itu, menghempuk belakang Jungkook dengan agak kuat. Jungkook mengaduh; kesakitan. Padan muka.

SKIP TO THE DAY

"Woi Chae!!! Kau tengah buat apa ha?!? Dah lambat dah kita ni!!" jerit Yoongi, suara separa serak. Yelah, suara rapperlah katakan. Chae yang sudah hampir siap mendandan rambutnya, segera mengangkat bagasinya dan bergegas keluar sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Nak kata pakai make-up pun tidak tapi bersiap tu macam nak rak!" bebel Yoongi. Chae menjuih bibirnya, merajuk. Taehyung pula mula membantu Chae mengangkat bagasi ke bonet kereta.

"Okei dah dah. Ada benda tertinggal tak?" Jin sebagai ketua kumpulan ingin memastikan segala kelengkapan dibawa. 

"HALAMAK! KEJAPPP!!" Jia berkata sambil menepuk dahinya menandakan ada barangnya yang tertinggal. Jungkook hanya melihat budak itu berlari tergopoh-gapah ke biliknya.

"Tertinggal baju renang ke?!" jerit Jungkook.

Jia terhenti di separuh jalan dan melaung kembali, "DIAMLAH BYUNTAE!!!!'

Mai dan Namjoon menepuk dahi serentak. Sementara yang lain sudah terbahak-bahak gelak.

10 MINIT KEMUDIAN..

"Ish sempitlah! Sanalah sikit! Kepitkan kaki!" bebel Mai kepada Jimin apabila lelaki itu mengambil ruang yang besar untuk duduk. Mereka semua terpaksa bersempit kerana ruang yang sangat terhad. 

"Apa kau ingat aku ni perempuan nak kepit-kepit?" Jimin bertanya sinis.

"Memang pun! Pendek wuu!" Mai menyindir dan pantas menjelirkan lidahnya kepada Jimin.

"Halah halah pasangan pendek ni.." Chae mencelah, tersenyum nakal.

"Kau tu macamlah tinggi sangat." Jimin membidas. Dengan itu, perang dunia ketiga mula tercetus. 

ㅡkarya oleh KlHYUNlVERSE

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now