25 ┊ KOMA

98 10 3
                                    

Suasana di ruang itu sangat sunyi. Semua kelihatan sedih , penat , terkilan , terkejut dan macam-macam perasaan yang ada.

Hoseok yang duduk di sebelah pintu menundukkan kepalanya di tangannya. Sudah beberapa kali Namjoon memujuknya supaya duduk di kerusi namun di tolak.

Chae memandang lantai dengan riak wajah ' unbelievable ' dan badannya di peluk erat oleh Taehyung.

Mai , Jimin dan Jin sudah ke tingkat lobi untuk membeli beberapa snek dan air tin , juga untuk membayar kos Yoongi.

Jia yang sudah lama dibuai mimpi di dalam pelukan Jungkook masih tidak bangun kerana keletihan.

Tiba-tiba seorang doktor yang dipertanggungjawab untuk merawat Yoongi keluar daripada bilik bedahan tersebut membuatkan semua orang terbangun kecuali Jungkook dan Jia.

Muka beriak serius membuatkan Semua yang berada di situ risau dan takut. Tepat pada masa sebelum doktor itu memberitahu status yang terkini, Jin , Jimin dan Mai kembali dari tingkat lobi.

Doktor itu menarik nafas sebelum memberitahu kesemua info kepada mereka.

" Yoongi dalam keadaan stabil .. cuma dia masih belum sedar dari koma . Bahagian yang luka di kepalanya sudah pun dirawat . Tiada tulang yang patah dan itu sahaja buat masa sekarang. " kata doktor sambil melihat kami satu persatu.

" Boleh kami masuk ?" tanya Chae. Doktor itu mengangguk kepala berserta senyuman sebelum berlalu pergi.

Chae orang yang pertama sampai di tepi katil. Kelihatan muka putih lelaki itu pucat . Sekali lagi Chae menitiskan air mata . Taehyung hanya mampu memeluk erat bahu Chae ke dalam dakapannya.

Kring ! Kring !

Telefon Namjoon berbunyi menandakan panggilan masuk. Dia meminta diri untuk keluar dari bilik tersebut untuk menjawab panggilan.

Sebaik sahaja Namjoon keluar , Jungkook dan Jia pula memasuki bilik itu. Jin mengagihkan beberapa paket snak kepada setiap seorang. Chae yang biasanya laju bab-bab makanan ni langsung sudah tidak hirau tentang makanan. Taehyung sudah beberapa kali memujuknya tetapi tetap di tolak.

Mai meminta diri untuk ke tandas seketika dan tanpa dia ketahui Jimin mengikut dia dari belakang . Setelah Mai dan Jimin keluar , Namjoon masuk ke dalam bilik itu.

" N- ni semua sa-salah aku ... kalau aku t- tak buat rancang yang bukan-bukan me-mesti benda ni tak a- akan jadi " kata Chae sambil tersedu- sedan.

" Chaeng jangan salahkan diri kau "  kata Taehyung yang cuba memujuk. Kelihatan Jin dan Namjoon yang mengangguk tanda setuju.

" Aku yang salah ! Kalau aku tak buat rancangan tu mesti benda ni tak akan jadi dekat Yoongi " kata Chae yang menyalahkan dirinya .

" Kalau kau tak buat rancangan tu mesti kita semua dah mati ! " kata cousinnya dengan keras , Jia.

" Mati sebab tak mencuba .. " sambung Jia lagi.

Sementara itu , Mai tidak berhenti memukul bahu Jimin akibat malu. Mana taknya , boleh pula mamat itu menyanyi sambil menyebut namanya di depan tandas wanita.

" Kau nak apa ha ? Aku nak buang air pun tak senang ! Suka betul kau kacau aku ! Ish benci ah " luah Mai lalu laju mengatur jalan ke bilik dimana Yoongi di tempatkan.

"  Mak aku kata benci- benci lama-lama sayang tau ~ " kata Jimin sambil melompat riang ke arah Mai. Mai membuat mimik muka menyampah ke arah Jimin.

" Sayang ? Euw baik aku sayang Jin daripada sayang kau " kata Mai . Tiba-tiba langkah Mai terhenti apabila terasa tangan seseorang memegang tangannya. Mai memalingkan wajahnya ke arah Jimin.

Lalu tubuh Mai di peluk erat oleh Jimin. Jimin membisikkan sesuatu sebelum dia meleraikan pelukan itu lalu berlalu pergi ke wad Yoongi.

Terkaku Mai di situ bersama mukanya yang merah padam dan otaknya cuba untuk menghadam perkataan yang diluahkan oleh Jimin.

karya oleh changkyeopta-

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now