O8 ┊ DRAMA

140 8 15
                                    

"Chae, masa makan malam dah tiba!" sudah beberapa kali Mai mengetuk pintu bilik Chae tetapi tiada sebarang tindakan daripada gadis yang selalu kecoh pasal makanan itu. 

"Depress ke?" bisik Mai sendiri. Jia kemudian tiba di dalam situasi itu. Dia menepuk bahu Mai dan menunjuk ke arah ruangan dapur. Tercegat Chae menunggu makanan yang dimasak oleh ahli yang paling tua dalam BTS  iaitu Jin. 

"Kawan kau tu menyeramkanlah, dari pukul 7 dia dah ada kat situ." kata seorang namja secara tiba-tiba, mengejutkan Mai dan Jia iaitu Hoseok. Jia tergelak kecil sambil matanya tepat ke arah Chae yang menongkat dagu di meja makan.

"Maaflah tapi kawan yang kau tengah mengata tu sepupu kami dan dia memang no. 1 bab makanan." balas Jia dan Mai mengangguk. Mereka berdua meninggalkan Hoseok dan menuju ke arah Chae.

Mai sedikit malu-malu kerana lelaki yang memberinya headphone pink itu sedang memasak berpakaikan apron pink, dipanggil Jin oleh membernya. Walaupun begitu, dia kuatkan semangat. "Yo! awal seperti biasa eh?" gurau Mai lalu menepuk bahu Chae perlahan.

Jia mengambil tempat duduk di sebelah Chae dan tersengih. 

"Alang-alang dah jadi perempuan tu, tolong la daku yang dalam kepayahan ni." Jin bersuara, mengundang degupan jantung yang kencang oleh Mai. Jia dan Chae yang memang jarang menyentuh alatan dapur ini hanya menarik diri secara senyap. Walaupun Chae ni kuat makan, tetapi makan jelah. Takde cakap pun masak kan?

Menjadi yang paling tua di dalam sesebuah kelompok, Mai serta merta menawarkan diri kerana nampaknya dia sahaja yang agak berbakat dalam kerja rumah. 

"Eh awakㅡ" Jin kelu seketika melihat wajah Mai, teringatkan kembali memori semasa mereka bertemu di kedai muzik. Pada masa perkenalan awalnya, lelaki itu tidak berapa mengecam wajah wanita itu kerana Mai mengenakan kaca mata hitam.

"Err, ye nama saya Mai. Awak Jin kan?" Mai sedaya upaya membuang rasa tidak selesa. Jin tersenyum lebar dan mengangguk.

Maka tanpa melengahkan masa, mereka mula membuat kerja. Jin hanya memerhati setiap pergerakan Mai bagi memastikan caranya betul. "Pandai jugak awak masak eh? Walaupun masa di kedai, awak tak begitu feminin." Jin memuji sambil bergurau.

"Awak nampak pisau ni?" Mai menyoal dan merenung ke dalam anak mata Jin.

Jin tersenyum lemah dan terus menyambung kerjanya. Fuuh, garang!

"Hyung, tak siap lagi ke makanan?" seorang namja yang tidak berapa tinggi, merungut. Mai memandang wajah lelaki itu sekilas lalu menyambung kerjanya.

"Yah Jimin, tak nampak ke hyung tengah memasak ni? nanti siaplah! sabar boleh tak bla bla bla bla bla" bebelan Jin memenuhi ruang dapur manakala hujan juga mencurah-curah ke atas muka Jia dan Chae hasil daripada bebelan itu. Naik angin, Mai melagakan kepala Jimin dan Jin.

"Dah habis?" 

SKIP

"Terima kasih atas makanan ini!" Jungkook berkata riang dan yang lain turut berterima kasih dengan riak muka yang sangat gembira kecuali Jin dan Jimin yang masih dalam kesakitan akibat hantukan daripada Mai.

Mata Chae ligat menangkap beberapa makanan yang dia sukai. Dengan sepantas yang mampu, dia cuba mendapatkan Jjokbal dan Bossam. Namun, sebaik sahaja dia mengepit daging hidangan tersebut, terdapat dua lagi chopsticks yang berebut dengannya. Dia mengangkat mukanya untuk bertentang mata dengan pesaing lama serta pesaing baru, yang bernama Taeyung? Payung? Apa entah.

Chae tidak mahu fikir lagi. Daging itu mesti jadi miliknya! 

Ahli yang lain hanya memerhati perlawanan chopsticks antara mereka bertiga dan akhirnya, mereka mendapat bahagian masing-masing setelah diketuk dengan kuali Jin edisi terhad.

Dengan itu, makan malam mereka berakhir dengan kesudahan yang damai walaupun bukan pada Chae.

Disebabkan Jungkook, Namjoon dan Jia kalah dalam permainan osom, mereka bertiga telah ditugaskan untuk mencuci pinggan. Jungkook mengeluh panjang.

"Oi, basuh semua ni. Ni kan kerja perempuan." kata Jungkook.

"Eeeh? Kerja mencuci pinggan bukan untuk yeoja je kay?" Jia segera membantah.

Namjoon yang malas melayan kerenah mereka, memulakan tugasnya. PRANG!!

"Encik Converse High!!" Jia melatah apabila Namjoon memecahkan pinggan yang dia cuba basuh. Jungkook memandang gadis itu dengan pelik dan segera menolong Namjoon mengutip serpihan pinggan yang pecah. 

"Ehh, Converse High tak apa-apa?" Jia bertanya, bimbang. Pada masa yang sama, dia keliru jika dia patut memanggil Namjoon, Namjoon kerana lelaki itu agak berusia berbanding dirinya yang muda setahun daripada Jungkook.

"Yep, dan kan saya dah suruh panggil saya Joon. Atau Namjoon oppa pun boleh." senyuman yang menampakkan lesung pipit itu muncul. 

"Tak payah nak buat drama cliche kat sini" Jungkook menegur lalu membuat tugasnya. Jia menjelir lidah kepadanya apabila lelaki itu berpaling. Dengkilah tu!

ㅡkarya admin c

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now