28 ┊ MENGELIRUKAN

91 6 0
                                    

" Kenapa kita datang korea eh sebenarnya ?" tanya Chae semasa mereka bertiga berehat di kolam renang. Sementara BTS sedang bekerja mereka mengambil kesempatan ini untuk mandi di kolam.

" Tak kan dah lupa ? Kita datang sini sebab kita sambung belajar kat sini. Mai dah habis sejak dua tahun lepas. Chae dengan Mai habis belajar tahun lepas. Jia tahun ni baru habis belajar. " terang sini maknae itu pada Chae.

" Mai rasa .. lepas je Jia habis belajar kita terus balik tanah air kita .. " cadang Mai.

" Betul tu , Chae tak nak lah bebankan diaorang lagi .. Tapi tahun depan tu macam lama sangat " kata Chae.

" Kita pindah keluar ?" kata Jia yang setia memandang kakinya yang direndam di dalam kolam.

Krek !

Pintu rumah banglo itu di buka oleh Namjoon. Masuk je rumah tu mereka semua macam tercari-cari sesuatu . Keadaan rumah tu sunyi sangat . Mata mereka semua mula membulat lalu berlari mencari sesuatu di setiap pelosok rumah.

" Mana pulak diaorang pergi ?! " risau Namjoon yang tengah mencari di setiap bilik.

" Korang !! turun sini !" kedengaran suara Seokjin menjerit dari arah dapur.

" Apa dia hyung ?" tanya Jimin sambil tercungap-cungap. Mereka semua mengalihkan pandangan dari Seokjin ke arah meja makan.

Makanan sudah terhidang .. masih panas . " Diaorang tak jauh dari sini cepat cari ! " Arah Yoongi yang kelihatan seperti hilang bini .

Mereka berpecah lalu mula mencari kembali. Taehyung , Jimin dan Jungkook . Manakala Namjoon dan Hoseok , Yoongi dan Seokjin.

" Weyh , kenapa Yoongi hyung nampak macam dah pulih ingatan ?" tanya Taehyung yang sedang mencari di sebalik semak.

" Tula pasal , muka dia habis berpeluh .. dia dah ingat ke ?" tanya Jungkook yang sedang membuka penutup tong sampah.

" Manalah aku tahu .. tapi memang hairan , dia mana pernah nak risaukan tiga orang budak tuh " kata Jimin yang sedang melihat sekeliling.

Selepas berjam-jam mencari mereka memutuskan untuk berehat sekejap. Dah pukul 11:30 malam nih .. makan malam yang di hidangkan pun tak di usik.

" Beg baju diaorang semua masih ada ... kasut je takda " kata Namjoon yang mula merebahkan badannya ke atas sofa.

" Kalau apa-apa terjadi kat diaorang macam mana ?" tanya Hoseok cemas.

" Mesti Jaseyy marah punya .. Jaga tiga budak hingusan pun tak lepas .. hadoi " kata Taehyung yang mula facepalm diri sendiri.

" Ish kau nih ! " Hoseok mengetuk kepala Taehyung menggunalan remote .

" Annyeong ~ " suara perlahan menyapa di hadapan pintu rumah yang sudah terbuka.

" Jia !!! " melompat Jungkook dari sofa lalu memeluk erat Jia sebaik saja dia melangkah masuk . Terangkat kening Jia yang tak berapa berbulu itu.

" My love ! " Jimin juga turut serta berlari ke arah Mai yang masuk ke rumah itu selepas Jia. Merah padam pipi Mai tahan dek malu .

" Chae !! " Yoongi dan Taehyung bangun serentak dan segera berlari ke arah Chae . Mereka memeriksa jika Chae ada terluka. Chae bingung. 'Yoongi ni dah sembuh ke?'

" Eh eh dah kenapa nih ?" tanya Jia yang cuba menolak dada Jungkook . Cubaan itu sia-sia kerana Jungkook lagi mengeratkan pelukan tetapi hanya sementara apabila  Namjoon datang mendekati mereka lalu menolak Jungkook kebelakang dan memeluk Jia pula.

" Eh , sana lah pendek. Nak aku mati ke ? " kata Mai yang sudah tak cukup oksigen . Seokjin meleraikan pelukan itu.

" Duduklah dulu nanti kitaorang cerita " kata Seokjin kepada mereka bertiga. Mai , Chae dan Jia segera mengambil tempat duduk di sofa.

" Kenapa korang tak makan lagi ? Penat tau aku masak !" kata Mai yang perasan makanan di meja makan tak di sentuh , usik mahupun di makan.

" Entah , penat je aku google segala juadah semata-mata nak masak untuk korang  " kata Chae sambil menjeling mereka semua.

" Kalau tahu lah diaorang tak makan , baik Jia makan je tadi " kata si maknae itu pula.

" Sebab korang lah kitaorang tak makan malam . Tahu tak bertapa risaunya kitaorang tadi .. dari pukul 7 sampai pukul 11 batang hidung korang tak nampak pun. " kata Yoongi yang menarik nafas lega sedikit. Mereka bertiga sedikit terkejut tapi cuba mengawal riak muka.

" Entah mahu gugur jantung abang Jimin tengok Mai takda " kata Jimin dengan dramatiknya.

Kepuk !

Satu bantal gebu melayang ke arah kepala Jimin. " Hadoi !! "

" Padan muka " kata Mai di iringi gelak tawa Chae dan Jia.

" Korang pergi mana tadi ?" tanya Hoseok lalu menghentikan gelak tawa dua gadis itu. Kerisauan yang melanda BTS tadi hampir membuat Hosoek menangis memikirkan apa akan terjadi jika gadis-gadis itu hilang. Apa akan jadi dengan hubungannya nanti .. kalau gadis-gadis itu hilang ..

" Kitaorang ... humm... " kata Jia yang waspada sambil melihat ke arah unnie-unnie nya dan ke arah BTS. Menipu ? Jujur ? matanya mencari jawapan pada mata Chae dan Mai.

" Kitaorang pergi jalan-jalan area ni. " kata Chae cuba tutup gugup Jia dengan pembohongan .

" Sampai pukul 11 malam ? Dah giler ke apa ? " terkejut Taehyung.

" Kawasan ni besar , lagi pun dah lama kiraorang tak pergi bersiar-siar . Depan tu ada taman tasik , dah la lawa , ais krim sedap , banyak taman mainan , ada basikal dan banyak orang yang handsome pulak tuh , pergh tak kuat iman " terang Mai sambil tersengeh. Chae dan Jia juga turut tersengeh akan penipuan yang terbaik penah Mai lakukan.

Bukanlah menipu sangat pun. Memang terdapat tempat sebegitu berhampiran rumah mereka tetapi mereka tipu berkenaan keberadaan mereka di situ.

" Hek eleh " serentak Taehyung , Jimin dan Jungkook menjeling .

" Dah lah , jom makan . Aku lapar nih " kata Chae lalu bangun ke dapur. Yoongi menggeleng kepala melihat perangai Chae yang obses dengan makanan.

karya oleh changkyeopta-

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now