26 ┊ PURA-PURA

91 8 4
                                    

Siang berganti malam, malam berganti siang, tidak putus-putus ahli yang menjenguk Yoongi terutama Chae kerana perasaan bersalah masih menebal di dalam dirinya. Badut-badut pembunuh semua sudah dilaporkan masuk ke lokap dan akan dibincangkan ke mahkamah mengenai hukuman yang sewajarnya dijatuhkan. Jia mengusap belakang Chae yang duduk membongkok, kepala dipekup di sisi katil di mana Yoongi terbaring.


"Dah dahlah tu salahkan diri kau.." pujuk Jia walaupun dia tahu yang sepupunya itu akan terus berasa bersalah.


"U-uhm.." kedengaran suara yang ditunggu-tunggu menusuk ke dalam telinga Chae. Kepalanya didongakkan untuk melihat Yoongi yang sudah mencelik matanya setelah 2 minggu tidak menyedarkan diri. Percutian yang hanya sekadar 4 hari 3 malam itu dilanjutkan hingga kini kerana pihak hospital di Jeju tidak membenarkan Yoongi pulang sehingga dia menyedarkan diri.


"Kau sedar, akhirnya!" sorak Hoseok dengan penuh ceria.


Ahli yang lain semua mengempung Yoongi membuatkan lelaki itu rimas. "Korang dah kenapa? Aku baru bangun tidur je kan? Dah overreact tu kenapa?" bebel Yoongi, berusaha melepaskan diri.


"Tidur kau cakap? Ha'ah memang tidur, tidur sampai 2 minggu!" celah Jin, seperti seorang emak. 


"Aku kat mana?" tanya Yoongi dan memandang mereka semua. Sebaik sahaja dia menoleh ke arah sekumpulan geng gadis tersebut, dia mengerutkan dahi. "Diorang ni sape pulak?"


Mata Chae yang dianggap seringkali seperti tidur, mula membesar. Taehyung dan Jungkook saling memandang satu sama lain, agak terkedu. Begitu juga Jia dan Mai.


"J-janganlah buat lawak..." bisik Chae sedikit geram. Tangannya dikepal.


"Mungkin kau perlukan banyak rehat lagi." ujar Namjoon dan semua ahli mengangguk. Dengan itu, mereka bertindak memanggil jururawat lalu membuat keputusan untuk pulang ke hotel buat seketika. Chae, Jia dan Mai turut mengikut sama. Sebelum melangkah keluar, Chae sempat mengerling ke arah Yoongi. Mereka bertentang mata tetapi pandangan Yoongi hanyalah kosong. Seolah-olah mereka tidak pernah kenal.


Gadis itu tersenyum kelat. 'Ini semua salah aku.'




~

Semasa perjalanan ke rumah, suasana di dalam kereta sungguh sunyi. Barangkali masih memproses apa yang berlaku di hospital sebentar tadi. Jin mengeluh kecil. Jarang sekali untuknya mengeluh.


"Joon yakin dia akan ingat balik." sampuk Namjoon, cuba menyedapkan hati.


"Tapi..kalau dia tak ingat apa yang berlaku, baguslah. Tak payahlah kau rasa bersalah lagi, Chae." giliran Hoseok berkata yang langsung tidak membahagiakan gadis tersebut. Taehyung yang sedar riak wajah Chae yang mula bertukar sedikit sedih,  melepuk kepala Hoseok dari belakang. Chae tersenyum kelat, sekali lagi.


"Janganlah risau Chae. Kita sama-sama berharap Yoongi pulih, okay?" Mai cuba menerangi suasana dengan positif. Jimin yang bangga dengan kekasihnya itu, meletakkan lengannya pada bahu Mai sambil tersenyum.


"Ehh rimaslah. Main sana!" marah Mai yang sebenarnya hanya malu kerana teringat kata-kata Jimin. "Tak kira kau suka aku atau Jin yang lebih, tapi aku cakap ni sekali je. Aku sayang kau and you got the best of me."


Masih segar di dalam minda Mai berkenaan peristiwa itu. Pipinya mula kemerah-merahan.


Manakala pasangan maknae hanya terdiam. Jungkook mula beremosi apabila mengenangkan kenangan bersama Yoongi ketika menjadi rakan sebilik. Yoongi yang berperangai agak dingin itu sungguh baik terhadap Jungkook. Jia yang menyedari Jungkook yang mendiam sepanjang perjalanan itu berasa aneh kerana Jungkook akan sentiasa mengusiknya.


Gadis itu perlahan-lahan membawa tangan kecil itu kepada tangan Jungkook dan menggenggamnya erat. Memandangkan mereka bertempat di kerusi belakang, tiada siapa yang perasan. Jungkook tersentak lalu memandang tangan mereka. Jia langsung tidak menoleh ke arah Jungkook dan berbuat tidak tahu sahaja.


Seperti memahami apa yang Jia cuba perkatakan, lelaki itu melentok kepalanya di atas bahu Jia dan memejam mata. Semua kerisauannya berkurang. Dia berasa sedikit tenang. Akhirnya, kedua-dua mereka terlelap.


~

Sementara itu, Yoongi yang masih terduduk di atas katilnya merenung pada siling. Warnanya putih dan kosong. Lelaki itu mengeluarkan keluhan kecil. Dia berasa agak bersalah kerana berpura-pura koma untuk dua minggu. Sepatutnya dia sudah tersedar pada hari yang ke-12 tetapi dia masih belum bersedia.


Yoongi sering mendengar rintihan daripada Chae yang kesal atas apa yang terjadi. Lelaki itu tidak mahu bersemuka dengan gadis itu sekiranya gadis itu masih berasa bersalah atas kecederaannya yang dia anggap remeh. Maka dengan itu, Yoongi mengambil keputusan untuk berpura-pura tidak mengenali atau mengingati kumpulan gadis itu agar rasa bersalah Chae hilang.


Namun begitu, apabila dia bertembung mata dengan Chae, dia dapat merasakan tindakannya hanya menyedihkan gadis itu. Rambut Yoongi dikusutkan. Betul ke apa aku buat ni?

karya oleh KlHYUNlVERSE

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now