O6 ┊ UGUTAN

150 9 10
                                    

" Muahahaha! Kita dah kaya!! " kata Mai sambil menghayunkan black card ke atas udara. Senyuman lebar sampai ke telinga bagaikan joker mula terpapar pada wajah masing-masing. "By the way, bila masa kau curi kad dia tu? Chae tak tahu pun.." 

" Ini Jia lah. Semua benda Jia boleh buat punya! " pantas sahaja Jia membalas pertanyaan Chae sambil mendabik dada. Megah.

" So, bolehlah kita belanja sakan satu mall esok guna kad ni! "

" Aippp! Tak boleh. " Chae dan Mai terus memaparkan muka kosong kepada Jia. " Duh, kenapa pulak? "

" Susah nak uruskan hal-hal pembelian melalui kad ni tambahan lagi kita bukan korean. " Mai mengangguk setuju dengan kata-kata maknae itu.

" Betul jugak tu! Lagipun, kita perlukan rumah dan kereta sendiri. Taknak dah menyusahkan Jaseyy lagi. " celah Chae.

" Sebab tu lah kita tak payah guna kad ni! Semua yang diinginkan akan diperolehi dengan serta-merta dengan cara.... " Jia tersengih jahat seketika.

Mai dan Chae saling memandang antara satu sama lain sebelum masing-masing membulatkan mata dan berkata dengan serentak.
" UGUTAN! "

SKIP

Bang PD-nim hanya mampu meraup mukanya, masih tidak percaya bahawa 3 orang gadis di hadapannya berani membuat ugutan yang pelik dan merbahaya.

" So, macam mana? Setuju tak? " Mai bertanya sambil bulu kening diangkat beberapa kali memandang wajah tampan Bang PD-nim.

" Tak susah pun. Hanya sebuah kereta dan sebuah rumah yang besar berserta kolam. Tak lupa jugak, peti sejuk yang dipenuhi makanan! " gambaran makanan mula berterbangan di setiap sudut kepala Chae.

" Kasut berjenama jugak! "

" Koleksi headphone sekali! "

" Kalau tak, kad hitam yang tidak terkira nilai duitnya ni akan kami bakar. So, tak boleh guna sebab cip kad hitam ni rosak haha. " Jia tersenyum sinis.

Ahli BTS yang berdiri jauh di belakang hanya dapat menggelengkan kepala sahaja. Jungkook hanya diam tidak berkutik memandang kad hitamnya yang dipegang Jia. Mungkin risau.

Chae mula mengetap bibirnya geram apabila Bang PD-nim dan ahli BTS hanya mendiamkan diri. " Cepatlah cakap! Ke nak kami suruh sasaeng fans datang sini serang BTS? "

Satu keluhan berat kedengaran dari Bang PD-nim. Perkara sebegini memang tidak boleh dipandang remeh. Mau lenyek BTS dikerjakan sasaeng fans nanti. Dia memandang ahli BTS buat seketika sebelum mengangguk perlahan. " Baiklah. Kami setuju. "

Maka, berbungalah hati 3 gadis yang tercegat disitu bersama senyuman sinis di bibir.

ㅡkarya admin k

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now