22 ┊ BADUT

90 10 1
                                    

" Korang bawak bertenang boleh tak !" jerit Namjoon yang serba-sedikit sudah hilang sabar . Mana taknya , ada yang menangis ada yang berpelukan dan macam-macam lagi. Macam dekat hospital gila dah suasana dalam bilik hotel itu.

" Macam mana nak sabar hyung .. hiks .. Jin hyung dah hilang " tangis Jimin sambil memeluk bantal kecil bukan miliknya .

" Dia dah besar .. pandai la dia jaga diri " kata Yoongi yang cuba untuk menyenangkan hati semua orang di situ termasuk dirinya.

" Be-betul kata Yoongi tu " setuju Mai yang berada di sebelah Chae.

Ting ! Tong !

bunyi loceng pintu di tekan. Semua perhatian ke arah pintu itu. Hoseok menolak bahu Jia untuk menyuruh dia membuka pintu.

Jia bangun dari tempat duduknya lalu pergi ke arah depan pintu lalu menekan alat seperti CCTV di sisi pintu untuk melihat siapakah gerangan itu.

" Sapa tu Jia ? " tanya Namjoon dengan nada berbisik sambil berjalan ke arah Jia. Kelihatan Jia yang terkejut berpaling ke arah Namjoon.

" Jin oppa ada kat luar .. " kata Jia yang ingin membuka pintu tapi segera di tahan oleh Namjoon.

" Kalau dia tu sebenarnya badut yang menyamar jadi Jin hyung macam mana ?" kata Namjoon . Nonsense la dia ni .. bisik hati Jia lalu membuka pintu.

" Kenapa lambat sangat bukak, penat aku tunggu kat luar " kata Jin hyung yang mula masuk ke dalam ruang itu. Dia terus berlalu ke arah ruang tamu.

Jia dan Namjoon mengintai keluar sambil melangkah beberapa langkah keluar.

Sementara itu , keadaan di ruang tamu penuh dengan rasa lega dan gembira. Semua ke arah Jin untuk berpeluk.

" Kook dan Chim ingat hyung dah tak da !! hiks hiks .. " tangisnya dan jimin seperti budak kecil sambil memeluk Jin. Tergelak Mai dan Chae dibuatnya.

" Ish korang ni macam budak keci- " kata Jin terhenti apabila Jia dan Namjoon menjerit berlari ke dalam ruang itu.

" Korang dah kenapa ?" tanya Hoseok.  Muka Namjoon dan Jia kelihatan pucat .

" Ba-badut tu- " belum sempat bercakap mereka berdua sudah pengsan serentak.

Membulat mata semua di situ apabila dengar perkataan 'badut'. Yoongi dan Hoseok segera mengunci segala pintu & tingkap di situ.

Manakala ahli bts membawa Namjoon ke atas sofa dan Chae dan Mai membawa Jia ke atas katil.

Semasa mereka sibuk untuk menyedarkan Namjoon dan Jia yang pengsan itu , berita di tv telah mengambil perhatian mereka.

" Selamat tengah hari , saya di sini ingin memberi tahu info terbaru tentang pembunuh bersiri berdekatan hotel terkenal di Jeju. Di sangkakan bahawa terdapat seorang sahaja pembunuh bersiri yang sedang berada di situ malam semalam . Namun , terdapat seorang penduduk Jeju telah melaporkan bahawa terdapat lagi 4 pembunuh bersiri yang sedang berkeliaran di hotel itu malam semalam. Jadi semua penduduk sila menjaga keselamatan diri sendiri. "

Mereka semua terkaku dan tergamam akan berita itu. "Maksudnya dah ada lima pembunuh bersiri yang sedang berkeliaran " kata Hoseok.

" Ta- tadi diaorang kata badut .. maybe dia sedang berkeliaran di tingkat ni " kedengaran suara Chae .

" Ye .. kitaorang ada nampak satu kat luar " suara Jia pula kedengaran menyokong kata-kata Chae.

Terbutang luas mata semua yang di situ. " Ka-kau nampak ?" gagap Taehyung. " Aku teka aje , betul ke ni!" kata Chae .

" Korang-korang ... dekat internet dah heboh pasal kejadian ni. Ada yang kata pembunuh tu pernah membunuh sebanyak 100 orang sehari semalam. " kata Mai yang sedang sibuk membaca berita di dalam telefon pintar dia.

" Weyh aku rasa sesak nafas tiba-tiba " kata Jimin yang berpura-pura ingin pengsan. " Ish hyung ni " kata Jungkook yang menolak kepala Jimin dari bahunya.

TOK ! TOK ! TOK!

" Anyone in there ? "

ㅡkarya oleh changkyeopta-

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now