18 ┊ MEMORI

124 10 5
                                    

" Semua, ppalli  turun! Berhenti tidur, Yoongi. Dah sampai dah ni. " Namjoon berkata sambil mengangkat bagasi bajunya. Maka bergegaslah yang lain keluar dari dalam perut kereta dengan keterujaan yang melampau untuk melihat keindahan Pulau Jeju ini.

" Woahh.. cantiknya! " ternganga luas dibuatnya mulut Mai memandang kawasan sekeliling. Sementara, Chae dan Jia mula menyibukkan diri mengambil gambar masing-masing. Bermacam-macam gaya yang dilakukan oleh mereka. Hoseok pula masih lagi tersenyum seorang diri sambil laju menaip sesuatu pada skrin telefonnya di tepi kereta. 

Manakala, maknae line terus menghampiri kedai kecil yang berhampiran yang menjual pelbagai barang. Taehyung dan Jimin telah pun menunjukkan sisi kebudak-budakan mereka apabila mereka bersorak riang melihat banyak pelampung unicorn yang tergantung di hadapan kedai tersebut. Senyuman senget mula terukir di bibir Jungkook apabila matanya meliar memandang baju renang yang dijual di kedai itu. Terus dia memusingkan kepalanya untuk mencari kelibat Jia.

" Woi Jia, jangan risau kalau kau terlupa nak bawa baju renang kau! Kat sini ada jual lah! "  usik Jungkook bersama gelak tawa yang kuat. Jia mula mengetap bibirnya kerana geram dan malu dengan usikan bangang Jungkook itu.

" Jungkook nak belanja! " " Cepat pilih nak warna apa! " celah lagi dua orang lelaki senget yang berada di situ.

" BYUNTAE! " laung Mai dan Chae kepada mereka bertiga demi mempertahankan Jia. Oleh kerana terlalu geram, mereka bertiga terus pergi meninggalkan mereka dan mengikut hyung line ke tempat permainan pula. Sementara itu, maknae line segera mengikuti mereka setelah puas menggelakkan anak-anak dara itu.

SKIP


Chae mula mencuit laju hidung sendiri ala-ala gengster sambil memandang tajam Taehyung yang termengah-mengah menaiki jip besar versi motor yang berada di sebelahnya. Perlumbaan motor yang akan diadakan di tepi pantai ini mula membuatkan semangat dalam diri Chae semakin membara semata-mata untuk mengalahkan mamat bangang di tepinya.

" Alaa.. setakat lawan dengan kau, senang macam korek hidung je lah. " sempat lagi Taehyung membakar hati Chae dengan kata-kata poyonya. " Ha, yela. Tapi kalau kau kalah, ibaratnya kau ni macam telan rasa kemasinan tahi hidung kau sendiri tu balik! " bidas Chae dengan kata-kata yang sangat complicated  tetapi bermakna yang susah untuk difahami oleh orang-orang yang senget otak.

Terkumat-kamit dibuatnya mulut Taehyung setelah terkena panahan kata-kata deep itu. " Okey, kita tengok siapa akan menang nanti. " Chae terus menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata Taehyung itu sebelum memandang ke hadapan untuk fokus pada tiupan wisel.

1! 2! 3! PREETTT!

Chae dan Taehyung dengan serentaknya menekan pedal minyak dan masing-masing memecut laju ke hadapan. Mereka berdua masing-masing menunjukkan skil dalam perlumbaan. Setakat game racing dapat nombor 1, sahkan perlumbaan real. Kedua-dua mereka memang mantap dalam perlumbaan.

Hanya beberapa meter sahaja untuk sampai di garisan penamat. Chae menekan kuat pedal minyak untuk melajukan lagi motor jipnya itu tetapi malang tidak berbau kerana motor jipnya mula bergerak perlahan, bergoyang kuat dan terus berhenti.

" Aishh, kenapa pulak ni?! " Chae menghidupkan kembali enjin tetapi tetap tidak menjadi. " Yeahh aku menang! " kelihatan Taehyung melompat kegembiraan dari motor jipnya setelah sampai di garisan penamat dan mula menghampiri Chae dengan megahnya sekali.

" So, masin tak tahi hidung? " sindir Taehyung sambil tangannya mengetuk perlahan pintu motor jip Chae. " Ish kau diam! "

" Hahaha! Kau kena belanja aku ice cream. Ok, bye Chaeng! " Taehyung terus berlari ke arah motor jipnya untuk kembali ke tempat asal permulaan. Chae mula menepuk dahinya apabila  memikirkan bagaimana dia hendak ke sana juga. " Mampus aku kena jalan kaki.. " Chae berkata sambil mengerutkan dahinya. Terus sahaja dia menekup mukanya di handel motor.

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now