33 ┊ DUGAAN

99 8 0
                                    

" Psst..psst " kedengaran bisikan seseorang dari luar pintu bilik Jia telah menyebabkan tidur Chae terganggu. Gadis itu mula menggeliat malas sambil mendengus perlahan.

Jam di dinding yang menunjukkan pukul 7 pagi itu dikerling sebelum dia bingkas bangun dari pembaringannya. 'Kalau Mai, memang sah pecah muka dia nanti!'

Mana tidaknya, semalam dia terpaksa meraih simpati untuk tidur di bilik Jia apabila si tua itu menghalaunya pada pukul 1 pagi. Kata Mai, dia mahukan jumlah ruang tidur yang besar. Taguna.

Pantas sahaja kakinya mengatur langkah ke pintu dan membukanya, penumbuk gahnya terus dihayunkan ke hadapan.

" Wo wo, rilek. Taulah kitaorang kacau kau tidur. " terbeliak mata Chae apabila melihat Taehyung tercegat disitu dan Jungkook di belakang. Terus ditarik semula tangannya ke bawah.

" Ganas betul hakak ni. " selamba Jungkook berkata sambil matanya meliar ke dalam bilik Jia. Nak intai siapa lagi kalau bukan buah hatinya. Auch.

" What the  korang buat apa kat sini hah?! " kata Chae kalut. Kepalanya disuakan ke luar pintu untuk melihat bilik Jaseyy. Sunyi dan sepi. Mungkin tidur lagi. Fuuh!

" Em saja. Jalan-jalan nak tengok kau. Rindu. " lurus sahaja pandangan Taehyung menusuk ke dalam mata Chae. Begitu juga Chae yang seakan-akan melt dengan kata-kata Taehyung itu. Mata Taehyung meliar memerhati segenap wajah Chae kerana terpegun akan kecantikan gadis itu selepas bangun dari tidur.

" Tak, aku nak tengok Jia. " maka tamatlah drama romantik diantara Taehyung dan Chae apabila Jungkook mencelah lalu si maknae itu pun melangkah masuk ke dalam bilik Jia. Terbatuk-batuk Chae menahan malu manakala Taehyung hanya tersengih. Macam manalah diaorang boleh terlupa tentang kewujudan Jungkook disitu.

Kebetulan gadis kecil molek yang tidur di atas katil iaitu Jia sudah pun terjaga. Dia memisat beberapa kali matanya sebelum melihat sekeliling. Pergh, terkejut gorila dia dibuatnya.

" Jungkook? Taehyung? Korang buat apa kat sini?! Keluar keluar! Pi masuk bilik korang cepat! " Jia terus berdiri sebelum menggerakkan tangannya gaya halau. Parah kalau Jaseyy dapat tahu ni.

Chae yang seperti tersedar kembali ke alam nyata terus membantu maknaenya itu dengan menolak Taehyung yang sememangnya sudah berada di luar.

" AISH! " suara Mai yang agak kuat dari bilik sebelah kedengaran seperti geram seraya itu muncullah dia bersama muka bengisnya sambil menarik telinga seseorang menuju ke bilik Jia. " Ah, appo! "

Mai memberikan jelingan maut kepada Jimin sebelum memandang tepat ke arah dua lelaki lagi. " Pagi-pagi saja je buat aku naik angin satu badan. Kenapa korang menggatal keluar dari bilik korang? Ada kitaorang suruh korang keluar ke? "

Jia memandang unnienya itu dari atas sampai ke bawah. Habis badan berbalut dengan selimut tebal. Biasanya, dia tidak suka menggunakan selimut tebal tambahan lagi musim panas kan sekarang ni?

" Tadi, mamat pendek ni pecah masuk bilik Mai. So, yeahh. " Berkemungkinan sedikit seksi semasa tidur. Mai menerangkan walaupun tidak ditanya kerana dirinya seolah-olah faham akan pandangan Jia itu. Jia dan Chae juga hanya meng 'O' kan sahaja.

" Kenapa kitaorang kena sembunyi? Ada apa sebenarnya yang korang sorokkan dari kitaorang? Apahal ni, Jia? " Jungkook bersuara sambil melihat ke arah Jia meminta penerangan dari gadis itu. Terkumat-kamit Jia hendak membalas tambahan lagi jantungnya sudah berdebar seakan-akan perkara buruk akan terjadi.

" Tak ada masa nak terang bagai. Dah pergi! Pleaselah.. " rayu Chae, sungguh. Jia menolak perlahan Jungkook keluar dari bilik itu manakala Mai sudah menjengilkan biji mata ke arah Jimin menyuruh mereka untuk cepat masuk ke bilik masing-masing.

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now