29 ┊ PUTUS ANGIN

92 5 0
                                    

Chae menjeling Yoongi dengan jelingan aneh apabila lelaki itu langsung tidak merebut makanan buat kali ini. Selalunya dialah orang pertama yang akan memekak kalau gadis itu mengambil banyak mi udon. Mungkin selepas hilang ingatan, minat terhadap makanan pun hilang. Kini, tiada lagi teman gaduhnya. Kalau boleh, dia nak sangat putar masa, dia nak gaduh dengan Yoongi yang bencikan dia lagi.

"Eh by the way apa kata kita semua keluar pergi ke tasik yang korang gegurl pergi semalam esok?" Taehyung bercadang, memecahkan kesunyian. Jimin mengangguk laju dengan mulutnya yang penuh makanan.

"Ish kunyah sampai habis dulu makanan tu!" marah Mai apabila Jimin berkelakuan gelojoh sebegitu. Bibir lelaki itu dijuih manja, tanda merajuk. Jia senang hati di saat mereka semua bersetuju. 'Mungkin dah tiba masa untuk berpisah...timing yang Taehyung cadang tu pun strategik!' bisik hatinya.

Usai menikmati makanan lewat malam, mereka semua bersurai. Hoseok dan Namjoon yang bernasib malang pada malam itu, harus mencuci pinggan manakala yang lain berkumpul di ruang tamu, menonton movie seram. Namun begitu, hanya separuh yang menonton kerana yang lain hanya sibuk melayan media sosial masing-masing contohnya, Chae, Jia dan Mai. Ketiga-tiga gadis itu tidak putus membalas komen masing-masing sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Woi, tengoklah citer ni!" kata Jungkook, nada sedikit tinggi. Tangannya lekas merampas telefon daripada tangan Jia. Mana tidaknya, dia ingin menunjukkan sisi kejantanannya tetapi gadis itu langsung tidak mendapat klu. Apatah lagi, Jia, Mai dan Chae yang sebenarnya memang gemar cerita hantu sehinggakan genre itu sudah naik bosan.

"Ish bak telefon aku balik!" bentak Jia, meregangkan tangannya untuk mencapai telefonnya. Walau bagaimanapun, ketinggian gadis itu sememangnya tidak setaraf dengan Jungkook yang tinggi lampai itu membuatkan dia berasa sangat jengkel. Akhirnya, selepas tiada pilihan untuk dibuat lagi, Jia menggigit lengan Jungkook mengakibatkan lelaki itu menjerit kesakitan.

Berjaya, Jia berlari meninggalkan Jungkook dengan ilauan ketawa. Chae dan Mai saling berpandangan lalu terbahak-bahak gelak.

"Apa gelak-gelak ha?!" Jungkook menjeling tajam. Mereka berdua terdiam, menahan ketawa.

"Kau ni pun satu, Kook. Dah tahu perempuan dalam rumah ni bukan kucing biasa, ada hati nak usik-mengusik." Taehyung mencelah, matanya langsung tidak beralih daripada kaca televisyen. Jungkook akhirnya mengeluh, dia cuma nak bermanja sekali sekala.

Sebaik sahaja movie Annabelle the creation tamat, mereka semua beransur ke bilik masing-masing memandangkan hari sudah larut malam. Jia dan Mai secara sembunyi menuju ke bilik Chae seperti yang dirancang. Kalau dikesan oleh budak-budak lelaki kecoh itu, banyak yang ditanya. Pintu bilik Chae diketuk perlahan. "Psst."

Chae membuka pintu perlahan-lahan, membenarkan sepupunya itu masuk. Jia dan Mai tanpa dijemput, melabuhkan punggung di atas katil Chae.

"So macam mana?" Mai memulakan perbualan.

"Korang fikir tak macam apa yang Jia fikir?" soal Jia, memberi pandangan kepada kedua-dua sepupunya.

"Malam esok, kita bagitahu. Okay? Tadi, Chae dah google tempat-tempat sewa yang murah melalui trivago. Adalah beberapa yang berkenan, area sini-sini jugak." bincang Chae sambil jarinya ligat menaip sesuatu di laptopnya dan menunjukkan imej rumah sewa yang dia berkenan. Mai dan Jia mengangguk setuju, tersenyum.

"Jia harap kita dapaㅡ"

Ting ring ting ring ting ring~

Bunyi video call request dari skype di dalam laptop Chae berdering, memotong percakapan Jia. Mereka bertiga terkedu apabila mendapati orang yang meminta untuk video call itu adalah daripada Jaseyy. Jari Mai lekas menekan accept.

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now