O5 ┊ RANCANGAN

152 9 10
                                    

Mai , Chae dan Jia duduk bersila di ruang tamu, merenung nasib mereka yang jatuh miskin dalam masa yang cukup singkat. Sebatang lilin diletak di tengah bulatan bagi menerangi ruang yang gelap tersebut. Suasana yang panas lagi gelap itu membuatkan mereka mengipas-ngipas diri menggunakan surat khabar dan sebagainya.

"Buruk ni. Kita kena langsaikan bil elektrik. Rasa macam nak cair dah ni!" rungut Jia sambil mengipaskan dirinya dengan menggunakan kipas tangan.

"Tapi persoalannya, macam mana dan di mana kita nak langsaikan hutang semua tu?" Mai bertanya, mengangkat sebelah keningnya.

Chae mengangguk. "Betul juga tu, lagipun Jaseyy yang selalu bayarkan semua bil rumah ni." 

"Jom telefon dia?" Jia bercadang. 

"Tak payahlah. Mesti dia pun serabut dengan kerja kat syarikat pak ngah tu sekarang. Taknak serabutkan diri dia dengan kita." ujar Chae dan Jia mengangguk tanda bersetuju. Mai turut bersetuju kerana siapa sahaja yang tidak kenal sepupu mereka itu? sangat komited dan rajin.

Maka pada malam itu, mereka terus dan terus berfikir cara untuk menyelesaikan masalah bil elektrik yang tertunggak serta cara untuk mendapatkan wang sehinggalah terlena dibuai mimpi. Namun, mereka tidak tidur lena seperti biasa disebabkan oleh kepanasan dan berpeluh. Detik pada malam itu terasa sungguh lama untuk berakhir yang lagi menambahkan seksaan mereka.

KEESOKAN PAGI

" Jia bangun!!" jerit Mai , mengejutkan maknae yang tidur sungguh lena lagi berdengkur dengan rancak itu. Sementara itu, Chae menyediakan sarapan ala-ala kadar iaitu roti gardenia bersama air teh tarik yang dia belajar daripada ibunya ketika di Japan.

"Um..?" gumam Jia sambil menggosok-gosok matanya, masih mamai.

"Bangun, mandi dan makan sarapan." kata Mai ringkas dan beredar ke dapur bersama headphone pink dipakai pada kepalanya. Jia hanya merenung warna headphone itu. Dah jambu ke sepupu aku sorang tu?

Malas berfikir panjang, dia hanya bergegas untuk mandi.

"Dah bangun budak tu?" tanya Chae kepada Mai sambil menyapu susu pada kepingan roti untuk dimakan. Mai yang baru sahaja duduk di atas kerusi itu mengangguk .

"Baru pergi mandi." balas Mai dan mengambil sebalang jem strawberi yang terdapat di atas meja itu. Mereka berdua mula menikmati sarapan pagi dengan penuh senyap. Chae menghela nafas panjang.

"Macam mana ni Mai ? Duit dah habis." rungut Chae apabila memikirkan makanan yang bakal habis dimakannya. Nanti nak makan apa? pasir?? 

Mai mengangkat bahunya dan mempamerkan muka sedih. 

"Tak payah risau! Jia ada satu idea!" tiba-tiba maknae mencelah sesudah siap mandi dan berpakaian. Chae dan Mai hanya memandang Jia dengan mata yang terkebil-kebil. 

"Apa dia?" tanya mereka. Jia kemudian membisikkan cadangannya itu.

"HAH?!"

ㅡkarya admin c

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now