2O ┊ BADUT MISTERI

102 10 2
                                    

"Woi dah sampai, dah sampai! Bangunlah." bunyi suara Jin yang unik itu kedengaran nyaring mengejutkan mereka yang terlelap dalam kereta. Mai tersedar daripada tidurnya dan mengejutkan Jia serta Chae manakala geng lelaki dikejutkan oleh Namjoon dan Jin. #NamJin moment la katakan.


"Wahhh cantiknya hotel ni!" kata Mai dengan penuh teruja. Mata gadis itu bersinar-sinar.



"Dah, jom check in." ujar Hoseok lalu melangkah laju ke dalam hotel tersebut. Mereka semua menurut dari belakang seperti anak itik. Tanpa membuang masa, Hoseok hanya menunjukkan tempahan yang telah dibuat kerana berharap mereka dapat berehat secepat mungkin selepas kepenatan yang dirasa sepanjang bermain di funfair di Jeju.


"APA?!" Hoseok menekan nadanya, tanda tidak percaya. Jungkook hanya mengintai dari belakang.

"Kenapa ni?" Jin bertanya, sudah penat mahu melayan drama. Dia hanya mahu berehat.

"Maaf encik. Tempahan encik ditolak atas sebab sudah ada yang menempah lagi awal daripada encik. Kami ada bilik lebih tetapi tidak pasti jika encik dan cik sanggup berkongsi." pekerja hotel itu menjelaskan masalah teknikal yang dihadapi dengan penuh ramah. Jin dan Hoseok menepuk dahi. Satu sahaja? Takkanlah nak kongsi dengan geng minah sengal tu lak?



"Baiklah."



SKIP

"Ishh, kau tidur bawahlah! Tak reti hormat perempuan langsung!" bebel Chae kepada Yoongi yang sibuk mahu menguasai katil yang terhad di dalam bilik itu. Memandangkan bilik itu berasaskan apartment style, maka terdapat tiga katil sahaja yang disediakan. Namun begitu, satu katil sudah diberi kepada Jin dan Jungkook kerana mereka telah memenangi permainan batu, gunting dan kertas. Manakala satu lagi telah dicop oleh Hoseok dan Namjoon.

"Kau perempuan ke? Tch." sindir Yoongi, sengaja hendak menyakitkan hati perempuan itu.

"Tak guㅡ" ayat Chae terpotong apabila,


"Seorang pembunuh bersiri telah terlepas daripada penjara dan dipercayai telah ditemui di funfair di Jeju menurut beberapa responden. Beberapa mangsa telah mati dibunuh ketika melalui rumah berhantu tersebut. Pembunuh kini masih belum dijejak lokasinya oleh pihak polis. Sekiranya anda ternampak atau terserempak dengannya, pastikan anda melarikan diri. Harap maklum." suara pemberita kedengaran dari televisyen yang memaparkan berita terkini. Mai, Chae dan Jia membuat mimik muka takut kerana badutlah perkara paling menakutkan bagi mereka.

Muka Yoongi terus pucat lesi. Yang putih makin putih macam Juon. Jimin, Taehyung, Hoseok, Jungkook, Namjoon dan Jin yang mendengarnya juga turut pucat. Apakah?


"T-tak mungkin.." Jimin tergagap sambil cuba menenangkan dirinya.


"Nasib baik kita semua lari tadi." ujar Jungkook, menyilangkan tangan pada dada. Ahli yang lain hanya mengangguk tanda setuju.


"Tulah balasan pada orang jahat macam korang! Nasib baik kitorang ada dengan korang, ada ler jugak tuahnya. Kalau tidak hmm.." Chae mula menyindir. Mai dan Jia tergelak kecil.


"Sebab ada kau lah tuah tu takde. Kalau korang takde, takdelah kitorang kena kejar ngan badut." bidas Yoongi membuatkan gadis itu terdiam dalam kegeraman.


Pada malam itu, semua ahli BTS tidak seberapa lena untuk tidur kerana masih risau akan badut pembunuh tersebut. Kenapa masih belum ditangkap? Kenapa boleh terlepas? Macam mana kalau dia merayau di kawasan berdekatan sahaja? Persoalan yang sama bermain di minda mereka. Jungkook yang masih belum memejamkan mata itu dilihat oleh Jin.


"Kenapa tak tidur lagi? Meh Jin hyung dodoikan nak?" sengaja Jin bergurau dengan Jungkook kerana mahu meregangkan ketegangan yang terpamer di muka maknae tersebut.


"Jungkook bukan budak lagilah hyung!" Jungkook merungut. Walau bagaimanapun, Jin tetap mengambil ruang di sebelah Jungkook dan menepuk kaki Jungkook perlahan seperti seorang ibu mendodoikan anak. Selepas beberapa minit, Jungkook tertidur akhirnya. Jin yang mendengar dengkuran perlahan itu, hanya tersenyum. Kata bukan budak lagi..Jungkook, Jungkook.


Sementara itu, Chae, Mai dan Jia masih belum terlelap kerana giat membaca di wattpad. Masing-masing berada dalam dunia fantasi sendiri.


SKIP

"EH BANGUNLAH SENGET! DAH LEWAT DAH!" jerit Chae sekuatnya. Cermin pun boleh pecah. Mai mengambil keputusan untuk memasak dahulu kerana Jin masih belum terjaga. Selalunya dialah orang pertama yang akan mengejut semua orang. Apa yang dah jadi? Haih, dahlah takde makanan dalam peti. gumam Mai di dalam hati.


Manakala Jia dan Chae pergi mengejut semua orang di dalam bilik tersebut.


"1..2..3!", Chae dan Jia menghitung nombor bersama lalu mencurahkan sebaldi air kepada Jin dan Jungkook.


"WOI", jerit Jin dan Jungkook serentak kerana kesejukan secara tiba-tiba. Kedua-dua gadis itu menepuk tangan, high five, tanda sorakan sambil gelak terbahak-bahak dan kemudian beralih ke ahli-ahli yang lain.


Akhirnya, mereka semua bangun dan berkumpul di dapur setelah dipanggil. Memandangkan di dapur tiada makanan, Mai hanya menelefon servis hotel untuk makanan.


"Wahhh! Mana dapat semua lauk ni?!" kata Jin teruja. Selain Chae, Jin juga begitu obses terhadap makanan. Cuma, Jin pandai makan dan juga pandai memasak. Berbeza dengan Chae yang hanya tahu makan dan merampas. Semua mata beralih kepada makanan dan kepada Mai seperti tertanya-tanya.


"Hotel serviseu!" balas Mai dengan senyuman yang riang.


"Kau bayar guna apa?" tanya Jimin pedas membuatkan Mai berpeluh-peluh untuk menjawab. Gadis itu mula bermain-main dengan jarinya. Chae dan Jia menoleh ke arah satu sama lain seperti berbincang melalui minda.


"Aip aip! Kau ingat kitorang takde duit ke hah?" Chae mencelah, cuba untuk mempertahankan Mai. Dia berdiri di sebelah Mai dengan tangannya memeluk bahu Mai.


"Betul betul betul", Jia pula bersetuju sambil memeluk tubuh.


"Kalau kau ada duit, takdelah kau meyemak dengan kitorang sekarang ni." giliran Yoongi membidas sepedas-pedasnya. Chae dan Jia tidak mampu berkata apa-apa melainkan hanya berharap yang Mai tidak menggunakan duit mereka kerana jika betul Mai guna, perbahasan mereka hanyalah sekadar sia-sia.


"Well, aku just nampak satu dompet ni atas meja ruang tamu...ㅡ"


"WHAT?!" Hoseok melenting. Alaabislah.

karya oleh KlHYUNlVERSE

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now