13 ┊ USIKAN MANJA

120 9 5
                                    

Taehyung melangkah ke tingkat atas lalu menuju ke arah bilik Chae. Senyuman nakalnya masih tidak pudar dari bibir itu. Dia membuka sedikit pintu bilik itu untuk mengintai. Dia bernasib baik kerana gadis itu sedang kusyuk mengunyah makanan yang di ambil sambil menonton sesuatu di komputernya . Minah ni memang suka betul ambil makanan hyung ...

Taehyung membuka pintu itu dengan laju untuk mengejutkan Chae. Seperti yang di rancang ..

" Opocot !" terbaling semua keropok di tangannya. Chae membuat muka yang sangat tidak puas hati. Gadis itu memang tidak gemar jika orang main terjah masuk ke dalam biliknya.

" Hahahah !!" Tergelak besar Taehyung. Chae turun dari katilnya lalu memandang ke arah lelaki itu dengan tidak puas hati.

" Kau nak apa ha !? Tak reti ke nak ketuk pintu dulu ? Nasib baik aku tak sakit jantung ! Kalau tak , aku pulak yang kena pergi hospital !" bebel Chae kepada Taehyung. Amboi , garangnya minah ni !

" Aku boring la ... Aku datang sini sebab nak tengok anime berdua dengan kau " kata dia dengan senyuman petaknya.

Be-berdua ? degupan jantung Chae mula laju. Aku dah kenapa !? Dia ajak tengok anime bukan benda lain.

" Bo-boleh je, lagi pun aku baru download cerita baru . Kita tengok kat ruang tamu la.. lagi pun- "

" Ala tengok jela dalam bilik kau. Boleh aku baring- baring sambil tengok. "

" Ahhh ! Tak boleh ! Kau jangan nak mengada-ngada. Tak baik duduk berdua sahaja tau tak ! Lagi pun aku punya bilik ni tak kemas lagi. " Taehyung hanya mengangguk tanda faham. " Aku tunggu kau kat luar. " Dia melangkah pelahan ke arah sofa yang terletak di ruang tamu.

Chae memasangkan sambungan komputer itu kepada tv. Baru syok tengok besar-besar. Chae mengambil tempat di sebelah Taehyung. Terdapat bantal kecil di antara mereka. Tiba-tiba ,kelihatan Suga dengan pantas menuju ke arah mereka.

" Kau ! Kau ambil keropok aku kan ! " nampak riak tidak puas hati di muka Suga. " Bagi balik !" sambung dia lagi.

" Kalau aku tak nak !? " balas Chae. "Kau ni kan memang nak kena ! Nasib baik yeoja ,sabar aja la" kata Suga lalu mengambil bantal kegemarannya yang terletak diantara Taehyung dan Chae sebelum masuk ke dalam biliknya.

Jimin membuka pintu rumah itu lalu menuju ke arah dapur untuk membuang tin pepsi yang baru habis diminum. Mai tercungap-cungap sebaik sahaja sampai di dapur. Terbeliak mata Mai melihat tin yang di buang oleh Jimin.

" Sanggup kau habiskan air aku !" kata Mai dengan nada yang marah. Jimin menelan air liurnya melihat yeoja itu marah. Habis la aku ..

" Ganti balik duit aku kalau tak aku call sasaeng fans suruh tangkap kau pastu- "

" Eh , apa bising-bising kat dapur ni ?" tanya Jin kepada mereka berdua.

"Jimin ni ha ! Mai beli air tin tu pastu dia pulak habiskan ! Mana aci " ujar Mai kepada Jin dengan bersungguh.

" Aci kat India " Kata Jimin sengaja untuk menyakitkan hati yeoja itu. " Jimin ! Bayar balik duit dia " kata Jin dengan tegas.

Haa , padan muka kena marah. Tawa Mai di dalam hati. Jimin dengan mulut yang di muncungkan terus memberi beberapa won kepada Mai. Tersengih puas yeoja itu.

" Gomawo Jin oppa ~ " kata Mai sebelum melangkah ke biliknya. Reaksi Jimin seperti sedikit sedih. Bukan sebab kehilangan duit tetapi kerana kemesraan orang yang dia sayang hanya pada hyungnya.

Beberapa minit kemudian , pintu rumah banglo itu dibuka. Kelihatan Namjoon dengan beg plastik ubat dan Jungkook yang sedang mengangkat Jia dengan gaya piggy back.

" Jungkook, kau hantar Jia ke bilik dia. Aku nak suruh Jin buat bubur untuk dia sekejap " Jungkook hanya akur akan perintah hyungnya itu.

Dia menuju ke arah bilik Jia. Sebaik sahaja dia dapat membuka pintu bilik itu, dia terus menuju ke katil lalu meletakkan Jia di atas katil.

" Menyusahkan betul la kau ni " katanya. Jia terdiam seketika. Tak sangka dia sudah membebankan namja ni.

" Sorry .. aku banyak menyusahkan kau hari ni " Jia menundukkan wajahnya. Jungkook sebenarnya tidak memaksudkan apa yang dia kata.

" Argh , tak pa.. lagi pun bukan selalu kau menyusahkan aku macam ni " kata Jungkook yang tidak sedar yang di duduk rapat bersebelahan Jia.

Suasana di bilik itu mula jadi janggal. Biasanya Jungkook tidak sebegitu berani untuk bercakap dengan yeoja tetapi dia bercakap seperti biasa sahaja dengan Jia dan Jia biasanya tidak suka menyusahkan orang mula menyusahkan namja itu.

" K- kau rehat la dulu, aku nak gi tolong hyung. " kata jungkook.

" Ala , kau tolong temankan aku jela ! " kata Jia lalu memegang lengan baju Jungkook. Jungkook mengeluh sebelum kembali duduk di sebelah Jia.

" Lamanya hyung masak bubur " kata Jungkook. Kata-katanya tidak di sokong mahupun di jawab. Dia melihat ke arah Jia. Kepala Jia sudah melentok ke bahu Jungkook.

" La , dah tidur rupanya budak ni " kata Jungkook tanpa dia sedar terukir senyuman di bibirnya ketika melihat yeoja itu tidur.

ㅡkarya oleh admin m

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now