36 ┊ GOLDEN MOMENTS

151 10 1
                                    

Semua orang berkumpul di ruang tamu pada malam itu untuk menonton TV. Sebenarnya, hanya Yoongi sahaja yang menonton TV manakala yang lain berbual sesama sendiri. Malah, dia mengambil tempat duduk di hujung sekali, jauh dari yang lain.

Matanya yang ingin tertutup untuk melaksanakan hobinya iaitu tidur menjadi segar apabila matanya bertembung dengan mata milik Chae.

" Kau pehal senyum-senyum? Creepy sia budak ni. " Yoongi menjeling tajam ke arah Chae sebelum menutup mukanya dengan topi untuk tidur kembali. Kelihatan sedikit senyuman kecilnya di sebalik topi itu.

" Khas untuk kau. " balas Chae lalu tergelak sendiri. Sudah berani untuk bergurau senda dengan Yoongi. Waktu Yoongi dan dirinya keluar semasa makan malam semalam telah mengubah segalanya. HAHAHA.

Sejak kejadian semalam seakan-akan mimpi bagi Chae kerana keegoan Yoongi akhirnya musnah apabila lelaki itu tiba-tiba membincangkan hal pergaduhan mereka dan meminta maaf sekiranya dia terlalu biadap dengan Chae.

'Aku nak kawan dengan kau.'

Ayat yang digunakan Yoongi semalam masih terngiang-ngiang di benak fikiran Chae. Gadis itu terus ketawa terkekek-kekek apabila merasakan ayat itu seperti ayat budak tadika.

Chae tidak kesah sebenarnya, asalkan masalahnya dengan Yoongi sudah selesai walaupun kadang-kadang lelaki itu agak kekok dengan Chae. Tapi kadang-kadang ada sweetnya jugak. Aumm.

Seperti biasa Taehyung menyaksikan moment itu dengan muka cemberutnya. Bontotnya mula perlahan-perlahan mengesot ke arah Chae. Tak boleh jadi ni..

" Hai awak. " Taehyung mengerdipkan kelopak matanya beberapa kali acah cute di hadapan Chae. Hairan Chae dibuatnya.

" Eo? Kau nak apa ni? Gedik semacam jer. "

" Aku nak kau. " Terbuntang luas mata Chae. Terus ditolak Taehyung agar jauh daripadanya. Taehyung yang perasan akan perubahan warna muka Chae terus tersenyum nipis.

Yoongi atau dirinya? Taehyung tidak kesah siapa yang paling disukai Chae tetapi dia sudah nekad untuk terus mendekati Chae semampu yang boleh. Malah dia juga merasakan perasaan Chae terhadapnya ialah sama seperti perasaannya terhadap Chae. Jodoh auwch.

Atau mungkin dirinya sahaja yang terlebih perasan? Nantikan eceh.

Mai yang sedang memerhatikan pasangan itu terus tersenyum apabila muka Chae berubah menjadi kemerahan menahan malu. Disikunya Seokjin ditepi yang sedang khusyuk menikmati popcorn untuk turut serta melihat adegan itu. Seokjin hanya menuruti sahaja pandangan mata Mai itu.

Well, jarang nak tengok sepupunya yang seorang tu malu-malu apabila terkena panahan kuasa beto romantik lelaki. Hehehe. Taehyung berjaya, gois.

" Ei, apa ni hyung duduk rapat-rapat dengan awek chim ni. " kata Jimin kepada Seokjin lalu duduk ditepi Mai menyebabkan kedudukan Mai dikepit oleh dua orang jejaka.

" Excuse meh, kau dah ada awek? Lahaii asal tak bagitahu. " Mai menampar perlahan lengan Jimin sambil acah ketawa. Jimin memaparkan riak wajah tidak berpuas hati apabila tawa Seokjin semakin galak.

Tetapi hanya sebentar sahaja sebelum Seokjin melirikkan matanya ke arah Mai yang sudah pun kelihatan resah. Malah pipinya juga kelihatan sedikit merah. Mai memberikan isyarat dengan menggeleng kecil kepalanya sebagai tanda supaya Seokjin tidak membocorkan rahsianya.

" Chim tahu tak? Mai ni suka k─ "

" TAK BOLEH! " Jimin terus memotong percakapan Seokjin lalu memeluk bahu Mai. Dimuncungkan sedikit bibirnya. Mai mengeluh lega apabila rahsianya tidak terbongkar. Muka Seokjin dipandang bengis. Siap kau.

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now