11 ┊ INSIDEN

124 10 10
                                    

"One, two, three" Mai mengira langkah sambil menunjukkannya. Jia dan Chae mengikut gerak gadis itu. Walaupun Jia sudah kepenatan, namun budak itu masih ingin mengikuti gerak-gerak tersebut. Tiba-tiba, tumitnya terseliuh dan dia jatuh tersembam. 

BBUM!! 

Bunyi itu membuatkan Chae dan Mai terkejut. Mereka berdua segera mendapatkan Jia sambil menahan gelak. "Kau okey?", tanya Mai.

"Aku pergi dapatkan bantuan daripada geng bangang tu kejap.", kata Chae dan berlari keluar dari bilik praktis. Mendengarkan beberapa jenis bunyi seperti di zoo dari ruang tamu, gadis itu mengenalpasti dengan pantas keberadaan lelaki-lelaki itu.

"Tolong! Jia terseliuh! Sesiapa tolong rawat dia!" Chae memanggil mereka. Jungkook yang fokus akan kdrama yang dia sedang menonton, mengalihkan pandangannya akhirnya.

"APA?! dia kat mana?!" tanya Jungkook, panik.

Namjoon menuju ke arah Jungkook dan menepuk bahunya, " Dia dah cakap kan yang diorang akan ke bilik praktis.", kemudian Namjoon segera mendapatkan Jia.

"Apa yang kecoh ni?" tanya Yoongi, muka separa jengkel dengan kebisingan yang Chae telah lakukan. Gadis itu mendengus kecil dan beredar meninggalkan Yoongi yang kebingungan. Sebaik sahaja sampai di bilik praktis, kelihatan Jungkook mengangkat Jia di belakangnya.

"Tepi!", laung Jungkook dan berlari keluar. Namjoon turut mengikuti.

"Diorang nak bawa Jia ke hospital untuk rawatan lanjut " seolah-olah mengetahui ekspresi Chae dan Mai mengeksplainkan situasi tersebut. Chae mengangguk faham.

10 MINIT SELEPAS ITU..

"Laparnya.." 

Kaki Chae setia melangkah ke dapur untuk mendapatkan makanan. Memandangkan keadaan tegang antaranya dengan lelaki berambut biru itu masih belum selesai, dia harus bersembunyi untuk mencuri makanan di dalam peti. Maka, lampu di dapur dibiar terpadam. Sedang dia sibuk menggeledah dapur, lampu terbuka secara tiba-tiba.

"Oh?"

"Omg! Terkejut tau tak?!?!?" bisik Chae separuh jerit. 

Taehyung tersengih. Dia menghampiri gadis yang sangat rendah daripadanya. "Kau dengan hobi kau.", bisiknya dan melihat kepada makanan yang bertimbun di dalam tangan Chae.

"Diamlah! Jangan bagitahu budak rambut biru tu!" dengus Chae, sedikit berdebar apabila Taehyung berbisik di telinganya. Dia lekas ke bilik untuk meratah makanan sebelum tertangkap. Manakala Taehyung tersenyum sinis. Yoongi yang baru melangkah kaki ke dapur, membuka pintu peti ais. 

"MANA POCKY COKLAT AKU?!?!?!?!" 

Sementara itu,

Mai keluar untuk mencari vending machine yang berdekatan kerana dia teringin meneguk air tin, pepsi. Cuaca pada malam itu dingin tetapi kerana mindanya hanya mengfokuskan kepada air tin, dia tidak menghiraukan lagi kesejukan. Apabila dia terjumpa mesin tersebut, matanya bersinar dengan kegembiraan. Dia segera menuju ke arahnya dan memasukkan beberapa syiling yang diperuntukkan untuk mendapatkan air tin pepsi tersebut.

Setelah dia berjaya mengambil air tersebut, telinganya terdengar bunyi pelik maka dia beredar secepat mungkin. Walaupun begitu, misteri itu juga mengikutinya. 

Takut, dia memecut segala daya upaya untuk sampai ke rumah. Dia sesekali menoleh ke belakang dan orang yang menakutkan itu turut memecut. Tiba-tiba, kakinya tersadung. Mai hanya menunggu saatnya dibunuh.

'Selamat tinggal, dunia...'

"Oi" 

Eh? Mai membuka matanya apabila menyedari dia masih belum mencium tanah.

"J-j-jimin?!" gagap Mai. 

"Kau buat apa kat sini tengah-tengah malam ha?" Jimin bertutur dengan nada yang sedikit dingin, marah mungkin?

Mai menundukkan kepalanya, matanya tepat memandang tin pepsi itu sambil tangannya mengusap-ngusap wap air daripada kesejukan tin tersebut. Jimin mengeluh kecil lalu meletakkan sesuatu di sekeliling bahu Mai.

"Jom." 

'Sweater?' monolog Mai di dalam hati. Tanpa sedar, dia tersenyum.

ㅡkarya admin c

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now