23 ┊ RANCHAENGAN

90 9 6
                                    

"Anyone in there?" semua orang kaku, malah ahli BTS terlopong lagi kerana tidak faham bahasa Inggeris kecuali Namjoon dan Jungkook. Masing-masing menolak satu sama lain untuk membuka pintu.

"Hish! Nama je lelaki, penakut tahap apa entah." bebel Chae dan mula mengorak langkah ke arah pintu. Gadis itu menekan alat seperti CCTV di sisi pintu dan mendapati seorang waiter sedang berdiri di luar.

"Haa tengok! Waiter je pun. Lahai." ujar Chae, menolehkan mukanya pada mereka semua. Riak muka Jia terus berubah apabila dia mengesan sesuatu di dalam rakaman tersebut. Segera dia menahan Chae daripada membukanya.

"Kejap!" jerit Jia, menghentikan perbuatan Chae.

"Kenaㅡ" "Tengok tu." Jia memotong pertanyaan Chae. Jarinya menunding ke arah rakaman.

Mai dan yang lain turut bergegas ke alat rakaman tersebut, bersempit-sempit demi melihat rakaman. Terdapat seorang badut, memegang mesin gergaji lalu menggergaji belakang waiter tersebut. Darah mencurah seperti air terjun.

Jimin yang mula berasa loya dan ketakutan, terus menuju ke dapur. Membuang semua yang berada di dalam perutnya. Jin, Yoongi dan Hoseok pucat serta merta. Namjoon pula menutup mata Jungkook daripada scene yang mengerikan itu. Taehyung? Tanpa perasaan, lelaki itu hanya menonton kejadian mengerikan itu berlaku.

"Wow." Mai berkata sambil melepaskan nafas panjang. Chae mengecilkan matanya dan menyepetkan lagi agar dia tidak terlampau terdedah dengan pemandangan yang menakutkan itu. Jia pula separa takut dan separa tergelak kerana waiter itu menggelepar di atas lantai.

"Apa kita nak buat ni?" Jin memulakan perbualan, risau.

"Apa lagi kita nak buat? Stay sampai badut dan pembunuh bersiri tu semua kena tangkaplah." jawab Jia, pasrah.

"Bang PD-nim tak boleh ke hantar polis untuk jaga korang. Lagipun kalau aku tak silap, korang ni idols kan." Mai mencelah. Dia sudah penat dengan gejala badut ini semua. Sampai bila penyeksaan ni akan berterusan?

"Memanglah tapi kau ingat polis nak gadai nyawa untuk idols?" giliran Hoseok mencelah. Masing-masing pasrah ditimpa bencana badut. Chae hanya memandang reaksi muka yang dipamerkan oleh semua orang kini. Tak boleh jadi ni.

"Kalau polis tak boleh tolong, kita kenalah bijak mengambil langkah!" sampuk Chae dengan penuh semangat. Namun, semangat itu hanya dipandang remeh oleh Yoongi.

"Macam mana tu?" Namjoon bertanya. Sebagai ketua, Namjoon berasakan tanggungjawab yang digalas untuk memastikan keselamatan mereka semua terjaga.

"Haaa! Meh dekat-dekat sikit." Chae memeluk bahu Mai dan Jia supaya mereka membentuk bulatan. Seolah-olah sekumpulan pemain bola yang sedang mengatur strategi. Walau bagaimanapun, Yoongi yang masih memikirkan idea Chae tidak akan bernas, hanya berdiri melihat mereka menurut kata-kata Chae. Yang berkemungkinan mengarut sahaja.

Gadis itu mendapati bahawa Yoongi sangat susah untuk bekerjasama maka dia melompat ke arah Yoongi dan memeluk kepalanya seperti gaya headlock. "Jangan degil sangat boleh tak?" bisik Chae dengan nada mengancam menyebabkan Yoongi sedikit gerun.

"Okay, rancangannya macam ni.." Chae mula meluahkan segala rancangan dan strategi yang dia plotkan di dalam minda.

"Kau yakin ke? Lagipun korang tu perempuan. Lembik." sindir Jimin, walhal dia cuma membuat alasan untuk tidak menjalankan rancangan tersebut. Mai tersenyum sinis dan meluku perut Jimin.

"OW" Jimin mengaduh, kuat. Jia dan yang lain tergelak besar.

"Kau ingat kitorang lembik? Eh tolonglah. Taekwondo tali pinggang hitam di sini okey." kata Mai dengan penuh megah. Jungkook memandang ke arah Jia tertanya-tanya jika gadis itu mempelajari mana-mana seni pertahankan diri.

"Samalah." seperti tahu-tahu, Jia menjawab tanpa ragu.

"Kau sorang jelah yang tak pandai lawan kan hahahahha pandai makan je." pantas Yoongi menghamburkan sindiran pada Chae. Chae menghadiahkan sebuah senyuman lebar sebelum menggerakkan kakinya tepat di hadapan muka Yoongi.

"Kau memang nak pecah muka ke? Eh lupa, muka kau dah pecah so buat apa juga kan." tidak mahu kalah, itulah Chae. Sindirannya tiga kali lebih pedas berbanding Yoongi. Taehyung yang menyaksikan pergaduhan mereka, tertawa kerana Yoongi dikatakan muka pecah.

"Kau pun belajar Taekwondo la?" tanya Taehyung, masih tersisa gelak tawa.

"Tak. Judo, tali pinggang hitam." ringkas Chae.

Dengan bangganya, gadis-gadis itu pun menyilang tangan mereka. "Ko ado?" tanya jelitawan-jelitawan itu serentak.

"Kau ingat kitorang takde? Kitorang berdepan sasaengs tiap-tiap tahun kut", Jimin membalas dengan muka yang penuh riak.

"Kalau kau nak tahu bla bla bla.." malangnya Jimin tidak mampu berhenti bercakap membuatkan semua orang meninggalkannya dan bergegas mencari peralatan untuk menjalankan misi.

"Sedia?" soal Chae kepada mereka semua. Dia berasa sedikit risau. Macam mana jika rancangannya membawa pada kepada mereka semua? Dia tak sanggup.

"Sedia." balas Jia, tekad dalam membunuh semua badut tersebut. Mai yang menawarkan dirinya untuk bergerak dahulu diikuti Jimin, memberi signal menandakan line clear.

Sementara semua orang giat mendapatkan posisi dan berjuang dalam menghapuskan badut, Chae seperti ragu-ragu. Tiba-tiba seseorang muncul di belakangnya.

"Kau dah berikan rancangan yang terbaik. Kalau rancangan kau tak seberapa, Yoongi dah lama takkan masuk campur tau tak?" suara Taehyung secara mengejut itu menyentakkan Chae.

"Tapi dia mungkin join sebab terpaksa.." Chae mengeluh. 'Betul ke?' gumam hati Chae. Taehyung hanya mendiamkan diri dan menepuk bahu gadis itu lalu bergegas ke posisi yang diatur.

"Woi Jungkook tepilah sikit!" bisik Jia, berasa jengkel dengan lelaki itu yang menghimpitnya.

"Aku kenalah pastikan kau selamat." kata-kata Jungkook itu mengundang merah pada pipi Jia. Sangat jarang buat gadis itu melihat sisi Jungkook yang serius itu.

"Cewah~" Jimin yang mendengar kemanisan diorang, berkata dengan gerak mulut kerana tidak mahu membuat bising. Maka, dia juga mahu cuba untuk bermanja dengan Mai tetapi sebaik sahaja dia memalingkan mukanya kembali, satu tangan yang dikepal tepat berada di hadapan matanya. Bebola matanya beralih melihat Mai yang membuat muka seperti sudah tahu helah Jimin.

ㅡkarya oleh KlHYUNlVERSE

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now