21 ┊ PANIK

111 10 6
                                    

Yoongi duduk di atas sofa sambil memeluk tubuh. Sesekali dia mengerling ke arah bunyi bising dari dapur dengan muka yang tidak puas hati. Dia seorang sahaja yang keluar dari dapur setelah siap makan. Pelik betul!

" Amboii, masamnya muka. Dah dahla tu, Yoongi. " satu suara tiba-tiba menyentak Yoongi daripada terus merenung ke arah dapur. Kelihatan Chae terus duduk bersila di atas karpet sambil matanya ralit menonton tv.

Dia sendiri pun tidak tahu hantu manalah yang sampuk dirinya sampaikan dia berani menegur mamat beku ni.

" Biarlah, muka aku. " kini mata Yoongi juga beralih pada skrin tv.

" Kan Hoseok dah kata, yang dia tak kesah pun pasal duit yang Mai guna tadi kan? Dia terus pasang niat nak belanja kita semua tapi aku tengok kau nampak macam tak puas hati lagi jer. " lancar sahaja Chae bertutur dengan nada yang tenang tetapi sinis. Nak je dia straight to the point. Nanti kasar pulak kang, tak pasal-pasal muka mat beku yang dah masam ni jadi pahit pulak nanti.

" Memang! Tak puas hati sangat. 1% kat Hoseok and 99.9% kat korang. Kenapalah dia boleh jadi baik sangat kat korang? Kalau aku, bertambah menyampah ada lah. " walaupun sudah mengetahui perkara yang sebenar tetapi dirinya masih lagi dikuasai ego yang tinggi. Yoongi tersenyum senget dan bangga dengan ayat yang dituturkan sebentar tadi.

Fuuh, fuuh. Berasap telinga Chae mendengar kata-kata Yoongi. Terus dia memalingkan tubuhnya menghadap Yoongi.

" Hoseok buat semua tu sebab dia baik hatila! Tak macam kau. Lagi satu, duit yang kitaorang guna tadi bukannya duit kau pun. Aku tengok kau makan jer makanan yang Mai beli tadi. Kenyang pulak tu. " bidas Chae panas. Memang, amarahnya tidak dapat ditahan lagi. Segera dia berdiri dan bercekak pinggang.

" Hei hei, apa hal korang ni? " semua orang mula menyerbu ruang tamu dan memandang tepat ke arah Chae dan Yoongi. Pertanyaan Jimin tadi, dibiarkan tidak berjawab. " Korang gaduh..lagi? " kali ini giliran Jia pulak menyuakan soalan.

" Ehh, mana ada. Kitaorang tengah bermesra ni! Takkanla korang tak nampak. Ish ish. " sindir Yoongi sambil menjeling Chae. Sengaja mahu menyakitkan hati Chae barangkali.

" Ha' ah! Yoongi ni, mengada pulak dia nak bermesra dengan aku. Aku tak hingin pun. " boom! Habis hati Yoongi berkecai dibom Chae. Sekarang, hati siapa pulak yang sakit? Senyuman kemenangan mula meleret di bibir Chae.

" Woooooo~ " yang lain terus bersorak ke arah Yoongi terutamanya Hoseok yang memang dah suka menyakat Yoongi. Telinga Yoongi mula memerah menahan marah dan malu. Chae pula mula tergamam. Bukan itu sebenarnya yang dimahukannya. Aduiih, nasib kau lah tinggal dengan orang yang selalu fikir bukan-bukan.

" Eh, sweet ah korang ni! Kalah kita kan? " lengan Jia disiku-siku oleh Mai. Jia terus mengangguk laju sambil gelak terkekek-kekek.

" Dia pun sweet apa ngan aku. Korang je yang tak perasan. " celah Taehyung bersama senyuman petaknya. Chae mula mencebik. Drama apakah ini?

" Amboi, ada orang jealous laa. " senyuman nakal mula terukir di bibir Jia. Tiba-tiba satu tangan panjang mula memeluk bahunya. Terus mati senyumannya kerana sedikit terkejut.

" Ehem..kita pun apa kurangnya. " Jungkook jongketkan bulu keningnya beberapa kali acah hensem. Yang lain terus gelak terbahak-bahak manakala Jia sudah mengutuk Jungkook dalam hatinya kerana geram dan malu sebenarnya.

Jimin yang hendak turut serta mengusik Mai terus membatalkan niatnya. Mana tidaknya, baru sahaja dia ingin membuka mulut, sepatah perkataan pun tak sempat disebut tiba-tiba sahaja Mai membulatkan mata ke arahnya. Macam tahu-tahu je, yang dia nak buat jahat jugak.

" Dah dah, mari sini kita berkumpul ramai-ramai. Sebenarnya, ada benda yang nak aku sampaikan dekat korang. " Namjoon mula mengambil tempat di sofa utama. Semua mata-mata mula tertumpu pada Namjoon.

" Aik hyung, macam serius jer.. " kata Jungkook selamba dan terus mengambil tempat di sebelah Namjoon. Dari raut wajah Namjoon memang jelas terpapar kebimbangan sebenarnya. " Memang aku serius pun,  Kook. "

Perlahan-lahan Jungkook menelan air liurnya sendiri. Pahit dan kelat. Parah, memang parah! Yang lain terus mengambil tempat masing-masing.

" Tadi, Bang PD-nim ada call aku. Dia kata yang kita kena hati-hati sebab badut yang dijejaki tu masih lagi berada dekat-dekat dengan kawasan kita. "

" Yang paling aku risau, dia kata yang badut tu tengah cari mangsa untuk dijadikan tebusan. Pihak BigHit dah siasat keberadaan badut tu and... " Namjoon berhenti seketika berserta keluhan sebelum menyambung kata-katanya.

" Badut tu mungkin ada dekat hotel ni sebab ramai mangsa yang boleh dia dapatkan. " bulu roma masing-masing terus menegak. Jia dan Chae mula menundukkan kepalanya. Tak disangka, hal ini sudah pun menjadi teruk dan serius.

Yoongi yang dari tadi membeku mula tidak senang duduk. Siapa je yang tak kecut perut oi.

" So, buat masa ni kita tak boleh keluar biliklah? " pertanyaan Jimin dibalas dengan anggukan Namjoon. " Jangan keluar walaupun setapak. "

" Well, pihak BigHit pun tak dapat bertindak lagi buat masa sekarang sebab kes ni susah nak urus. Taknak burukkan keadaan and taknak kehilangan nyawa walaupun seorang. Biarlah pihak polis yang urus. " tambah Namjoon.

" Okey, semua relax. Just ikut aturan. Semuanya akan selamat. " Hoseok menggunakan kelebihannya iaitu cuba untuk menenangkan semua orang.

" No, tak boleh relax!" Mai berkata separuh menjerit sambil matanya memandang sekeliling. " Kenapa pulak? " Yoongi mengerutkan dahinya.

" Mana...Seokjin? " mata masing-masing mula terbuntang luas dan segera menoleh ke sekeliling untuk mencari kelibat Seokjin namun dia memang tiada. Ternyata barulah mereka semua sedar bahawa Seokjin memang dari tadi lagi tidak bersama mereka.

" Guys.. tadi kan dia kata dia nak ke lobi kat bawah. " Chae mula mengingatkan semua orang. Masing-masing terus menjadi kaku.

" TAK BOLEH JADI NI! "

ㅡkarya oleh jingerbell-tion a user

HOUSEMATES ┊ BTSWhere stories live. Discover now