"Hai!" sapa Adam ramah. Dia tersenyum manis.
Adam, jejaka kacukan cina-melayu namun wajahnya lebih iras dengan wajah cina. Mempunyai ketinggian yang digilai ramai gadis, berwajah babyface persis Park Jimin dari boyband Bts.
Namun tak dapat menggugat sedikit pun hati Qila yang lebih terpaut dengan Ikhmal.
"Bye," balas Qila seraya mahu berlalu pergi.
"Wait! Aku tahu, kau malu nak berdepan dengan aku kan? Don't worry, jangan segan,"
"Apa kau merepek ni Apek? Aiya,apek! Buat apa aku nak segan dengan kau?" Qila mengerut dahi.
"Kau suka akukan? Aku dah tahu, kau jangan nak segan lagi. Okay, how about kita jadi kawan mulai sekarang?" kata Adam seraya menghulurkan tangan kanannya.
Qila merenung tajam ke arah Adam. Aku suka Ikhmal! Bukan kau lamak! Kenapa kau ni?! But perlu ke aku berterus terang? Beria je aku tengok dia ni, tak ke broken nanti.. But, Waaa! Ada peluang ni!
Qila menampar perlahan tapak tangan Adam. "Okay! Kita kawan!"
"Hah, macam tuu laa!" Adam tersengih lebar. Namun wajahnya mula bertukar sedikit kemerah-merahan termasuk telinganya.
"Hey, Adam! Pahal kau blushing weh? Terharu ke? Aku just cakap kita kawan! bukan kita kahwin! Pehal blushing teruk weh?" Qila mula bergurau.
"Blushing apa? Cuaca ni panas laa! Aku tak tahan panas sangat!" Adam cuba menutup malu.
"Alah..tahu laa kulit putih, aku pun putih takde laa gelap sangat. Apa pikir aku kulit buaya? Well kita dekat kantin sekolah, bawah kipas! Panas lagi? Bahang dosa ke?"
Adam hanya tersengih.
"Amboi! Kalau sembang! Tak nak makan ke bro? Sis? Cepat laa pergi beli! Waktu dah nak habis " kata Hana dengan menghulurkan sepinggan nasi ayam berlauk dua ketul ayam goreng kepada Qila.
Qila dengan pantas melahap laju makanan didepan matanya,sesekali dijeling ke arah jam tangannya.
Adam tersenyum. Kuat melantak juga budak ni! Bertambah cute je perangai tu!
Adam juga segera makan makanan yang dia bawa dari rumah atau lebih senang dipanggil bekal.
"Alaaa, cutenya adam! Makan dalam bekal makanan! Anak mak, comel halah! Mak kau ke yang masakkan tu?" usik Qila namun mulutnya tak henti mengunyah.
"Aku tahu aku cute, aku yang masak. Nak rasa?" Adam menghulurkan sedikit nasi goreng kampung kepada Qila dan Hana.
"Wah, bagus betul tolong mak kau memasak eh? Sedap weh nasi ni! Minta tambah boleh?" Qila menghulurkan pinggannya.
"Aku pun nak,nasi ni betul-betul sedap!"
"Hehe, terima kasih. Aku masak sendiri je pagi tadi. Ibu aku dah lama meninggal" ujar Adam seraya cuba mengawal air wajahnya.
"Ah, sorry!"
Qila dan Hana mula serba salah.
"Takpe,"
"So,.. abah kau?.."
"Dah meninggal juga. Kedua-duanya meninggal dalam kebakaran,aku anak tunggal. Tinggal sorang dekat rumah. Dah laa,cepat makan. Waktu rehat dah nak habis" Adam cuba menukar topik perbualan.
Perasaan simpati datang menyapa hati Qila dan Hana.
"Eh, makan laa cepat! Apa pasal tenung aku pula? Kang tak sempat nanti?" tegur Adam yang perasan dengan pandangan Hana dan Qila.Hana dan Qila kembali menyambung makan dengan gelojoh. Namun perbuatan Qila terhenti.
Qila segera meletakkan seketul ayam ke pinggan hana. Kononnya Hana makan tiga ketul ayam. Kemudian dia berbisik perlahan. "Hana,.. muka aku comot tak? Alamak crush on the way sini laa,.."
Hana segera merenung ke arah wajah Qila. Dia mengelap sedikit dihujung bibir Qila yang comot.
Adam yang sibuk makan tidak sedar dengan perbuatan dua orang manusia aneh yang duduk bertentangan dengannya.
"Bro! Kita kena gerak dulu laa, kau dah siap makan belum?" sapa ikhmal.
"Okay, sudah. Nuraqila, Hana aku pergi dulu yaa?" Adam menghulurkan senyuman sebelum melangkah pergi.
Qila dan Hana hanya mengangguk. Mata Qila tak sudah memerhati Ikhmal dalam diam. "Indahnya ciptaan Allah.. Kan Hana?"
"Astaghfirullahalazim, kau boleh menghayati lagi ciptaan Allah yang satu tu. Hah, rezeki yang Allah bagi ni.. Baik kau hayati, kunyah, telan cepat! Jangan nak membazir!" Hana mula berleter.
"Ye laa, mak nenek! Membebel je kerjanya.." Qila mempercepatkan suapan, memandangkan dikantin suasananya makin legang.
-tbc-

YOU ARE READING
[[ C ]] Wrong Crush
Teen Fiction"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...