13 ;piza

133 12 4
                                    

Adam menggeliat malas. Sesekali jarinya menggosok-gosok matanya yang sepet.

Dia mengerling ke jam dinding. “Hah?! Pukul 7:45 pagi?!Ah, study group!”

Adam mula kelam-kabut jadinya. Ini semua angkara malam tadi, selepas selesai bekerja dan study group. Dia terus kalut mahu buat kek dan biskut untuk Qila.

Hingga jam 3 pagi. Semuanya untuk Qila! Kalau laa dia punya semangat begitu untuk belajar, sudah tentu tersenarai the best student disekolah.

Usai mandi, dan solat subuh gajah Adam berlari anak menuju ke bahagian bengkel memasak.

“Ermm,mengodanya! Wangi betul bau!” tangannya menggapai sekeping biskut chocolate chip.

Dia hampir-hampir menyuap masuk biskut chocolate chip yang siap dimasak namun terhenti.

“Alamak,ini untuk Qila laa! Mesti Qila suka ni! Takpe,lain kali je aku makan.” Adam tersenyum lebar. Tangannya lincah saja mencapai bekas makanan dan menyusun ke semua biskut buatannya.

Dia mengemas apa yang perlu dan dengan segera mencapai beg sandangnya. Adam memulakan kayuhan selaju yang boleh. Perasaannya berbunga riang, entah apa yang merasuk dirinya.

*****

Mulut Qila masih sibuk mengunyah makanan segera pizza hut yang di order oleh Ikhmal. Sudah lima kepingan kecil selamat masuk ke mulutnya.

Hana mencuit sedikit bahu Qila. Kemudian berbisik perlahan “Weh, sudah laa tu. Apa yang nampak kebulur sangat ni? Kau dengan pelarian, i see no different weh! Ikhmal perhati je kau dari tadi, control laa sikit. Depan crush kau tu!”

Qila terhenti mengunyah. Pandangannya jatuh kepada Ikhmal.

Haa, tudiaa. Dia perhati aku laa!

Tak semena-mena wajahnya bertukar rona merah. “Err, maaf Ikhmal. Pizza ni sedap sangat! Plus,aku breakfast ringan-ringan je.”

Ikhmal hanya menarik senyum kecil.

“Kau marah ke? Kalau kau marah dan tak redha aku makan pizza kau ni, aku boleh je muntah balik?”

“Hahaha, ada pula macam tu. Aku cuma seronok perhati kau makan. Comel je!”

Qila mengetap bibirnya.

Akjskssjsjshshisbs, Aku mimpi ke?! Arghhhh. First time seumur hidup crush puji aku comel! Anda bila lagi?

“Hi! Assalamualaikum semua!” sapaan mesra suara garau serak lembut membuatkan semua serentak memandang pemilik suara.

“Eh,Adam! Waalaikumussalam...Datang pun, ingatkan tak datang.” Ikhmal dan Adam bersalaman.

“Mestilah datang! Maaf laa, aku lambat datang sebab terbangun lambat dan aku terlupa jalan ke rumah kau ni,” kata Adam seraya mengusap-usap perlahan belakang batang lehernya.

Ikhmal terangguk-angguk kecil.

“Eh jemput laa makan! Pizza yang Ikhmal order tadi ni. Sedap ni hah! Panas lagi ni!” pelawa Hana.

“Wah, sedap tu. Eh,tapi korang rasa laa dulu biskut yang aku buat ni?” Adam membuka bekas makanan yang dibawanya dan menghulurkan kepada Hana, Qila, dan Ikhmal.

“Kejap lagi laa, sekarang ni makan laa pizza ni dulu. Karang dah sejuk, tak sedap pula.” ujar Qila.

“Alaa, rasa laa satu. Satu pun jadi laa,”

“Eh, yelah Adam. Betul juga cakap Qila,pizza kalau dah sejuk tak sedap pula. Biskut kau tu,nanti pun boleh makan” sampuk ikhmal.

“Okay,”

Adam tersenyum kecil.

Dia menutup bekas makanannya dan diletakkan kembali didalam beg sandang miliknya.

Dia mencuri pandang ke arah Qila. Qila nampak berselera apabila makan piza.

Kalau laa dia tahu mesti semalam dia juga turut buat piza. Tapi, jenuh juga dia mahu mencari duit untuk membeli bahan-bahan untuk buat piza. Bahan-bahan untuk piza bukan sekupang dua. Ditambah cheese yang meleleh dan boleh ditarik panjang begitu.

Satu keluhan perlahan dilepaskan.

*****

Setelah tamat sesi ulangkaji, Adam mahu lekas berangkat pulang. “Thanks weh! Aku kena balik dah ni, aku nak masuk kerja awal.”

Qila yang perasan dengan perubahan sikap Adam cuba menghalang langkah Adam. Dia tahu apa punca Adam bertingkah begitu. “Eh, Adam! Biskut yang kau buat mana ya? Aku nak cuba rasa?”

Hana menepuk dahinya. “Ha'ah, aku pun hampir terlupa! Aku nak rasa juga mesti sedap!” Hana menyampuk.

“Lain kali laa,sebenarnya aku buat biskut tuu untuk seseorang. Maaf!” dalih Adam.

“Habis kenapa tadi kau tergedik-gedik suruh kami semua rasa?”soal Qila tidak berpuas hati.

“Tadi tu, aku cuma nak minta pendapat korang je. Eh, tak pe laa. Aku dah nak balik ni. Qila, Hana? Jomlah aku teman korang berdua balik rumah?” Adam cuba menukar topik perbualan.

“Takpe la,kami bertiga nak keluar sekali jap lagi.” kata Hana.

Qila menjegilkan biji matanya. Oh, please! Kenapa budak ni bagitau Adam? Tak terasa hati ke nanti si Adam ni nanti?

“Adam! Kalau kau nak join sekali pun okay je,” pelawa Qila.

“Oh, korang keluar je laa bertiga. Aku ada kerja, Assalamualaikum, bye!” Adam menghadiahkan senyuman manis. Kemudian dia mengayuh basikalnya sehabis mungkin.

“Kan aku dah cakap tadi? Adam memang tak nak ikut punya! Dia kuat kerja, dia tu asyik kerja, kerja, kerja je!” kata I
khmal.

Hana dan Qila hanya terangguk-angguk.

*****

Setibanya Adam ditaman permainan, dia duduk ditempat duduk yang disediakan disitu.

Adam melihat gelagat kanak-kanak yang sedang sibuk bermain. Dia mengeluh panjang.

Seronok betul jadi budak-budak. Takde masalah. Takde benda yang perlu dipikirkan. Main, makan, tidur.

Dia menumbuk perlahan dadanya. “Kenapa dengan aku ni? Tiba-tiba rasa sebak? Come on laa! Diorang tak ajak kau, sebab diorang tahu kau tu selalu busy kerja! Bukan sebab sengaja tak nak ajak kau!”

“Lagipun kalau kau pergi, larilah bajet kau bulan ni. Kalau takde duit tu, buat cara takde duit,”

Adam menghelakan nafas berat.


-tbc-

[[ C ]] Wrong CrushWhere stories live. Discover now