Luangkan masa bersama dengan Afiq, sungguh menggamit memori silam. Dulu, dia rasa teruk punya abang seperti Afiq namun kini dia rasa seperti dia adik paling beruntung punya abang persis Afiq.
Seorang abang yang kasar, namun dalam diam dia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap orang disekelilingnya. Afiq, mama dan Arjuna ada waktu dia amat memerlukan.
Adam? Mana perginya Adam? Sudahlah menghilangkan diri tanpa sebab jadi apa guna serabutkan kepala memikirkan tentang dia?
First love? Istilah itu tiada makna kini. Apa saja yang first love mampu lakukan waktu kita benar memerlukan sokongan?
Tapi,.. Adam dan dia bukan punya apa-apa hubungan. Entah.. Sumpah dia keliru dan lemas dengan perasaannya sendiri.
Qila mengerutkan dahinya. "Mana perginya abang Afiq ni? Lambatnya ke tandas! Aku dah lapar ni!"
Dia mula merungut kecil. Hidungnya kembang kempis menghidu bau yang terhasil dari nasi goreng kampung yang baru dihidangkan dihadapannya.
"Terima kasih," ucap Qila sepatah kepada seorang waiter.
Perutnya mula berkeroncong dengan hebat. Fakta, kalau makanan favourite depan mata, perut yang penuh pun rasa lapar balik.
Qila cuba meraba-raba meja dihadapannya. Tangannya mencapai pinggan nasi goreng kampung, tapi cepat-cepat ditarik kembali tangannya. "Aduh, panas!"
Telinganya dapat menangkap kerusi berhadapan dengannya ditarik. Oh, yeah!
"Mana abang pergi? Lambatnya, tahu tak Qila dah lapar gila? Ni lepas pergi tandas, tangan dah basuh? Ke.."
Satu suapan nasi goreng kampung selamat sampai ke dalam mulut Qila.
Terkejut beruk Qila jadinya. Nak aku mati cepat ke dia ni?!
Namun dikunyah juga nasi goreng itu. Sedap!
Qila membuka mulutnya lagi minta diisi, dan sekali lagi suapan nasi goreng kampung masuk ke dalam mulutnya. Setiap kunyahan itu, sangat puas! Sedikit pedas dan masin, bersama sayur kangkung beserta sedikit rasa belacan.
*****
Afiq berjalan menuju ke meja makan dengan wajah lega. Selesai lepas hajat..
Sesampainya dia dimeja makan, matanya membulat. Terkejut betul dibuatnya, Qila sedang disuap makan oleh seorang lelaki yang dia sendiri kurang pasti.
Afiq menepuk bahu pemuda tersebut. Ikutkan hati ingin saja dia menghayun penumbuk sulungnya. Mentang-mentang adiknya Qila, buta boleh pula dia main suap-suap.
Pemuda itu kelihatan kaget. Namun dia mula melakukan gerak tubuh seakan merayu, kemudian meletakkan jarinya ke bibir merah miliknya.
Afiq mengerutkan wajahnya. Siapa pemuda ni?
Pemuda itu melakukan lagi gerak tubuh, dengan menyatakan hasrat untuk diberikan peluang sekali sahaja lagi untuk menyuapkan Qila makan.
Afiq jadi makin keliru namun hanya mengangguk.
Selesai menyuap untuk kali terakhir, pemuda itu mula bangun secara perlahan. Tidak mahu Qila syak sesuatu.
Afiq berbisik perlahan kepada pemuda tersebut. "Aku nak jumpa kau lepas ni,"
Pemuda tersebut menggangguk tanda faham dan melangkah pergi dari meja makan Qila dan Afiq.
"Abang?! Cepat laa..lapar ni!" rengek Qila.
YOU ARE READING
[[ C ]] Wrong Crush
Jugendliteratur"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...